BALIK KE MUKA UTAMA

Pemuda UMNO - tidak dinamik
Figh Ibrahim

Datuk Muhkriz Tun Mahathir mampu di kalangan Pemuda UMNO untuk dapat sokongan mutlak pemuda sekarang ini. Saya percaya beliau adalah bakal Ketua Pemuda dan beliau mampu menandingi Khairy Jamaluddin biarpun Khairy adalah menantu Pak Lah dan menetapkan orang - orang beliau dalam Ketua Pemuda Negeri. Namun Khairy tidak boleh melebarkan sayapnya kerana sikap beliau bukan sikap UMNO malah sikap Melayu pun tidak.

Pemuda UMNO hari ini harus sedar bahawa keadaan porak peranda kepimpinan kerajaan hari ini adalah kerana kelemahan Pemuda untuk bertindak mewakili ahli UMNO dan rakyat. Pemuda bukan lagi benteng bagi memastikan rakyat makmur dan kehadiran Khairy sekiranya dia menjadi Ketua Pemuda akan lebih menghancurkan semangat penubuhan pemuda.

Hari ini kita tidak lihat lagi pemuda bangkit mempersoalkan isu - isu rakyat , yang menyebelahi rakyat malah pemuda hari ini mempunyai satu tugas penting -  hanya untuk menyokong kepimpinan sungguhpun bukan agenda rakyat. Pemuda semakin lemah dan tidak ada satu pun tindakan pemuda nampak berkesan kecuali menjadi pengangguk kepada semua dasar dan menteri - menteri yang ada.

Kita mahukan perubahan dan kita mahu Muhkriz menentang Khairy Jamaluddin supaya Ketua Pemuda yang hadir lebih dinamik dan bukan naik sebarang cabaran. Kita mahu barisan Pemuda UMNO dilihat kukuh dengan kehadiran mereka yang pro aktif. Lebih lagi, kita mahu ialah  ketua yang lahir dari Pemuda adalah mereka yang mantap dan berani dalam melakukan perubahan dan bukan hadir dari membodek.

Kita perlu mengambil serius mengenai politik wang kerana penegasan perlu di buat bahawa politik wang melahirkan kepimpinan yang buruk dan tidak ada kualiti. Ini akan membunuh aspirasi rakyat dan akhirnya melonggarkan kepercayaan orang kepada kepimpinan yang ada.

Saya percaya kita perlu adakan perubahan seperti yang dianjurkan oleh tajuk laman ini dan saya lebih memberi penekanan kepada pemuda kerana mereka bakal mewarisi teraju negara ini.

Bagi saya Datuk hisham sudah tidak ada dalam Pemuda. Bagi saya Datuk Hisham telah gagal menunjukkan kewibawaan dalam mentadbir pemuda kerana itu kita lihat beliau juga tidak menyerlah dalam memimpin Kementerian yang beliau terajui. ini adalah hasil dari Pemuda yang tidak melalui cabaran, naik mudah dan tidak di uji.

Ayuh Pemuda UMNO kita lakukan perubahan

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762