BALIK KE MUKA UTAMA

Demo terhadap Amerika - Azman

 

Rasa bersemangat saya melihat tindakan rakyat Malaysia membantah serangan Israel terhadap bumi pelestin. Seoalah-olah rakyat malaysia yang tidak mengira parti dan kaum kini bersatu membantah kekejaman rejim zionis terhadap orang-orang awam pelestin.

Jika parti-parti baik pembangkang atau pun kerajaan ikhlas untuk menentang kekejaman tersebut maka saya rasakan ia nya bertepatan dengan sikap rakyat Malaysia yang bencikan peperangan. Walaubagaimanapun, jika platform ini digunakan semata-mata untuk kepentingan politik maka saya rasa ianya amat jijik. Lebih-lebih lagi pada masa parti BN yang dilanda konflik dalaman yang bakal meyebabkan perpecahan di kalangan orang UMNO.

Bersemangat saya lihat Khairi Jamaluddin dengan penuh semangat menentang kehadiran Condoleezza Rice. Berderau darah saya melihat jeritan dan kata-kata semangat mencaci Amerika yang menjadi dalang kepada permasalahan dan konflik di Asia BArat. TETAPI ... sejauh manakah keihlasannya, hanya ALLAH sahaja yang MAHA mengetahui.

Jika kita lihat dari satu sudut lain, Ada kemungkinan yang KJ cuba mengalihkan pandangan orang ramai terhadap pesepsi umum yang sangat marahkan kepadanya. Beliau ingin dilihat sebagai juara orang Melayu dengan membuat demonstrasi dan bantahan kekejaman Israel sehingga orang Melayu terlupa soal ECM Libra, MV Agusta, AP, GLC Malaysia dan lain-lain. Benar, Melayu mudah lupa. Publisiti meluas diberikan kepadanya. Apakah ini satu lakonan? Apakah tindakan demonstrasi ini memberi kesan? Mungkin memorandum bantahan itu dibuang sahaja oleh Condolezza Rice.

Beliau dituduh oleh Tun Mahathir sebagai orang Tkt 4 yang mempengaruhi segala dasar-dasar kerajaan. Dia telah menyebabkan goyahnya politik tanah air dengan tindakan-tindakan yang tidak wajar yang menyebabkan orang ramai meragui kredebiliti Pak Lah. Jika benar KJ menggunakan platform ini hanya untuk kepentingan politiknya maka amatlah hinalah permainan politik beliau. Berkemungkinan kaedah teori "wag the dog" digunakan bertujuan mengalihkan pandangan masyarakat terhadap permasalahan sebenar dan supaya melihat KJ sebagai pejuang Melayu abad ini.

Umum mengetahui bahawa KJ memainkan peranan belakang tabir yang mempengaruhi pentadbiran Pak Lah. Keadaan ini telah menyebabkan Tun Mahathir menyuarakan kebimbangannya. Saya tidak ada masalah jika KJ ingin mengumpulkan kekayaan dengan mendapatkan kontrak kerajaan, PETRONAS, dll tetapi apa yang tidak dapat saya maafkan ialah dengan membenarkan penguasaan syarikat Singapura didalam sysrikat kerajaan (GLC). Walaubagaimanapun, kumpullah harta secara sederhana dan jangan melampau-lampau sehingga menyebabkan kemarahan rakyat. Pak Lah perlu sedar bahawa di Thailand, Thaksin jatuh kerana penjualan ShinCorp kepada Temasik. Apakah Pak Lah ingin mengikut jejak Thaksin?

Keadah demonstrasi dan bantahan ini tidak akan membuahkan hasil. Sepatutnya UMNO perlu menjalankan kempen secara sistematik memboikot produk2 Amerika. UMNO ada 2 juta ahli, Ahli-ahli ini perlu digerakkan untuk memboikot produk2 Amerika Haram Jadah ini. Apabila ada kesan-kesan ekonomi, maka barulah pihak Amerika akan memberikan sedikit perhatian. Tidak guna kita memekik dan memekak. Marilah kita bersatu wahai orang Islam. UMNO dan orang Islam Malaysia perlu bertindak ... BOYCOTT AMERICAN PRODUCT!

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762