BALIK KE MUKA UTAMA

Dedahkan semua - Mahathir ! Mokthar


Dedahkan semua Dr Mahathir, dedahkan. Kemelut Pak Lah dan Mahathir pasti akan membuka mata ahli - ahli Umno untuk mengetahui keadaan sebenar pemimpin mereka. Adakah Pak Lah lebih baik dari Mahathir atau Pak Lah dalam dalam 2 tahun pemerintahan berjaya membuktikan bahawa dia berjaya melakukan kesumbangan pemerintahan sama seperti Mahathir cuma Mahathir mengambil masa 22 tahun.

Saya setuju dengan editor laman ini bahawa orang Umno harus melihat kemelut ini dari perpektif berbeza. Kemelut ini berjaya membongkar :

1. Keperibadian pempinan Umno

2. Perjuangan mereka untuk rakyat atau untuk kroni.

3. Budaya politik wang yg hadir adalah dari teladan yang ditunjukan oleh pemimpin Umno yang menjadi kaya sebaik sahaja menjawat jawatan

4. Kesalahan kita membenarkan mereka yang tidak berwibawa memimpin.

Kepimpinan Umno yang ada baik dari zaman Mahathir mahupun Pak Lah tidak banyak berbeza. Hampir 3/4 kepimpinan Mahathir dikekalkan dan ini hanya membuktikan tidak akan ada sebarang perubahan dalam kerajaan.

Umno kena sedar - kebangkitan revolusi minda ahli - ahli Umno perlu untuk merobah keadaan yang ada. Ini adalah penting agar kita bukan sahaja mengetahui malah mengambil langkah - langkah yang bersesuaian untuk memilih pemimpin agar bangsa tidak dikorbankan oleh kepimpinan yang hanya tahu mengaut dari rakyat. Ahli Umno kena sedar bahawa undi kita untuk melantik harus digunakan sebaik mungkin. Mereka harus berani berjuang dan tidak terlalu mudah untuk dipatahkan. Ini penting agar kepimpinan yang dilantik dapat membantu kita dan generasi kita akan datang.

Saya percaya selagi Mahathir belum dedahkan maka isu ini akan berlarutan dan kita semua akan rugi. Dedah Mahathir dan Pak Lah dedahkan juga kepincangan pentadbiran Mahathir selama 22 tahun. Let us get it over with....


 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762