|
BPPNS <pasn9@yahoo.com>
Subject: Bantuan untuk mangsa banjir dihalang UMNO ?
Date: Thu 12/21/06 01:38 AM
UMNO halang Angkatan Muda Negeri Sembilan bantu
mangsa bencana alam.
Kenyataan Media - 21 Disember 2007
Hujan yang lebat semalam telah
mengakibatkan paras air sungai di beberapa kawasan
khususnya sekitar Johor, Melaka Negeri Sembilan naik
mendadak. Beberapa kawasan seperti Pekan Gemas di
tenggelami air.
Sebaik sahaja mendapat berita mengenai bencana
tersebut maka Pusat Aduan Rakyat (di bawah Angkatan
Muda Negeri Sembilan) telah memanggil satu mesyuarat
tergempar. Mesyuarat jam 3.00 petang di Senawang,
Seremban itu telah memutuskan untuk menghantar dua
pasukan bantuan ke Gemas / Tampin dan satu pasukan
berjaga - jaga di kawasan sekitar Linggi.
Kebetulan Setiausaha Angkatan Muda Negeri Sembilan
Amiruddin Abd Wahab sedang berada di rumah bapa
mertua beliau di Felda Sg. Kelamah yang juga teruk
dilanda banjir. Maka beliau di hubungi dan di
arahkan untuk bertemu ketua kampung kawasan tersebut
dan memaklumkan mengenai bantuan yang akan dihantar
oleh Angkatan Muda Negeri Sembilan. Jam 6.30 petang
kami di hubungi semula oleh Amir yang mengatakan 30
orang keluarga terlibat, Sekolah Kebangsaan Sungai
Kelamah dijadikan pusat perpindahan namum hanya 6
keluarga setuju berpindah pada ketika itu dan ketua
kampung tersebut iaitu Saudara Md Zin amat gembira
untuk menerima bantuan tersebut dan bersetuju untuk
menunggu dan membantu agihan tersebut.
Maka serentak dengan itu saya mengetuai pasukan
pertama dan bertolak ke Felda Sg. Kelamah. Kami
membawa bekalan makanan bernilai RM 1000 ringgit dan
sedikit wang tunai untuk di agihkan kepada 30
keluarga mangsa.
Oleh kerana banyak jalan ditenggelami air kami
terpaksa berpatah balik menukar jalan beberapa kali.
Perjalanan yang biasanya mengambil masa 2 jam 30
minit menjadi hampir 4 jam. Jam 11malam kami tiba di
Felda Sg Kelamah, Amir cuba menghubungi ketua
kampung namun panggilan tidak di angkat.
Kami terus menuju ke sekolah yang menjadi pusat
permindahan. Namun kami disambut oleh Saudara
Wahid Bin Dol (No tel : 06 434 9806) yang
memperkenalkan diri sebagai Setiausaha JKK Kampung
dan Hj. Ramli (No Tel : 012 3743468) sebagai
Bendahari. Mereka menyatakan bahawa mereka telah
menerima arahan untuk tidak membenarkan mana - mana
pihak khususnya parti politik menghulurkan bantuan
kepada mangsa. Kami di arahkan untuk menghubungi
Jawatankuasa Bencana yang di Pengerusikan oleh
Pegawai Daerah untuk menyalurkan bantuan. Mereka
meminta kami jangan mengedarkan bantuan dan pulang
sahaja.
Pelik dengan perkembangan ini kami terus ke rumah
Saudara Md Zin, Ketua Kampung untuk meminta
penjelasan. Beliau memohon maaf kerana beliau tidak
boleh menerima dan membenarkan kami mengedarkan
bantuan kerana telah menerima arahan dari Pejabat
Daerah malah Polis Daerah juga telah menghubungi
beliau memberikan arahan yang serupa. Bila di tanya
adakah ini arahan Menteri Besar dan Wakil Rakyat
kawasan beliau berdiam dan tidak menafikan.
Kecewa dengan perkembangan tersebut kami mula
bergerak meninggalkan kawasan tersebut, namum dalam
perjalanan keluar kami ditahan oleh seorang pemuda
bermotorsikal.
Beliau menyatakan kekecewaan dengan perkembangan
tersebut. Beliau dengar semua perbualan kami di
sekolah sebentar tadi. Beliau berkata sehingga kini
tiada sebarang bantuan yang sampai, apa salahnya di
ketepikan masalah politik dan terima sahaja bantuan
tersebut. Beliau menyatakan bahawa rumah semua JKK
kampung dan Ketua Kampung tidak terlibat tetapi
kasihani mereka yang dilanda bencana. Dengan bantuan
beliau kami mengedarkan beberapa bungkusan bantuan
makanan ke beberapa rumah yang terlibat. Malangnya
ketika mengedarkan beliau telah lari kerana perasan
kami di ekorai oleh beberapa orang bermotorsikal di
percayai Polis Cawangan Khas yang mengambil gambar.
Oleh kerana tidak mengenali kawasan tersebut maka
kami juga membuat keputusan meninggalkan kawasan
tersebut.
Kami melahirkan rasa kecewa yang amat sangat dengan
kejadian tersebut. Nampaknya pemimpin Umno gagal
mengenepikan perbedaan politik walaupun dalam
keadaan rakyat ditimpa bencana. Kerajaan Negeri
Sembilan dan Mohamad Hassan sendiri harus
menjawab perkara ini.
BADRUL HISHAM SHAHARIN
Pengarah Pusat Aduan Rakyat
0176688404
che'GuBard.
www.chegubard.blogspot.com
penerangan_keADILan@yahoo.com /
badrul_angkatanmuda@yahoo.com
+6017 6688404
|