|
Reply-To: <bankelawai@yahoo.com.my>
To: editor1@umno-reform.com
Date: Wed 08/09/06 03:19 PM
From_Email: bankelawai@yahoo.com.my
From_Name: Syed Imran
Pesanan: Saya ingin menarik perhatian ramai bahawa Khairy
Jamaluddin tidak melepaskan jawatannya dalam pentadbiran
kerajaan secara sukarela atau kerana bosan dengan tohmahan dan
kritikan orang ramai.
Secara terus terang saya katakan bahawa semasa Datuk Seri
Abdullah Badawi menjadi Timbalan Perdana Menteri dan tidak
berapa lama sebelum Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan,
Pak Lah telah dimaklumkan mengenai satu surat pekeliling
yang masih berkuatkuasa.
Pada masa itu, saya berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri, di
pejabat salah seorang menteri di Aras 3, Blok Barat,
Bangunan Perdana Putra, iaitu satu lantai di bawah pejabat Pak
Lah.
Saya yang mendapatkan salinan surat pekeliling itu dari pejabat
Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri untuk diserahkan
kepada bos saya yang kemudian memaklumkannya kepada Pak
Lah.
Surat pekeliling itu dengan jelas dan nyata melarang semua
anggota kabinet daripada mengambil ahli keluarga, termasuk
menantu dan ipar, daripada menjadi pegawai/pembantu di
pejabat masing-masing seperti setiausaha sulit, setiausaha
akhbar dan pegawai khas.
Tujuan saya berbuat demikian ialah untuk mengelak sebarang
tuduhan oleh pihak pembangkang terhadap Pak Lah kerana
melanggar arahan surat pekeliling berkenaan.
Yang nyata ialah Khairy Jamaluddin melepaskan jawatannya selaku
Timbalan Setiausaha Sulit kepada Pak Lah selepas itu dan
bukan kerana tidak tahan dengan kritikan dan
tuduhan-tuduhan terhadapnya seperti yang dinyatakan oleh
Pak Lah sendiri.
Setahu saya, surat pekeliling itu masih berkuatkuasa kerana ia
belum dibatalkan atau di tarik balik melalui satu
pekeliling lain.
|