|
BPPNS <pasn9@yahoo.com>
editor1@umno-reform.com
Subject: Semua Umat Islam Doakan Ibu Lina Joy !!!
Date: Thu 07/27/06 09:22 AM
Semua Umat Islam di Malaysia diseru bersolat hajat, bermunajjat dan
berdoa agar ibu Azlina Jelani (Lina Joy) iaitu Mak Som dapat bersama
semula dengan Azlina dalam keadaan Azlina sedar dari pukauan orang
yang memurtadkannya dan kembali memeluk agama Islam. Begitu juga
kita doakan untuk keluarga Aisyah Bokhari, keluarga Hartina
Kamaruddin dan ramai lagi yang anak mereka telah dimurtadkan dengan
cara sebegini. Juga kita doakan agar anak-anak kita semua, terutama
anak
gadis kita tidak terpedaya dengan golongan yang ingin memurtadkan
generasi muda anak Melayu , anak Islam kita di Malaysia ini
--- ~CyberRyder~ <cyber.ryder@gmail.com wrote:
Date: Thu, 27 Jul 2006 17:00:31 +0800
From: ~CyberRyder~ <cyber.ryder@gmail.com
Subject: Fwd: Fw: Menziarahi keluarga Azlina Jelani
(Lina Joy)
Assalamu'alaikum,
Saya sering tertanya-tanya, "tak kan lah ibu-bapa si Azlina ni
langsung tak ambil peduli kisah anak perempuan mereka yang dah
murtad dan sedang membuka pintu murtad secara bebas kepada umat
Islam lain?" Tengahari tadi gejolak dalam jiwa saya itu terjawab
apabila saya berkesempatan menziarahi keluarganya di USJ.
Bapanya yang berasal dari Kancong Darat sudah lama meninggal dunia.
Yang menyambut rombongan kami seramai 10 orang terdiri dari pegawai2
dari MAIS, Dr. Zaleha Kamaruddin dari UIA, Hj Walid (my batch/my
ofis mate) adalah ibunya, kakak, bapa saudara, ibu saudara, adik
lelaki dan jirannya yang juga baru mendapat tahu bahawa Azlina yang
sensasi tu adalah anak jirannya. Ibunya, Mak Som kelihatan sugul
sepanjang perbualan. Dapat saya rasai beban perasaan yang
ditanggungnya selama 10 tahun ini terutama sekali apabila beliau
mengenangkan pesanan arwah suaminya supaya memberikan perhatian
kepada perlakuan Azlina ketika beliau di penghujung usia.
Dari pemerhatian saya, keluarga Azlina ni adalah keluarga yang
beragama, Mak som bertudung sempurna, kakaknya letak tudung atas
kepala, tapi rambut covered (I take it positively coz dalam rumah).
Nampak sejadah tergantung di dua tempat berasingan, ayat2 al quran !
dan gambar besar kaabah terbentang di ruang tamu, (semua ni
circumstancial evidence for my conclusion)
Kata Mak Som, mereka mendidik Lin ( Azlina) sebagaimana orang
lain, pendidikan agama setakat yang diberikan di sekolah ( Sri Aman-
PJ) balik sekolah dia dihantar untuk mengaji al Quran di Sg Way,
rumah ustaz. Beliau juga menunaikan solat dengan
sempurna. Namun kejadian kemalangan jalanraya lebih 10 tahun lalu di
kampong mereka di Banting telah membawa kecelakaan kepada keluarga
tersebut.
Seorang lelaki India bernama Johnson yang terlibat dalam
kemalangan tersebut telah secara tiba-tiba muncul dalam kehidupan
Azlina. Beliau terlalu baik dan bersikap lemah lembut dan sopan
santun terhadap keluarga ini selepas kemalangan tersebut sehingga
apabila kereta Azlina terlantar di workshop beberapa minggu si
Johnson inilah yang menjemput dan menghantarnya.
Rupanya kebaikan si Johnson ni ada makna!
Mak Som telah beberapa kali mengingatkan Johnson, kalau
betul-betul minat, masuk Islam lah, tapi kata Johnson beliau belum
bersedia. Diam-tak diam si Azlina tu yang di baptize kan.
Rupa-rupanya bapanya orang kuat church! Paderi ke apa saya tak
tau.
Apabila diconfranted beberapa kali, Azlina keluar dari rumah dan
pindah rumah, tapi masih berkunjung ke rumah keluarganya. She's
willing to talk to the family but not on that sensitive issue. Dia
akan merajuk, 2-3 minggu tak muncul atau call. Mak Som pernah
gunakan khidmat Datuk Ishak Baharom untuk dialog dengannya, tapi tak
jalan. Hujahnya simple, "saya tak kacau orang".
Kata kakanya, Azlina ni very vocal! , firm, English speaking dan
agak dominant da! lam keluarganya. She's now 42, according to the
family dia belum kahwin dengan Johnson tu dan sedang tunggu outcome
of this case. Tapi ada riwayat yang sampai kepada saya kata
dah kahwin di church tapi tidak leh daftar sebab ada perkataan Islam
on her mykad.
Ibunya yang nampak sangat lemah dan kecewa itu sangat-sangat
berharap untuk mengembalikan anaknya itu kepangkuan keluarganya
dalam keadaan Islam dan beriman. Dia agak kecewa kerana ada beberapa
individu dan pertubuhan yang menziarahinya dan cuba berusaha untuk
membantunya tapi tak berjaya even untuk berkomunikasi pun dengan si
Lin tu.
ALKIS bercadang untuk membawa Mak Som berserta keluarganya ke Majlis
Forum ALKIS pada 5 Ogos nanti di Pusat Islam untuk membri peluang
kepada keluarga ini menyatakan harapan mereka supaya Lin dikembali
kepangkuan keluarganya dan agamanya.
Semuga episode Azlina Jelani ini akan memberikan kesan positif
kepada umat Islam, kita doakan beliau diberi hidayah untuk kembali
ke jalan Allah.
Wassalam. al Qurawiyy.
Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah Syarak
Mengata , Adat Menurut
Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com
|