BALIK KE MUKA UTAMA

 


 

Batu Talam, bukan ukuran kejayaan sesiapa

Kejayaan Barisan Nasional, penurunan peratus keluar mengundi dan peningkatan kadar majoriti undi untuk calon Barisan Nasional BUKAN ukuran kejayaan baik pada Barisan Nasional mahupun kempen boikot pilihanraya oleh pembangkang. Alasan penurunan peratus mengundi mungkin hadir kerana pertembungan selesa Barisan Nasional dengan calon bebas yang diambil mudah oleh penduduk tempatan  dan kemenangan dengan majoriti lebih mungkin adalah kerana faktor yang serupa. Sungguhpun begitu kemenangan selesa Barisan Nasional tidak menggambarkan bahawa parti pembangkang akan mendapat nasib yang serupa pada pilihanraya umum nanti malah kita percaya bahawa senario sebaliknya akan berlaku.Barisan Nasional dipercaya akan mengahdapi senario yang agak sengit dengan kehadiran parti pembangkang " full force" dan dengan antisipasi bahawa undi - undi kaum lain akan memihak kepada Barisan Nasional. Kehadiran Anwar Ibrahim dan gelombang dalam UMNO akan menjadikan pilihanraya tersebut lebih sengit.

Sungguhpun akhbar akan mula menyanyikan kejayaan BN dalam pilihanraya kecil sebagai bukti rakyat masih lagi memilih BN sebagai kerajaan tetapi kemenangan ini bagi kami tidak  memberi ' lonjatan moral' kepada BN, memandangkan lawannya adalah calon bebas yang juga bukan pengundi kawasan itu.

Apa yang perlu diperhatikan oleh BN harus melangkaui apa yang berlaku pada pilihanraya kecil ini kerana sentimen suara rakyat semakin berubah dan serangan bangkangan terhadap dasar  - dasar semakin konklusif. Bagi pembangkang pula keputusan penurunan kadar peratus mengundi juga tidak seharusnya menjadi ukuran bahawa kempen boikot mereka berjaya. Ini adalah satu protes yang sepatutnya mempunyai impak kuat bukan kepada pengundi tetapi kepada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia dan kerajaan yang ada. Ini juga menunjukkan bahawa unsur tidak percaya kepada sistem demokrasi tajaan kerajaan Malaysia tidak dipercayai oleh mereka. Keadaan ini akan dilihat sebagai satu tindakan drastik sungguhpun kami pecaya ini tidak akan berlaku pada pilihanraya umum.

Apa pun kerajaan Barisan Nasional sepatutnya mengambil ikhtibar pengurangan peratus mengundi dan pengurangan anak muda yang hadir mengundi. UMNo dari satu sudut berbeza harus juga melihat kedududkan mereka yang semakin tersisih kerana kesedaran politik rakyat semakin lama semakin menyerlah. 

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762