|
from: Seri Rahayu Razali
Sent: 12 December 2006 12:31
Subject: FW: Pesakit Barah Diseksa Mati Di
Hospital Kerajaan
Pesakit barah dipinggirkan daripada rawatan asas
(Basic treatment) sengaja dibiarkan mati dalam
keadaan penuh keseksaan di Wad 3 sebuah Hospital
kerajaan di Manjung
Bapa saya dirujuk ke sebuah hospital kerajaan di
Seri Manjung daripada Pusat Perubatan Universiti
Malaya (PPUM) - PJ untuk rawatan Palliactive.
Keadaan bapa saya o.k Cuma tidak boleh makan dan
minum sebab sistem penghadaman rosak disebabkan oleh
barah. Beliau bergantung kepada TPN. Sikap
segelintir jururawat dan doktor di hospital itu
memberi layanan yang begitu teruk terhadap pesakit
barah dan dipinggirkan daripada rawatan serta
membuat penipuan atas keputusan pemeriksaan terhadap
pesakit (observation chart). Mengapa PPUM boleh
memberi layanan yang begitu baik terhadap bapa saya
tetapi Hospital Kerajaan ini tidak? Saya ingin
memghuraikan kronologi rawatan buruk dan insiden
terhadap bapa saya.
1) Masuk Hospital Kerajaan di Seri Manjung pada
31/10/2006
Beliau demam pada waktu malam, bagi tahu jururawat
tetapi disuruh beritahu doctor pada keesokan pagi
sebab waktu malam tidak ada doktor yang bertugas dan
ubat. Adik saya terpaksa membeli ubat dari luar
untuk bapa saya.
Mengapa ini boleh berlaku?
2) Sikap angkuh dan kurang ajar dua orang jururawat
Noraini dan Siti Habibah enggan membantu kami
apabila mereka diperlukan. Sebaliknya, mereka memaki
ibu saya serta menengking bapa saya (pesakit)
walaupun ibu saya merayu jangan marah bapa saya
tetapi jururawat tersebut tetap berbuat demikian.
Jururawat tersebut juga mengugut bapa saya akan
menghalau beliau keluar daripada hospital jika
selalu memanggilnya dan membuat aduan. Padahalnya,
jururawat itu tidak sibuk dan duduk bersembang di
kaunter .
Apakah salahnya jika kami memanggilnya hanya kerana
memerlukan penjagaan jururawat? Ke manakah perginya
Prinsip Kejururawatan (senyum, sayang, segera,
sentuh dll).
3) 11/11/2006 kira-kira 5pm
Bapa saya kelihatan pucat, restless dan susah
bernafas saya menanya jururawat keadaannya, mareka
menyatakan tekanan darah rendah 100/60. Bila doktor
datang, terus memberitahu kami ia adalah kesan
Morphine tanpa melihat dan memeriksa bapa saya.
Kemudian, terus beredar. Begitu pandaikah doktor?
Inikah etika seorang profesion yang bergelar doktor?
Mengapa tidak bertanggungjawab langsung terhadap
nyawa pesakit?
4) 12/11/2006 - 2pm
Keadaan bapa saya bertambah serius dan tekanan darah
turun ke 80/40, bapa saya sangat restless dan bola
mata melihat ke atas dan tidak berdaya untuk
bercakap langsung. Adik saya segera bergegas ke
kaunter jururawat meminta pertolongan dalam keadaaan
kelam kabut. Jururawat membawa peralatan dan memberi
oksigen kepada pesakit. Malangnya, peralatan
perubatan tidak berfungsi. Begitukah Nursing Care
sehingga pesakit dekat collapse pun tidak tahu?
Kemudian datang seorang doktor Melayu perempuan
dengan selamba saja memeriksa pesakit. Selepas itu,
memberi ibu saya borang D.I.L (Dangerous Ill List)
untuk ditandatangani. Doktor tersebut ditegur oleh
bapa saudara untuk menyelamatkan pesakit dahulu,
tandatangan D.I.L tidak penting. Bapa saudara saya
mengatakan pesakit kelihatan sangat pucat dan
memerlukan darah. Selepas itu, doktor baru
menghantar spesimen untuk mengesan tahap darah.
Tidak lama kemudian, keputusan HB Hemoglobin 4.4gm.
Mengapakah doktor tidak membuat pemantauan darah
sehingga keadaan begitu teruk? Ini adalah disebabkan
oleh kecuaian rawatan doktor yang menjaga kes ini.
Inikah dipanggil amalan perubatan yang professional
dan penyayang?
5) 14/11/2006 - 2pm
Central Vein Line Blockage selama 7 jam tidak
dihiraukan oleh jururawat dan doktor. Bapa saya
bergantung kepada Central Vein Line untuk hidup
melalui cecair (TPN) –Peripheral vein semua rosak.
Ada doktor datang tetapi mengatakan beliau tidak
tahu buat (dislodged obstruction). Hanya doktor
pakar tahu buat. Ke manakah perginya dua orang pakar
kontrak surgikal apabila diperlukan? Sikap pakar
yang tidak bertanggungjawab dan tidak beretika harus
diambil tindakan. Keadaaan bapa saya bertambah
serius sehingga adik saya dan bapa saudara saya
terpaksa mengadu kepada pengarah hospital. Setengah
jam kemudian, pakar surgikal dan pengarah hospital
datang melawat bapa saya. Sejak bapa saya dimasukkan
ke Hospital Kerajaam ini, pakar surgikal tidak
pernah datang merawatnya. Hanya selepas mengadu
kepada pengarah barulah nampak batang hidungnya. Apa
gunanya pakar berada di Hospital Kerajaan ini? Apa
gunanya mengupah doktor kontrak ini yang tidak mahu
membantu merawat pesakit serta tidak
bertanggungjawab? Mengapa hospital lain juga
mempunyai dua orang pakar tetapi boleh memeriksa
bapa saya setiap hari? Walaupun hospital ini lebih
besar daripada Hospital Kerajaan di Seri Manjung.
6) 16/11/2006 - 4:30pm
Keadaan bapa saya berubah lagi jadi restless dan
keliru disebabkan dehydrated. Nasib baik ada seorang
pakar luar datang melawat bapa saya. Pada masa yang
sama beliau telah memberi pertolongan dan merawatnya
dan nyawanya diselamatkan. Selepas memberi satu pint
cecair bapa saya pulih sedikit. Selepas itu doktor
panggilan baru tiba. Mengapa doktor panggilan tiba
lambat?
7) 17/11/2006 - 2pm
Keadaan bapa saya masih tidak beransur baik mukanya
pucat dan restless. Kami tidak boleh buat apa-apa
lagi sebab sudah membuat aduan kepada pengarah
(14/11/2006). Doktor dan pakar masih tidak mahu
merawat bapa saya. Sikap doktor dan pakar yang degil
dan tidak berperikemanusiaan terhadap pesakit barah/
secara tidak langsung ingin menyeksa bapa saya
sehingga mati.
Bapa saya kelihatan sangat pucat dan tenat, saya pun
tanya jururawat Hemoglobin iaitu 6.5gm (16/11/06).
Saya tanya mengapa tidak membuat pemindahan darah.
Bapa saya kelihatan semakin pucat.
Datang Dr. Kelvin (Lelaki Cina) mengatakan tidak
perlu membuat pemindahan darah dan tidak memberikan
sebab. Adik saya berkata sanggup menderma darah
kepada hospital atas pemindahan darah kepada bapa
saya.
Namun tiada rawatan yang sepatutnya diambil,
keengganan doktor memberikan rawatan secara tidak
langsung memaksa kami keluar dari Hospital Kerajaan
itu. Kami terpaksa mengambil tindakan jika tidak,
bapa saya akan mati akibat kekurangan darah. Kami
tidak sanggup mempertaruhkan nyawa bapa saya sekali
lagi.
8) 17/11/2006 - 4:10pm
Adik saya terpaksa mengegaskan bapa saya ke pusat
rawatan swasta untuk menyelamatkan nyawanya. Semasa
di hospital swasta doktor segera membuat pemeriksaan
tekanan darah 70/30 dan hemoglobin 6.0 gm. Doktor
tersebut terus membuat pemindahan darah untuk
menyelamatkannya.
Saya ingin menekankan beberapa perkara seperti
berikut adalah kecuaian rawatan yang disengajakan
oleh pihak unit surgical Hospital Kerajaan di Seri
Manjung:
1) Mengapa pesakit barah perlu dipinggirkan?
Doktor dan jururawat tidak masuk ke dalam bilik
membuat pemeriksaan. Begitu handalkah doktor dengan
hanya melihat melalui cermin dan catitkan dalam
rekod pesakit? Ini semua merupakan pemalsuan rekod
pesakit. Inilah sebab utama mereka tidak tahu
perkembangan pesakit sehingga hemoglobin rendah
sampai ke tahap yang merbahaya.
2) Bapa saya mempunyai hak kemanusiaan untuk hidup.
Mengapa diseksa oleh para doktor dan pakar yang
enggan merawatnya?
3) Mengapa hemoglobin 4.4gm doktor pun tidak tahu
atau sengaja berbuat demikian? Hemoglobin yang
rendah terbiar oleh doktor menyebabkan hypoxia pada
otak. Ini menyebabkan kerosakan sel otak serta bapa
saya kehilangan ingatan.
4) Ke manakah perginya pakar surgikal apabila
diperlukan? Doktor bawahan tidak boleh atau tidak
tahu merawat bapa saya semasa kecemasan.
5) Mengapa Dr. Kelvin kata hemoglobin 6.5gm tidak
perlu membuat pemindahan darah? Bapa saya masih
bernyawa dan cuma restless. Beliau ingin membunuh
bapa saya secara perubatan.
6) Mengapakah hospital swasta boleh merawatnya
sebaliknya Hospital Kerajaan di Seri Manjung yang
besar ini tidak boleh? Ini sungguh memalukan dan
menyedihkan pihak pengurusan Hospital Kerajaan di
Seri Manjung dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Apakah itu maksud HOSPITAL? Apakah pula tugas
seorang doktor atau jururawat? Jikalau doktor atau
jururawat tersebut tidak ada etika profesion atau
tidak rela memberi rawatan yang sewajar kepada
pesakit, lebih baiklah mereka tukar kerja atau letak
jawatan. Kalau tidak, lebih banyak pesakit yang
meminta rawatan daripada Hospital Kerajaan di Seri
Manjung akan diseksa oleh doktor dan jururawat di
sana . Nama Kementerian Kesihatan Malaysia juga akan
tercemar kelak.
Saya merayu kepada semua orang yang membaca kisah
benar ini supaya menyebarkan artikal ini kepada
seramai kawan atau saudara mara yang semungkin.
Terima Kasih!
|