|
AMAT KECEWA DENGAN
PERKHIDMATAN BANK RAKYAT
Date: Sat 12/09/06 09:08 PM
Saudara pengarang,
Saya sebagai seorang pelanggan ingin melahirkan
kekecewaan dengan perkhidmatan yang diberikan oleh
Bank Rakyat Alor Star. Saya agak terdesak memerlukan
wang segera bagi urusan peribadi saya. Saya telah
dijanjikan oleh pegawai Bank Rakyat bahawa saya akan
dapat wang yang saya mohon melalui pinjaman peribadi
dalam tempoh 3 hari bekerja sahaja. Dengan janji ini,
saya pun terus menyelesaikan segala urusan yang
berkaitan agar borang permohonan saya dapat
diserahkan pada hari tersebut juga.
Selepas 3 hari, saya sebagai pelanggan yang terpaksa
menghubungi pihak Bank Rakyat untuk bertanyakan apa
dah jadi dengan janji 3 hari sahaja, saya akan dapat
wang. Malangnya, rupa-rupanya itu hanya janji manis
di bibir sahaja, permohonan masih belum diluluskan
lagi. Pegawai yang menjawab panggilan saya itu agak
kurang ajar dalam cara melayan pertanyaan saya.
Saya amat kecewa dengan Bank Rakyat! Bank Rakyat
telah menyebabkan saya mengalami kerugian yang besar
akibat tidak mendapat wang pada hari yang dijanjikan
tersebut. Saya berjanji pada diri saya tidak akan
lagi kembali berurusan dengan Bank Rakyat. Bank
Rakyat bukan lagi bank pilihan saya!
Pelanggan Bank Rakyat Yang Kecewa
|