BALIK KE MUKA UTAMA

Menyuarakan bantahan kepada Amerika - menyuarakan bantahan kepada kerajaan kita

Pemuda UMNO memulakan siri demonstrasi mereka, tidak ubah seperti demo - demo yang dilakukan oleh pembangkang sebelum ini. Demonstrasi ini adalah kerana mereka sudah tidak sanggup lagi untuk berdiam melihat saudara - saudara Islam kita dibunuh oleh Yahudi. Amerika selaku kuasa besar diam dan menyetujui tindakan Israel terhadap Lubnan. Apakah budaya demo sekarang boleh diterima oleh UMNO? Adakah budaya demo ini hanya dibolehkan sekiranya kita menentang kezaliman kerajaan negara  - negara lain tetapi tidak sekiranya ketidakpuasan hati rakyat kepada kerajaan sendiri? Bukankah ini menampakkan hipokrasi dalam membuat polisi.

Demonstrsi adalah tindakan terakhir yang dibuat sekiranya isu - isu teguran tidak dijawab dengan sempurna. Pembangkang melakukan pelbagai siri demonstrasi - membantah kenaikan harga minyak, membantah penswastaan elektrik, air dan siri - siri demonstrasi lain selepas memorandum dihantar tetapi tidak dipedulikan. Namun tindakan demo yang dilakukan oleh mereka dikategorikan sebagai siri lonjatan politik, oleh kerajaan dan ini bukan budaya kita kata mereka lagi. Sebenarnya itu adalah hipokrasi dalam polisi. Mereka membantah khususnya keatas keputusan - keputusan kerajaan  yang mereka rasakan tidak besesuaian. Itu kena kita akui, ambil contoh demo kerana kenaikan harga minyak. Bukankah ini isu rakyat, penerangan yang diberi tidak dapat diterima dan hasilnya mereka berdemo. Kita harus menerima semua demo yang dilakukan sebagai ketidakpuasan hati mereka terhadap keputusan yang mereka rasa membebani rakyat. Sebagai pemimpin setiap demo yang dilakukan harus diteliti dan bukan ditolak sebagai asas mainan politik semata - mata. Pemimpin harus meneliti adakah kita telah memberi segala ruangan untuk mereka berbincang sebelum mereka bertindak melakukan demonstrasi.

Isu kenaikan harga minyak dan penswastaan air sebagai contoh. Mereka tidak puashati perkara itu dilakukan dan mereka sudah mendedahkan mengenai isu - isu seperti IPP yang sebenarnya menelan rakus keuntungan Tenaga Nasional yang kini mendesak kerugian mereka ditanggung oleh rakyat. Ini membuatkan mereka menukar strategi dari hanya menghantar kenyataan bantahan kepada ber-demonstrasi. Kita selaku kerajaan harus menjawab secara terbuka - namun dengan sikap kita bersuara tanpa menjawab soalan sebenar amat mengecewakan. Sungguhpun kerajaan sedar kini bahawa IPP bertindak mengaut untung malang satu perlaksanaan konkrit isu ini masih tidak lihat dijalankan oelh kerajaan. Mereka berdemo dan kita kata itu adalah tindakan meraih undi biarpun pilihanraya jauh sekali.

Tapi hari ini Pemuda UMNO berdemo membantah sokongan Amerika terhadap Israel - Amerika tidak mendengarnya - rakyat menyertai demo  membantah kenaikan minyak - adakah Malaysia mendengar kesukaran mereka?

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762