|
Kenyataan Media (2 Ogos 2006)
Dewan Pemuda PAS Pusat
BENARKAH SYARIKAT ECM LIBRA AVENUE TERLIBAT DENGAN
KEPENTINGAN YANG DIMILIKI OLEH SYARIKAT-SYARIKAT REJIM ISRAEL?
Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) mencabar Khairy Jamaluddin, Naib
Ketua Pergerakkan Pemuda UMNO Malaysia supaya mendedahkan segera
senarai nama-nama individu dan syarikat yang berkepentingan
menyokong regim Israel di dalam syarikatnya iaitu Syarikat ECM Libra
Avenue sebelum beliau berlagak menjadi juara untuk mendedahkan
senarai jenama produk serta syarikat antarabangsa yang turut
beroperasi di negara ini yang dikenalpasti menyalurkan bantuan
kewangan kepada regim Israel.
DPP Pusat memandang serius terhadap Syarikat ECM Libra Avenue yang
mempunyai kepentingan di dalam Syarikat Pantai Holdings yang telah
dimiliki oleh Syarikat Parkway Holdings daripada Singapura pada 26
Mei 2005 yang lalu.
Syarikat ECM Libra Avenue yang memegang 29.2% kepentingan dalam
Syarikat Westcombe yang mana sebuah syarikat yang disenaraikan dalam
SGX (Bursa Saham Singapura). Khairy Jamaluddin adalah pemegang saham
ke 4 terbesar dalam Syarikat ECM Libra Avenue yang sekaligus adalah
terbabit dalam hal Syarikat ECM Libra Avenua untuk menasihati
Syarikat Newbridge yang sebuah syarikat milik Israel.
Salah seorang pemegang saham daripada Syarikat Parkway Holdings
adalah orang yang bernama Richard C. Blum seorang warganegara
Amerika Syarikat. Manakala isteri kepada Richard C. Blum adalah
Senator California, Dianne Feinstein yang mana adalah pelobi kepada
rejim Israel. Manakala penglibatan Richard C. Blum juga didalam
beberapa syarikat dan badan seperti CB Richard Ellis Group, CB
Richard Ellis Group, Richard C. Blum & Associates, Blum Capital
Partners, L.P., Northwest Airlines Corporation, Glenborough Realty
Trust Incorporated, URS Corporation, Playtex Products dan Newbridge
Capital LLC.
Manakala Syarikat Newbridge kemudiannya membeli 26% kepentingan
dalam Syarikat Parkway Holdings bernilai S$ 312. Sementara Syarikat
Avenue Kapital (syarikat GLC) yang bertanggungjawab menguruskan
penjualan Syarikat Pantai Holdings kepada Syarikat Parkway Holdings,
Syarikat Westcombe Financial Ptd. Ltd. pula dipercayai menasihati
Syarikat Newbridge dalam pengambilalihan ini.
Adakah syarikat yang dimiliki oleh Khairy Jamaluddin iaitu Syarikat
ECM Libra Avenue juga terlibat di dalam membantu rejim Israel?
Apakah tindakan Pergerakan Pemuda UMNO terhadap Syarikat ECM Libra
Avenue yang menyokong rejim Israel ini? Adakah agen rejim Israel
berada di dalam Syarikat ECM Libra Avenue ini untuk menyokong
tentera Israel yang membunuh rakyat Palestin dan Lubnan?
DPP Pusat meminta supaya rakyat jangan tertipu dengan Khairy
Jamaluddin yang kononnya ingin menjadi jaguh kampung dengan bantahan
yang telah beliau ketuai sebelum ini pada minggu yang lalu.
Y.B SALAHUDDIN AYUB
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Pusat
|