BALIK KE MUKA UTAMA

 


Pak Lah dalam BAHAYA?

Mungkin kenyataan itu tidak tepat tetapi majoriti bloggers tersebut mempunyai sentimen anti Pak Lah. Bila diajukan kepada Zahrin Yassin soalan mengenai jumlah bloggers yang bergabung dalam "bloggers united" beliau menjawab hampir 200 lebih dan adakah anda nafikan bahawa kebanyakannya adalah blog anti Pak Lah, beliau menjawab " tidak semua", ada yang membicarakan mengenai senario politik, perjuangan rakyat dan bermacam - macam lagi. Sungguhpun begitu melihat perkembangan "bloggers" yang ada maka satu kerisauan perlu ada kerana blog - blog ini menentang kepimpinan Pak Lah baik dalam UMNO atau sebagai Perdana Menteri Malaysia dan kehadiran mereka bertambah subur. Kehadiran Bloggers United adalah seperti langkah teratur untuk memulakan serangan strategik bagi mendedah kepincangan pentadbiran Pak Lah melebihi laman - laman Web yang timbul secara serius sewaktu gerakan reformasi anjuran Anwar Ibrahim.

Mendahului laman laman blog cara serius menentang kepimpinan Pak Lah adalah laman blog http://sangkelembai2006.blogspot.com/ yang diterajui oleh Zahrin Yassin, Bekas Setiausaha Bahagian UMNO Bandar Tun Razak yang dipecat dari UMNO. Melihat analisis secara rawak antara laman blog yang serius menentang Pak Lah seperti http://rockybru.blogspot.com/  , http://www.kuda-kepang.blogspot.com/ ,http://kickdefella.wordpress.com/ ,http://kadirjasin.blogspot.com/ , blog Sang Kelembai adalah antara yang terawal bangkit menentang Pak Lah dan Zahrin selaku peneraju laman blog Sang Kelembai boleh dikatakan sebagai pelopor. Selepas itu beratus blog lahir dan akhirnya mereka tergabung dalam apa yang disebut bloggers united. 


 
http://sangkelembai2006.blogspot.com/ posting terawal Jan 06

 

Antara blog

 

Posting terawal

1

http://rockybru.blogspot.com/ 

 

Nov 06

2

http://www.kuda-kepang.blogspot.com/ 

 

Jun06

3

http://cuitsikit.blogspot.com/ 

 

Feb 06

4

http://kudaranggi.blogspot.com/ 

 

Dec 06

5

http://kadirjasin.blogspot.com/

 

Feb 06

6

http://kickdefella.wordpress.com/ 

 

July 2006

7

http://nursamad.blogspot.com/ 

 

January 07

8

http://the-antics-of-husin-lempoyang.blogspot.com/ 

 

August 06

9

http://penarikbeca.blogspot.com/ 

 

Mei 2006

10

http://thoughtsintangents.blogspot.com/ 

 

Dec 06

11

http://www.aisehman.org/ 

 

Dec 06

12

http://mimpiboneka.blogspot.com/ 

 

Oct 06

13

http://www.bumiputera.blogspot.com/ 

 

Oct 06

14

http://jelas.info/ 

 

Aug 06

15

http://www.4896kj.com/4896/

 

April 2006

Ini seharusnya memberi kerisauan kepada kepimpinan hari ini khususnya Pak Lah dan UMNO. UMNO kelihatan bukan sahaja diserang oleh pembangkang yang mempunyai landasan politik, NGO yang membantah polisi - polisi ciptaan Pak Lah malah kini berhadapan dengan UMNO dan penyatuan bloggers.

Ini adalah serangan lebih komprehensif dan agak menyeluruh. Penentangan ini lebih tersusun dan Pak Lah harus risau bukan sahaja kerana kehadiran mereka menentang tetapi ketiadaan penyokong ortodoks yang bangkit mempertahankan. Ini hanya menunjukkan bahawa Pak Lah lebih dalam bahaya dari sewaktu gerakan reformasi. Sistem penentangan terhadap Pak Lah semakin tersusun. dan lebih "advantures" dalam memulakan gerakan.

Ini ditambah pula dengan mereka yang bukan "tembak curi" tetapi penembak jelas yang ada wajah dan motif dan visi tertentu. (mengambil petikan dari blog Sang Kelembai) Serangan secara terbuka kini lebih mempunyai "substance" dan lebih menyeluruh sementara dipihak Pak Lah kelihatan kegagalan mereka untuk menyaingi kebangkitan serangan.

Apa pun sekiranya Pak Lah gagal dalam mempertahankan serangan, satu kesilapan beliau ialah kegagalan beliau melihat senario dan sentimen di bawah. 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762