![]() |
|
|
Anwar Ibrahim turut mendesak supaya Pak Lah
bersuara Alasan Pak Lah untuk tidak menjawab adalah kerana beliau mahu menumpukan perhatian khusus kepada pembangunan dalam Dasar Ekonomi Baru bagi Anwar Ibrahim adalah tidak wajar. Petikan dari Suara Keadilan itu menegaskan bahawa Pak Lah mempunyai tanggungjawab untuk menjawab kesemua tuduhan tersebut selaku beliau sebagai Perdana Menteri. Pendapat agar Pak Lah segera menjawab isu ini perlu bukan sahaja untuk Dr Mahathir tetapi untuk rakyat menilai kredibiliti kepimpinan Pak Lah khususnya untuk tuduhan utama - bahawa pentadbiran Pak Lah terlibat dalam menjual kedaulatan negara. Ini adalah tuduhan serius yang harus diberi tumpuan segera agar rakyat tahu siapa yang benar dan siapa yang salah. Menjual dan mengadaikan kedaulatan negara adalah satu tuduhan serius yang perlu ditangani segera. Sayangkan UMNO Satu kenyataan yang sering menganggu perjalanan demokrasi dalam UMNO adalah kenyataan 'sayangkan UMNO' Terma ini seakan menganggu bukan sahaja proses demokrasi malah digunakan sebagai alasan bagi menutup kecurangan - kecurangan yang berlaku. Kita lihat tindakan seperti - tidak boleh menyokong usul pembangkang biar pun kebenaran berpihak kepada mereka adalah salah satu alasan rapuh dalam kerajaan Barisan Nasional. Ini menutup ruangan untuk menyatakan kebenaran dan menyokong mereka yang membawa kebenaran. Kita sering dengar alasan seperti ini diberi, tidak mahu berpecah , menjaga maruah parti dan sayangkan parti. Agak pelik jika kita lihat tindakan sayangkan parti dibuktikan dengan membela mereka seperti MP Jasin yang tidak ada rasa hormat kepada jawatan yang diamanahkan oleh rakyat. Sayangkan UMNO bukan untuk menutup pekong dalam parti dan bukan untuk menyimpan individu yang tercemar menerajui barisan kepimpinan. Sayangkan UMNO seharusnya ditonjolkan dengan keterbukaan , yang salah atau yang tidak nampak bersih diketepikan seketika sehingga pulih atau terserlah kebenaran. Malang sekali bila kita katakan sayangkan UMNO ini bermakna kita pertahankan apa sahaja , baik atau buruk - dengan niat yang tidak menentu. Ini bukan sayangkan UMNO tetapi memelihara keburukan dan secara tidak langsung menyokong yang salah. Tidak mahu menjawab Maka ramai akan membuat konklusi berbeza. Pak Lah mahu menutup kepincangan - menyelamatkan Khairy - menyokong Kalimullah dan berbakti kepada Scomi. Ini akan berlaku hanya kerana Pak Lah berdiam. Mungkinkah terma 'sayangkan UMNO' digunakan dalam konteks merugikan atau sebenarnya tidak ada jawapan konkrit yang dapat diberi oleh Pak Lah. Kenyataan - kenyataan seperti "kita telah beri jawapan tetapi sekiranya tidak mahu menerima , apa kita boleh buat " adalah satu kenyataan pasif yang tidak akan dapat menyelesaikan isu. Dalam hal ini, jawapan yang diberi atau dikatakan telah diberi, tidak memuaskan. Malah kita terasa ada kebenaran pada Tun Mahathir ( dalam konteks seorang individu ) kerana jawapan yang diberi tidak menjawab kritikan beliau. Maka salahkan kita kalau kita katakan :
Ini hanya beberapa konklusi yang timbul kerana Pak Lah tidak mahu menajwab. Kesimpulannya Namun dalam beberapa patah perkataan yang diturunkan ini mungkin dapat memberi gambaran mengenai apa yang ada sekarang ini :
Jika berpuluh kali batang beralih, cacing
tetap dibawah juga
|
|
Komen boleh di buat secara mudah
klik sini untuk borang maklumbalas,
editor1@umno-reform.com
atau hubungi 012-6544762
|