|
Pemangku Ketua Angkatan Muda arah
AMK Pusat saman Badrul.
Bermula dengan menyiarkan petikan blog badrul yang
menyatakan beliau meletakkan jawatan kami mendapat
perbagai respon.
www.umno-reform.com dalam artikel sebelum
telah dituduh oleh beberapa penyokong Keadilan
sebagai sengaja membangkit isu yang tidak wujud.
Sungguhpun begitu isu perletakan jawatan ini telah
disahkan oleh Badrul sendiri dalam temubual ringkas
dengan beliau melalui telefon. Artikel sebelum ini
klik sini
Dalam usaha kami untuk terus mengetahui mengenai isu
sebenar kami menghubungi beberapa orang Exco
Angkatan Muda untuk mendapatkan komen lanjut. Dua
Exco Angkatan Muda yang dihubungi memberitahu kami
bahawa mereka sedih dan terperanjat dengan
perletakan jawatan Badrul.
Salah seorang dari Exco telah sudi memberikan
komen dengan syarat identitinya dirahsiakan dan kami
telah memberi jaminan tersebut.
Pertembungan Shamsul Iskandar dan
Badrul Hisham
Ini dilihat pertembungan peribadi
Shamsul yang mewakili elit politik dan Badrul ahli
politik yang mewakili aktivis jalanan. Menurut Exco
itu Badrul yang mewakili aktivis reformasi ini akan
diketepikan dalam pertembungan ini. Shamsul
menurut beliau telah berjaya mempengaruhi mesyuarat
Exco dan hampir semua Exco bersetuju membelasah
Badrul.
Malah Shamsul telah mengarahkan dua
peguam yang juga ahli Exco AMK untuk menyaman Badrul
kerana surat perletakan jawatan Badrul itu berniat
jahat. Shamsul juga menyatakan beliau sendiri akan
berjumpapenasihat dan presiden untuk menghadapkan
badrul untuk di ambil tindakan disiplin dan dipecat.
(pihak kami akan berusaha
mendapatkan surat perletakan jawatan Badrul)
Mesyuarat semalam menunjukkan bahawa Badrul
sebenarnya tidak punya penyokong hanya dua exco dan
seorang ketua amk negeri yang bersungguh – sungguh
mempertahankan Badrul tetapi telah ditenggelamkan
olehmajoriti yang mengambil tindakan membelasah
ataupun sekurang kurangnya membisu.
Menurut Exco itu, Badrul perlu sedar ini pentas
politik bukan medan reformasi jalanan yang beliau
selalu ke depan. Bukan kebenaran, keberanian dan
fizikal menjadi ukuran tetapi kelicikan politik.
Shamsul tahu itu, beliau telah memancing terlebih
dahulu teman – teman rapat Badrul dengan tawaran
jawatan dan seumpamanya.
Ketika di tanya mengenai surat perletakan jawatan
tersebut yang dikatakan ada niat jahat, beliau
mengatakan bahawa surat itu terkandung kesalahan
fakta iaitu Badrul meminta penjelasan mengenai RM 10
k duit sumbangan untuk AMK. Badrul mengatakan hanya
RM 5,000 yang masuk ke dalam akaun tetapi sebenarnya
RM 10,000 yang di masukkan ke dalam akaun tetapi RM
5,000 kemudiannya diambil oleh Shamsul
sebagai "claim" beliau membuat program Jentera
Angkatan Muda. Ini menimbulkan rasa sedikit tidak
puas hati sebenarnya di kalangan ramai exco kerana
kita turun ke bawah minta ahli ikhlas berjuang
tetapi untuk turun program JAM Shamsul claim RM
5,000 dan exco yang lain turun juga malah lebih
aktif dari beliau tapi semua belanja sendiri sampai
naik bas.
Kemudian surat itu juga menyatakan mengenai beberapa
sikap dan tindakan Shamsul yang menjadi punca
perletakan jawatan Badrul. Ketika kami meminta
salinan surat itu beliau enggan memberikan dan
ketika di tanya apa yang dimaksudkan oleh Badrul
politiking sehingga beliau meletakkan jawatan . Exco
tersebut telah merumuskan kepada beberapa
perkara dan antaranya adalah:
1. Shamsul Iskandar telah masuk ke negeri – negeri
campur tangan urusan politik negeri dan menawarkan
jawatan untuk meraih sokongan – Negeri sembilan,
Johor.
2. Shamsul Iskandar telah bertindak menawarkan
jawatan untuk tujuan melaga – lagakan. Shamsul
Iskandar telah berjumpa lebih dari dua orang untuk
menawarkan jawatan Timbalan AMK Pusat. Mungkin
dengan harapan semua berlaga untuk jawatan tersebut
dan jawatan ketua AMK beliau selamat.
3. Politik adu domba Shamsul Iskandar
sering dilihat suka bawa mulut.
4. Sikap lepas tangan yang beliau, sebagai
contoh untuk dua kongres yang lepas beliau adalah
Pengarah Kongres tetapi ambil sikap lepas tangan.
Sehingga kongres yang baru berlangsung di Pulau
Pinang jawatan pengarah kongres telah ditukar kepada
Sd Johari pada saat akhir kerana Shamsul tidak
langsung mempedulikan persiapan kongres.
Apabila kami bertanyakan apakah masa depan Badrul
Hisham, beliau mengatakan Badrul pasti tewas kali
ini, lebih malang lagi tindakan beliau ini akan
mengundang beliau dipecat dari parti pun.
UR akan cuba juga dapatkan surat perletakan jawatan
tersebut ...... UR akan cuba menghubungi Saudara
Shamsul untuk komen beliau.
Kami setelah iu cuba menghubungi Badrul sekali lagi
malangnya beliau dalam bas dalam perjalanan ke
Terengganu untuk sesi motivasi politik. Program yang
disusun bulan lepas. Beliau hanya memberikan komen
ringkas ”Keyakinan saya tinggi kepada parti sebagai
wadah reformasi..saya masih pegang jawatan di negeri
dan bahagian. Saya tak mahu bincang soal masalah
remeh ini ... rakyat sedang ditindas penguasa
perlukan fokus dan pembelaan anak muda. Shamsul
terlalu kecil buat saya..”
Ketika di tanya adakah beliau tahu kemungkinan
beliau di saman dan diambil tindakan tatatertib oleh
parti beliau menegaskan beliau tidak kisah
"la nie pun ada kes mahkamah tak selesai lagi apa
salah tambah satu lagi....saman lah....”katanya
Beliau juga yakin penasihat dan presiden terlalu
sibuk untuk memikirkan untuk ambil tindakan
tatatertib terhadap beliau.
"Penasihat dan presiden banyak lagi benda nak buat
dari layan politician bebudak ...jangan gaduh gaduh....
nie rakyat akan kecewa kalau kita gaduh-gaduh ....
nie tol naik, barang naik, cukai pintu naik, bapak
kena keje lebih anak nak masuk sekolah,rumah orang
miskin kena pecah...... simpan tenaga lawan
penindasan lagi baik.... ” katanya sambil ketawa. "Tanpa
jawatan juga boleh lawan apa la nie on the way ke
terengganu tengah shok tidur dalam bas’.....sambil
ketawa ringkas...
sebelum akhir perbualan beliau beri jaminan akan
beri eksklusif interview pada UR...
"maaf line tak elok. Tak pa nanti balik KL saya bagi
eksklusif pada UR .....bukan UR jerk ada dua akhbar
tabloid pun dah call nak minta eksklusif interview
tapi kita bagi UR dulu”
|