BALIK KE MUKA UTAMA

 


 

LAWATI LAMAN WWW.PROWARIS. ORG DAN DAFTARLAH DENGAN PROWARIS@YAHOOGROUP S.COM



PRESIDEN PROWARIS MEMBICARAKAN “RAHSIA PERCATURAN PERJUANGAN SESEBUAH PERTUBUHAN MELAYU”



Dalam proses mengekalkan perjuangan sesebuah pertubuhan Melayu agar terus relevan, pertubuhan tersebut hendaklah memastikan Bangsa Melayu akan terus mengekalkan dominasinya di persada dunia. Bagi seseorang ahli pertubuhan yang baru mengenal pertubuhan tersebut, dia hanya perlu memahami intipati objektif dengan merujuk kepada rasional dasar mengapa pertubuhan tersebut ditubuhkan pada asalnya.

Intipati objektif pertubuhan hanyalah terdiri daripada perkataan-perkataan yang gempak dan kononnya berwawasan. Hakikat sebenarnya, ia tidak lengkap tanpa pendekatan perjuangan yang efektif.

Di atas kesedaran inilah, kita perlu menganalisa beberapa pendekatan perjuangan yang pelbagai untuk difikirkan sesuai dengan peredaran zaman serta boleh diterima-pakai oleh generasi yang sezaman dengan pertubuhan tersebut. Pendekatan-pendekat an yang “relevan” inilah akhirnya akan dirumuskan menjadi falsafah dan tunggak perjuangan pertubuhan tersebut.

FALSAFAH PERJUANGAN

Hari ini, pertubuhan-pertubuh an Melayu perlu meralisasikan perjuangannya melalui ”Konsep Halal Menggapai Niat” atau ”Justified Means In Reaching Ends”.

KAEDAH PERJUANGAN

1. Perjuangan Tersembunyi (Stealth Mobilisation)

Sesebuah pertubuhan Melayu dan ahli-ahlinya perlu sedar wujudnya perjuangan yang perlu dilakukan secara senyap kerana desakan faktor persekitaran semasa. Pergerakan ini akan menggunakan dari masa ke semasa khidmat ahli atau bukan ahli. Namun begitu, perjuangan sebegini memerlukan persetujuan sekurang-kurangnya 70% dari ahli-ahli Exco untuk mengelakkan perjuangan peribadi. Adalah dicadangkan agar pengundian dilakukan secara sulit untuk memastikan kebebasan mengundi. Adalah dicadangkan juga agar intipati keputusan hendaklah disokong sepenuhnya oleh Exco setelah keputusan diterima. Tidak harus wujud sebarang pembangkangan memandangkan majoriti yang diperlukan amatlah tinggi.

2. Perjuangan Terbuka (Open Mobilisation)

Sesebuah pertubuhan dan ahli-ahlinya juga perlu memastikan dari masa ke semasa mewar-warkan perjuangan supaya dapat memastikan bahawa pertubuhan dan ikatan di kalangan ahli-ahlinya masih wujud, bersesuaian dengan kalimat “Tidak Akan Melayu Hilang Di Dunia”. Dengan menganjurkan sesi-sesi kenyataan media sebagai contoh, pertubuhan tersebut dapat memposisikan diri sebagai agen “Check And Balance” rakyat. Namun demikian, perjuangan sebegini perlu dilakukan mengikuti garis panduan pendaftar pertubuhan yang digunapakai di Negara–Negara yang kita duduki.

3. Perjuangan Kerjasama (Synergise Mobilisation)

Sesebuah pertubuhan Melayu perlu mengekalkan “Konsep Kepercayaan Terhadap Kualiti Berbanding Dengan Konsep Kepercayaan Terhadap Kuantiti” atau “Trust In Quality vs. Trust in Quantity”. Ini bermaksud, gerakan menambah ahli perlu digantikan dengan gerakan mencari ahli yang efektif.

Namun begitu, apa yang menyedihkan adalah konsep politik yang hadir hari ini lebih cenderung kepada persetujuan majoriti yang kekadang menjurus kepada “Herd Mentality” atau “Konsep Sekawan Haiwan”.

Di atas kesedaran ini, kita dari masa ke semasa perlu turut sama berjuang dengan pertubuhan-pertubuh an lain tanpa mengira ideologi dalam mengejar objektif.

Kita tidak boleh terikat dengan falsafah kita sendiri sehingga menggagalkan objektif. Di mana tidak ada pertubuhan yang dapat kekal tanpa kerjasama dengan pertubuhan lain yang ternyata mempunyai bilangan ahli yang lebih ramai berbanding kita. Atas dasar ini, sesebuah pertubuhan Melayu perlu saling mendapat dan menyokong perjuangan bersama-sama dengan pertubuhan-pertubuh an Melayu yang lain.

4. Perjuangan Tersendiri (Isolated Mobilisation)

Pengalaman dari sejarah menunjukkan kadang-kala pertubuhan terpaksa menerima pendapat yang radikal walaupun tidak diterima oleh majoriti rakyat. Di atas kesedaran itu, ahli-ahli pertubuhan perlu menyokong penuh perjuangan radikal yang dipersetujui oleh ahli-ahlinya walaupun kita terpaksa berjuang seorang diri.

Sebagai contoh, di masa dunia memperjuangkan konsep kapitalisme kita juga tidak boleh melupakan konsep sosialisme yang mementingkan kebajikan rakyat “Welfare State vs. Welfare Of The State”.

KESIMPULAN

Adalah diharap agar perspektif di atas dapat dibahaskan dan digunapakai sebagai kaedah dan halatuju perjuangan sesebuah pertubuhan Melayu.

Sesungguhnya, “Perjuangan Ditentukan Oleh Keputusan Dan Bukannya Laungan”.

FERIZ OMAR
Presiden
Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Banga (ProWaris Malaysia)


LAWATI LAMAN WWW.PROWARIS. ORG DAN DAFTARLAH DENGAN PROWARIS@YAHOOGROUP S.COM

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762