BALIK KE MUKA UTAMA

Bersemuka dengan Pak Lah ( temubual TV3 bersama Pak Lah 7/08/2006)

 

  Pegangan saya adalah kasih sayang , keadilan dan ikhlas

Tidak ada satu projek pun dari kerajaan Malaysia kepada Kamalluddin

Tidak ada satu "bail out " pun yang kerajaan buat untuk anak - anak saya

Khairy beli syer kecil itu pun dia pinjam duit

Tohmahan adalah kerana "dia" ( tidak menyebut sesiapa ) mempunyai agenda tertentu, tidak ikhlas dan  jahat

Dia hendak menghina saya

HARD TO BE NICE

Akhirnya Pak Lah bersemuka dengan TV3 untuk menjawab soalan - soalan isu yang melibatkan tohmahan dan tuduhan keatas beliau. Soalan - soalan seperti kehadiran Khairy Jamaluddin yang mempunyai kuasa menentukan projek, tuduhan anaknya, Kamaluddin menerima projek - projek kerajaan, sikap lembek dan tuduhan yang dilemparkan oleh Mahathir di jawab oleh beliau dalam program tersebut. Perkara utama yang di sebut adalah komitment beliau kepada wawasan 2020 dan pembangunan modal insan.

Pak Lah dalam membicarakan tuduhan bahawa pentadbirannya lembek dan tidak agresif berbanding dengan Tun Mahathir mengatakan bahawa ini bukan soal lembek, aggresif atau keras dan sebagainya. Ini adalah soal cara dan cara Pak Lah adalah berbeza. Pak Lah menegaskan adalah tidak adil, kalau saya seorang pemain bola dan diadili hanya 10 minit selepas masuk padang.

Mengenai kelembapan projek dan sikap terlampau berhati - hati Pak Lah, Pak Lah mengatakan bahawa sewaktu beliau mengambil alih kerajaan dalam keadaan defisit negara adalah besar. Al Hamdullilah ianya dapat dikurangkan dan setelah dikurangkan maka barulah kita berbelanja untuk pembangunan.

Pak Lah juga menyelar tuduhan kononnya anaknya membolot semua projek kerajaan dan projek - projek yang bakal dikeluarkan sudah ada kontraktor tertentu yang telah ditentukan. Ini fitnah, katanya. Ini hanya mahu menghina dirinya dan ini berniat jahat.

Pak Lah dalam persoalan memberi kuasa kepada orang lain berkata " kita susah - susah berusaha hingga jadi Perdana Menteri tak kan senang - senang nak bagi orang lain berkuasa.

Bersemuka dengan Pak Lah juga mempersoalkan pembelian saham - saham syarikat Malaysia oleh Singapura. Pak Lah dalam jawapannya berkata, tidak salah mereka membeli, biar Singapura , Amerika atau sesiapa sahaja. Pokoknya "control" masih ditangan kita.

Mengenai isu Proton, Pak Lah menjanjikan bahawa kerajaan tidak akan membiarkan Proton gulung tikar. Langkah akan diambil sekiranya kereta nasional itu menghadapi masalah dan sekiranya perlu pindaan kepada Dasar Otomotif Negara akan itu juga akan dilaksanakan.

Pak Lah turut mengatakan kadang - kadang, "it is hard to be nice" 

 



 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762