BALIK KE MUKA UTAMA

 


 

 

Sah Ezam meninggalkan Keadilan

www.umno-reform.com
setelah membaca laporan harakah yang telah menafikan laporan tindakan Ezam keluar dari parti telah menghubungi Setiausaha Angkatan Muda Keadilan Malaysia untuk mendapatkan kepastian. Sdra Sd Johari dalam menjawab isu ini memaklumkan bahawa Ezam Mohd Nor telah memaklumkan keputusan beliau untuk meninggalkan Parti Keadilan Rakyat Malaysia dan akan memberi perhatian khusus terhadap perjuangan menentang rasuah dalam GERAK.  Kenyataan ini sebenarnya bercanggah dengan kenyataan Badrul Hisham Shahrin dalam web harakah.  Menurut SD Johari lagi ini adalah keputusan Ezam Mohd Nor dan keputusan ini tidak dipengaruhi oleh mana - mana pihak  atau diapi - apikan oleh mana - mana  pihak tertentu  seperti yang dilaporkan oleh Harakah daily.

 

Shamsul Islandar Mat Akin, Ketua Angkatan Muda Keadilan bangkit menyatakan solidariti terhadap Ezam Mohd Nor

Dalam satu kiriman SMS, Shamsul Iskandar telah meminta seluruh rakan - rakan EXCO Angkatan Muda Keadilan untuk hadir menyatakan solidariti di rumah Ezam Mohd Nor pada jam 8.00 pm 13/2/2007 di No 3 Jalan Platinum 7/37B Seksyen 7 Shah Alam. Dalam satu SMS berasingan dari beberapa penyokong reformasi, mereka turut menggesa penyokong - penyokong reformasi yang selama ini telah berhempas pulas berjuang bersama - sama Ezam untuk hadir ke rumah Ezam Mohd Nor untuk turut menyatakan solidariti.
 

 


Ezam bukan sahaja letak jawatan tetapi keluar dari Parti Keadilan Rakyat klik sini

Aktivis Gerakan Reformasi dan media akan berhimpun di rumah Ezam Mohd Nor untuk mendengar penjelasan beliau mengenai tindakan beliau keluar dari Parti Keadilan Rakyat jam 8.30 pm 13hb Feb 2007. Gerakan reformasi adalah gerakan yang telah melabel Ezam Mohd Nor sebagai SIFU mereka dan gerakan ini dijangka hadir untuk mendengar dan mendapat penjelasan "Kenapa Ezam Mohd Nor" keluar parti. www.umno-reform.com percaya perhimpunan bagi mendengar penjelasan Ezam Mohd Nor juga merupakan sokongan golongan reformasi terhadap beliau.      
 

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762