BALIK KE MUKA UTAMA


 

Kami dikejutkan dengan kehadiran email yang bertalu - talu dalam isu sokongan terhadap Mahathir. Untuk memaparkan keseluruhan email itu akan menyulitkan kami dan akan mengambil masa yang lama. beberapa email sempat kami potong dan kami siarkan. www.umno-reform.com menganggap ini sebagai "responds" paling hebat yang pernah kita perolehi. Kami membaca beberapa email tersebut dan berikut adalah antara isu yang disentuh :

  • Isu kurang ajar Nazri - antara lain yang dikatakan adalah , persoalan Mahathir adalah persoalan keputusan  - keputusan yang diambil oleh kerajaan bukan menghina UMNO dan tidak ada sebab Nazri memintanya keluar dari UMNO.

  • Isu kritikan Mahathir ini agak lama dan UMNO berkesempatan untuk memanggil beliau sebelum pihak  - pihak lain menganjurkan dialog terbuka bersama beliau.

Contoh :

From_Email: abidinfaizal@yahoo.com

From_Name: Abidin

Pesanan: Saya ingin komen kenyataan oleh Tim Ketua UMNO Bahagian Pdg Rengas. Umum mengetahui Nazri Ketua Umno Bahagian Pdg Rengas. Jadi kenyataan oleh Timbalannya senada dengan bossnya. Kenapakan sestengah pimpinan UMNO begitu rendah pemikirannya. Saya  sebagai rakyat biasa melihat isu yang dibangkitkan oleh TDM perlu  diambil perhatian serius oleh semua rakyat dan parti UMNO khususnya.  Adakah pernah dianalisa dikaji kritikan oleh TDM. Kerajaan perlu  memberikan penjelasan yang memuaskan hati rakyat. Jangan hanya kita pandai mendesak TDM supaya jangan mengkritik kerajaan.  Rakyat akan terus menyokong TDM jika kritikan itu untuk membina dan  memperbetulkan kesilapan.  Satu contoh kenyataan TDM dalam Utusan 29/6/06 dengan nada sinis TDM  perli saya sokong Air Asia ambil 100% laluan domestik, MAS tidak cekap.  MAS adalah syarikat milik kerajaan yang penuh tanggugjawab sosial kepada  kerajaan dan rakyat ketika dahulu. Tetapi tengok apa jadi pada hari ini,  bagunan kebanggan MAS pun sudah terjual. Aadakah ada nasihat oleh pakar  Oxford yang lebih berkuasa dari PM.  Setiap rakyat Malaysia perlu membaca transkrip penuh dialog TDM pada  24/06/06. Saya tidak memihak kepada TDM tetapi sebagai seorang rakyat  saya melihat serius kritikan TDM yang mengatakan orang di tingkat 4 JPM  lebih berkuasa dari tingkat 5 JPM. Diharapkan semua rakyat Malaysia akan  mempunyai minda kelas pertama.

 

  • Kenapa Pak Lah tidak menjawab dan membiarkan menteri - menteri lain mengeluarkan jawapan atau "defence" bagi pihak beliau. Mahathir katakan bahawa Tingkat 4 lebih banyak buat keputusan dari Tingkat 5 - Nazri jawab tak kan nak gaduh dengan Khairy yang abru berusian 31 tahun. Perlu di tegaskan di Palestine anak belasan tahun boleh di bawa berperang dan membunuh dan dalam politik garisan usia ini tidak boleh dijadikan alasan.

  • Email ringkas sokong Mahathir paling banyak email.. Pesanan ringkas ini di buat melalu response form yang kami kemukakan.

  • Isu Pak Lah pergi bercuti lagi juga menghiasi email - email yang kami terima.


From_Name: Ibrahim

Setahu aku lah masa, Mahathir dulu dia tak lari bila orang cabar dia. Dia jawab balik dan dia sanggup berdepan dengan kritikan. Pak Lah lari terus, jauh plak dengan keluarga dia. Biarkan Nazri dan yang lain untuk menjawab. Ini bukan orang kecik yang bertanya, ini orang yang dah 22 tahun memerintah.

  • Isu setuju sokong PAS dalam tindakan mereka hadir di Dialog bersama Tun Mahathir juga kami terima dan tidak kurang pula yang menghentam PAS sebagai tidak mempunyai pendirian malah mengikut orang yang pernah menzalimi mereka.

  • Sokongan pada Azmin Ali turut kami terima dengan kata  - kata  From_Email: jana87

    From_Name: wardah

    Pesanan: Its been weeks iI have waited for such a good respond towards  this issue and comments by azmin is the best i have heard so far from  the reform group.I do hope to hear from Ezam soon.
     

Pihak www.umno-reform.com mengucapkan ribuan terima kasih atas kiriman email tersebut.

  

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762