BALIK KE MUKA UTAMA

 


 

Terlampau banyak "politiking" dalam Parti Keadilan Rakyat punca "reformis" tarik diri

Dalam menghubungi En Badrul Hisham Shahrin beliau yang pada mula enggan memberi sebarang kenyataan akhirnya akur mengatakan bahawa, terlampau banyak "politiking" menjadi punca beliau meletakan jawatan dari Angkatan Muda Keadilan. Bagi kami keadaan tidak menghairankan dan benar - benar terjadi. Perebutan jawatan sudah mula menjadi - jadi. Badrul yang masih lagi Ahli Parti Keadilan Rakyat sungguhpun begitu yakin bahawa wadah politik PKR adalah wadah terbaik dan percaya pucuk kepimpinan tertinggi akan bertindak bagi memperbaiki keadaan dalam parti.

Badrul Hisham adalah EXCO lantikan yang enggan bertanding pada perhimpunan Agung Parti Keadilan kerana percaya penglibatan dalam pertandingan, sungguh pun perlu untuk menyuburkan demokrasi tetapi mengambil pendekatan meletakan  perjuangan bersama  - sama rakyat dan mereka yang berhempas pulas sewaktu zaman reformasi sebagai "priority" utama. Badrul adalah antara mereka yang menyuburkan perjuangan reformasi jalanan sewaktu kepimpinan awal ditahan dibawah ISA dan Ezam dibawah OSA.

Sewaktu gerakan jalanan hampir pupus dengan penahanan kepimpinan seperti Ezam Mohd Nor, Shaari Sungib dan Tien Chua, Badrul bersama beberapa rakan lain berhempas pulas untuk membangkitkan reformasi jalanan - perjuangan rakyat yang sedar bahawa mereka perlu bangkit untuk menentukan agar agenda "reform" terlaksana.

Analisa dari perletakan jawatan ini bagi kami amat mudah. Parti Keadilan Rakyat kini bergerak dengan nada seiring dengan parti - parti politik lain seperti UMNO dan parti dibawah Barisan Nasional. Ahli - ahli yang ada kini adalah ahli politik dan ahli - ahli politik ada yang hanya mahu  tempat dalam politik parti. Dalam itu pejuang - pejuang reformasi yang tidak tahu berpolitik kini tercicir dan sehingga ada yang memaklumkan kepada kami bahawa mereka terus dilupakan dan dicicirkan.

Bagi kami perletakan jawatan Badrul hisham Shahrin adalah pelengkap untuk menyudahkan mereka yang terbit dari golongan reformasi yang masih percaya kepada perjuangan tetapi susut dalam dalam melihat selok belok politik yang menyukarkan erti perjuangan.

Apa pun kami akan terus mencuba menghubungi En Badrul Hisham untuk mengesahkan apakah benar PKR kini diambang pergolakan khususnya dalam Angkatan Muda Keadilan Rakyat       

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762