|
Masyarakat Cina dan bukan bumiputera
lain memang tertindas. Setidak - tidak itu kata
mereka. Suara - suara mereka yang menyokong
kenyataan Lee Kuan Yew mengenai masyarakat Cina yang
disisihkan semakin lantang. Isu kerajaan hari ini
menindas kaum - kaum Cina dan bukan bumiputera
merupakan topik utama dan kaum Cina hari ini banyak
menunding jari kepada kepimpinan komponen Barisan
Nasional khususnya Gerakan dan MCA sebagai mereka
yang hanya akur dan tunduk kepada UMNO. Lim Guan
Eng dari DAP melahirkan kejijikan mereka melihat
bagaimana Gerakan dan MCA yang didakwa beliau
menafikan "kenyataan yang jelas" . Guan Eng,
Setiausaha Agung DAP dalam kenyataan beliau
mengatakan " The Chinese and other non - Chinese
have been systematically marginalised by
discrimination government policies"
Democratic Action Party atau DAP turut menyelar
kerajaan kerana gagal memberi peruntukan untuk
pembinaan sekolah - sekolah Cina pada Rancangan
Malaysia ke 9.
Dalam blog
Lim Kit Siang
komen - komen semakin berani menyatakan diskriminasi
yang ada. Antara yang dibicarakan adalah Dasar
Ekonomi Baru yang bagi mereka adalah putik kepada
diskriminasi yang ada. Kenyataan Lim Guan Eng seakan
mahu membangkitkan kemarahan masyarakat Cina bukan
sahaja kepada MCA dan Gerakan tetapi kepada UMNO.
Dalam itu mereka turut membicarakan kerajaan
sekarang ini - pimpinan UMNO adalah kerajaan yang
menyisih bangsa lain di Malaysia. Penerangan
menyeluruh mengenai perkara ini harus diberikan agar
isu ini tidak berlarutan sehingga mengundang
kejadian - kejadian yang tidak diinginkan.
Turut mendapat serangan adalah blog
arahkita
yang mempamerkan seolah - olah orang - orang
Cina terlalu marah kepada kerajaan dan juga bangsa
Melayu. Mereka hadir membicarakan bentuk -
bentuk diskriminasi yang berlaku kepada masyarakat
Cina dan mereka mengungkit persoalan seperti
kegagalan mereka masuk Universiti akibat kuota
bumiputera. Banyak antara mereka yang
membicarakan mengenai keperluan mereka menolak
Barisan Nasional.
Adakah benar kaum Cina khususnya
merasakan mereka benar - benar tertindas? Adakah
kenyataan Singapura itu sebenarnya adalah untuk
mengucar kacirkan hubungan ras dan kedudukan
Malaysia dirantau ini. Mungkin ini tindakan jahat
jiran kita untuk melihat kita bertelagah antara
sesama? Ini perlu kita tangani segera, sekiranya
tidak - mereka akan ketawa sekiranya kita pergolak
sehingga menghancurkan negara. Bagi DAP dan
pembangkang - jangan terpedaya dengan kenyataan
Singapura yang sebenarnya hanya berniat jahat.
kenyataan Lim Guan eng malaysiakini
klik sini
|