BALIK KE MUKA UTAMA

 


 

Berita Lanjut

Pergolakan dalam Parti Keadilan Rakyat memuncak dengan perletakan jawatan Ezam Mohd Nor atas semua jawatan beliau dan tindakan sekali gus keluar dari Parti Keadilan Rakyat. Isu ini telah memanggil ramai pembaca untuk mengetahui kesahihan berita ini. Dalam blog Anwar Ibrahim sendiri persoalan telah dikemukakan dengan merujuk kepada laman www.umno-reform.com sebagai rujukan.

semut putih February 12th, 2007 7:12 pm

SIFU REFORMASI EZAM MOHD NOR LETAK JAWATAN PARTI, apa sudah jadi dengan parti keadilan rakyat malaysia? siapa harus dipersalahkan? tolong jawab tentang persoalan ini.Terima kasih

Ibnu Hassan February 12th, 2007 8:01 pm
Sdr Anwar,

Walaupun sumber ini didapati dari laman web yang ‘pro umno’, tetapi kredibility berita memuaskan. Saya menyokong Badan Perhubungan Selangor yang menggesa semua bahagiannya mencalonkan sdr & Dr. Syed Husin Ali. Azmin bukan tandingan Dr. Syed Husin.

Walaupun Dr. Syed Husin Ali tidak membantah (malah saya percaya beliau akan alu2kan), tindakan Azmin akan mencemarkan maruah Dr. Syed Husin. Jawatan Naib Presiden pun sudah cukup besar untuk Azmin. Sdr harus sedar, perwakilan keADILan kebanyakkannya akan memilih calon yang popular, dan tak hairan Azmin boleh menang, memandangkan Azmin dgn sdr bagaikan ‘belangkas’.

Dr. Syed Husin Ali bukanlah calon yang popular, ditambah lagi dengan ketiadaan kempen dan politik w**g, beliau akan kalah. Dan kita akan kehilangan seorang yang berpengalaman, yang merupakan gandingan yang mantap dgn sdr semata2 kerana kerakusan kuasa seorang yang bernama AZMIN ALI!!!  Petikan Anwar Ibrahim blog
 

Berita perletakan jawatan Ezam adalah benar dan menurut sumber - sumber kami adalah berpunca dari kerakusan Azmin Ali dalam mencaturkan politik PKRM. Menurut sumber kami lagi isu Ezam dan Azmin ini sebelum ini hanya menanti belah dan hari ini Ezam Mohd Nor meletak jawatan. Kami telah menghubungi beberapa EXCO untuk mengesahkan perkara ini dan pengesahan mengenai perletakan jawatan Ezam Mohd Nor adalah benar. Kami turut dimaklumkan bahawa satu gerakan ke rumah Ezam akan dibuat bagi mendengar penjelasan Ezam terhadap perletakan jawatan beliau.
 


SIFU REFORMASI EZAM MOHD NOR LETAK JAWATAN PARTI

Ezam Mohd Nor, Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat, Timbalan Perhubungan Negeri Selangor, dan Biro Politik PKRM, mengambil keputusan meletak semua jawatan parti yang dipegang oleh beliau mulai hari ini. Beliau diberitakan kecewa dalam mainan politik rakus oleh beberapa kepimpinan tertinggi parti yang tidak bermoral. www.umno-reform.com turut dimaklumkan bahawa beliau akan terus berjuang melalui Gerak. Perletakan jawatan ini akan memberi impak kuat kepada Parti Keadilan Nasional kerana Ezam Mohd Nor adalah nadi kepada gerakan Reformasi sebaik sahaja Anwar Ibrahim di tangkap pada tahun 1998. Berita lanjut akan menyusul...

Akan diulas:

  • Azmin Ali punca Ezam Mohd Nor letak jawatan
     

  • "Politiking" Azmin Ali membunuh perjuangan reformasi
     

  • Golongan reformasi dijangka bangkit membela Ezam Mohd Nor
     

  • Apa disebalik agenda Azmin Ali dan UMNO?

Akan diulas dalam www.umno-reform.com. Pihak kami dimaklumkan beberapa kenyataan Media terbuka akan dibuat oleh kepimpinan pusat dan negeri berkenaan dengan isu ini. Mereka akan mengambil tindakan drastik membongkar peranan dan tindakan tidak bermoral Azmin Ali dan kuncunya dalam politik Keadilan. Nantikan

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762