|
<dzulhyper@yahoo.com>
Subject: Banga Melayu Malaysia yang paling 'tak kisah'
To: anuarmohdnor@yahoo.com
Assalamualaikum..
Umur saya 42 tahun dan berbangsa Melayu. Sepanjang usia ini,
dapatlah saya mencari pengalaman dan pengamatan tentang bangsa
saya. Secara tegas, saya berani nyatakan Bangsa Melayu Malaysia
merupakan bangsa yang paling 'tak kisah' di dunia. Khususnya
yang cenderung kepada parti-parti politik (khususnya UMNO).
Saya lihat pengikut-pengikut parti ini
sememangnya bertambah menurun daya fikirnya. Ini disebabkan
pemimpinnya pun begitu. Cuba lihat gaya dan mutu ucapan dan
perwatakan pemimpin-pemimpin di Sidang Dewan Undangan Negeri dan
Parlimen. Saya memang selalu ikutinya.
Mungkin disebabkan terlalu 'rendah kualiti',
sehingga sekarang pihak RTM 'tak berani' menyiarkan secara
langsung sidang-sidang tersebut. Sehinggakan ayah saya yang tak
bersekolahpun boleh memberi pandangan betapa lekehnya
pemimpin-pemimpin bercakap bila diberi peluang melihat rakaman
yang dibuat oleh pihak-pihak lain.
Berbalik kepada maksud konservatif ala Melayu Malaysia.....ialah
bangsa ini telah menjadi seperti lembu kenyang. Asal dapat makan
sudah. Prinsip kebenaran wahyu dan sunnah sudah terlalu jauh
dibuang. Begitu juga dengan prinsip-prinsip kebenaran yang lain
sudah tiada nilainya dalam bangsa ini. Kebenaran yang diterima
oleh bangsa ini ialah 'siapa yang boleh memberi sesuatu'.
Penyakit ini telah diamalkan secara menyeluruh oleh sebahagian
besar bangsa Melayu. Dari orang kampung sehingga para ahli
akademik dan golongan profesional.Adakah masih ada orang Melayu
sanggup menggadai jiwa dan raga 'mati' dalam berjihad dan
perjuangan?
|