BALIK KE MUKA UTAMA

Kenyatan dangkal Pemuda Jelutung -  Firdaus Ibrahim


Mohamad Fakarudin Bin Md Farok Pemuda Jelutung

Siapa Sivarasa nak tuduh Tun M ataupun YAB Dato Seri Pak Lah ? Sivarasa tak payah masuk campur ataupun beri pendapat yang beliau sendiri tidak layak untuk berkata demikian . Beliau hanya seorang yang cuba mengambil kesempatan terhadap isu2 yang timbul . Beliau sepatutnya  menumpukan perhatian kepada pilihanraya ataupun khidmat kepada masyarakat India.


Inilah dia sikap Pemuda UMNO yang ada. Kenapa tidak boleh R.Sivarasa Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Malaysia memberi komen mengenai situasi Dr Mahathir dan Pak Lah? Apakah "qualification" untuk membicarakan senario politik semasa? Memang pembangkang akan mencari kesempatan tetapi pembangkang juga melihat pergeseran itu sebagai satu situasi yang menunjukkan betapa korupnya kepimpinan yang ada baik Pak Lah dan Tun Dr Mahathir. Apakah kita tidak boleh memberi komen mengenai kedudukan Pak Lah yang menyuap segalanya kepada kerabat keluarganya seperti dakwaan Mahathir. Adalah isu itu cuma berhak disebut oleh orang - orang UMNO sahaja!. Ini soal rasuah, soal kronisma dan ini menjadi soal rakyat tidak kira apa bangsanya. Sivarasa memang banyak berkhidmat bukan sahaja untuk kaum India tetapi menjadi peguam kepada ramai orang - orang Melayu yang ditindas oleh kerajaan yang ada sekarang ini. Kalau kita lihat isu - isu peneroka kota, rumah - rumah orang Melayu yang dirobohkan , pergi tanya mereka siapa peguam yang bertindak mempertahankan mereka - Umno ke?

Selaku rakyat Malaysia saya kesal dengan kenyataan kebudak - budakan Mohamad Fakaruddin yang dari UMNO Jelutung. Mungkin beliau sebok berpolitik lalu lupa bahawa sesiapa sahaja berhak memberi pendapat dan menyuarakan apa yang berlaku di negara kita ini. Apakah beliau lupa mengenai hak kebebasan bersuara - soal demokrasi. Bagi saya kenyataan orang - orang seperti ini jangan dikeluarkan  kerana hanya memburuk - burukkan Umno yang telah sedia buruk.

Hari ini kita lihat seorang Bekas Presiden Umno yang korup mengatakan Presiden yang ada sekarang korup. Hari ini kita lihat Bekas Perdana Menteri Malaysia yang korup mengatakan Perdana Menteri yang ada korup. Kenapa ini boleh berlaku? Kerana orang  - orang Umno akan sentiasa melahirkan pemimpin yang tidak bermutu dan contoh yang ada ialah Mohamed Fakaruddin ini. Sebenarnya tidak dapat saya nafikan semua rakyat Malaysia terpanggil untuk membicarakan hal ini, cuma ada antara mereka yang gagal melihat kerosakan yang ada pada Umno sekarang ini.

Kalau tidak mahu orang mengulas memberi pendapat - jangan gaduh - gaduh macam budak berebut gula - gula. 


 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762