|
Abdullah lebih sayang Muhyideen
Date: Tue 11/28/06 01:01 AM
Assalamualaikum,
Jika prihatin, sememangnya Abdullah lebih sayang dan
lebih meletakkan kepercayaannya kepada Muhyidden
Yasin. Soal pertanian, pada mulanya aku terperanjat
mengapa Muhyiddeen diberi tugas untuk mengawal dan
menyelegara hal-ehwal pertanian sedangkan Abdullah
sememangnya gemar kepadanya. Seolah-olah ia adalah
satu penghinaan seorang yang disayangi diletakkan
untuk menjaga hal-ehwal pertanian.
Di dalam sebarang ucapan serta majlis-majlis majlis
yang berkaitan dengan pertanian, Abdullah begitu
bersungguh-sungguh untuk menjayakannya sehingga
menginginkan bahawa pertanian negara hendaklah
mencapai ketahap lebih tinggi yakni ketahap yang
boleh di eksport. Cita-cita Abdullah yang dilihat
benar-benar ingin meletakkan pertanian itu sebagai
salah satu sumber pendapatan dan peningkatan ekonomi
negara terserlah apabila beliau melantik orang yang
paling disayanginya yakni Muhyideen Yasin.
Disini terbukti bahwa Abdullah lebih menaruh
kepercayaan kepada Muhyideen berbanding yang lain.
Ini juga membuktikan bahawa dakwaan yang ditulis
dalam email tersebut tiada sangsi.
Wallahualam.
|