|
ROSLAN SMS
Satu dua hari ini saya lihat negara seolah ditadbir oleh sebuah
keluarga. Baru-baru ini Poland melantik kembar seiras sebagai
Perdana Menteri dan Presidennya, satu rekod untuk dunia,
dimana saudara kembar menjadi orang nombor satu dan dua negara.
Di Malaysia orang nombor satu dan orang yang DIJULANG sebagai nombor
dua, kedua-duanya sekeluarga juga. Seorang bapa mertua dan
seorang menantu, begitulah kira-kiranya.
Dua hari lepas si menantu mengumumkan pada dunia bahawa pergerakan
pemuda yang beliau merupakan orang nombor duanya (walaupun
kelihatana bagaikan nombor satu sahaja) akan menyenaraikan
jenama-jenama produk dan syarikat-syarikat antarabangsa yang
beroperasi di Malaysia tetapi diketahui menyokong dan
menyumbang bantuan kewangan kepada regim Zionis Israel.
Senarai ini nanti akan dipamirkan dan diumumkan untuk pengetahuan
seluruh rakyat Malaysia dengan harapan barangan-barangan dan
syarikat-syarikat itu nanti akan diboikot dalam rangka kita
menuntut keadilan untuk rakyat Palestin dan Lubnan yang diserang dan
dibunuh secara ganas orang regim haram itu.
Belum pun sempat kering tuntutan menantu PM itu, Menteri Luar Syed
Hamid terus mengeluarkan kenyataan menyokong tindakan itu.
Maklumlah ianya datang dari menantu PM, takkanlah nak tentang
pula!
Kata Syed Hamid:
Pemuda mempunyai hak dari segi politik untuk melakukannya terutama
dalam suasana yang tidak tenteram di Asia Barat. Selain itu
kita juga tidak menjalin perdagangan dengan Israel.
Tiba-tiba semalam sebagaimana disiarkan dalam akhbar-akhbar tempatan
hari ini, bapa mertua si menantu tadi mengeluarkan kenyataan
menolak bantahan itu.
Kata si bapa mertua:
Kita jangan cakap besar kerana bila hendak melaksanakannya kita akan
menjadi teruk, terpaksa berpatah balik, kerana ini akan
membebankan.
Menurut UTUSAN:
Perdana Menteri berkata cadangan sesetengah pihak untuk memboikot
barangan dari kedua-dua negara itu perlu difikir
semasak-masaknya kerana masalah yang akan dihadapi di kemudian hari
adalah rumit.(yang tersepit Syed Hamid, sekarang bagaimana/)
Saya cadangkan perselisihan pendapat bapa mertua dan menantu
seumpama ini selesai sahaja di dapur rumah. Janganlah sampai
perlu didedahkan kepada orang-ramai sebegini rupa. Sebab kalau
bapa mertua dan menantu sudah tak sehaluan, susah negara nanti.
Kalau tingkat empat dah tak sehaluan dengan tingkat lima, yang
susah rakyat jelata juga(termasuklah Syed Hamid yang tidak
sabar-sabar mahu mengampu itu, saya sokong, saya sokong: Meminjam
kata-kata Tun Dr M)
Kempen boikot barangan dan syarikat berkaitan Israel ini sebenarnya
telah lama dilakukan. Ianya boleh dilayari di http://www.inminds.co.uk/boycott-israel.html
. Dan saya difahamkan Tuan Hj Azmi Abd Hamid (Presiden TERAS)
dan Hj Mahfuz Omar (IMPAK) serta beberapa NGO lain akan
melancarkan GAZA (Gerakan Anti Barangan Zionis dan Amerika) bagi
tujuan yang sama.
Dalam pada bapa mertua dan menantu bertelagah, rakyat jelata yang
prihatin tidak perlu menunggu keluarga yang CONFUSED itu. Kita
masing-masing tahu dan melihat kezaliman dan keganasan regim
haram Zionis Israel itu, terhadap saudara-saudara kita di Lubnan dan
Palestin, kita tidak perlu pasangan bapa mertua dan menantu itu
untuk bersetuju atau tidak bersetuju, demi solidariti kita
dengan saudara-saudara kita itu insyallah ayuh kita pulaukan
barang-barang dan syarikat-syarikat ini.
Ia mungkin satu tindakan yang kecil namun sekurang-kurangnya kita
tidak memberi saham untuk digunakan oleh musuh-musuh Allah
bagi membunuh saudara-mara kita sendiri.
(Sementara itu menurut Jeff Ooi dan beberapa blogger yang lain, ECM
Libra Avenue yang kini dimiliki oleh si menantu itu sendiri
sebenarnya juga ada kepentingan dalam syarikat yang mendokong
perjuangan haram Zionis itu. Menurut maklumat Pantai Holdings Berhad
memiliki kepentingan di dalam Avenue Resources yang kini telah
diambil-alih oleh si menantu dan rakan-rakannya. Syarikat
induk Pantai iaitu Parkway Holdings Singapura turut dimiliki oleh
seorang warga Amerika bernama Richard Blum yang dikenali dunia
sebagai seorang penyumbang aktif kepada regim Zionis Israel.
Isteri beliau ialah seorang senator Kongres AS iaitu Senator Dianne
Feinstein, seorang pelobi kuat Israel. Oleh itu boikot juga syarikat
si menantu itu!)
PLEASE VISIT
http://n32.blogspot.com
WEBTV ALTERNATIF
http://wtv8.tv
|