![]() |
|
|
Mahathir bukan lagi "tuhan" dalam UMNO. Bukan lagi tempat di sembah untuk mendapat rezeki. Mahathir tidak lagi mampu menjadi "tuhan" untuk disembah kerana tuhan UMNO kini telah berubah. Hari ini "tuhan" UMNO adalah Pak Lah. Di sinilah letaknya punca rezeki dalam UMNO. "Tuhan" UMNO kini telah berubah secara demokrasi terpimpin dan Pak Lah - tiada tuhan dalam UMNO yang berhak disembah kecuali UMNO. Maka, hari ini semua MT menyembah Pak Lah, tapi ketuhanan Pak Lah tahu bahawa sembahan mereka adalah sembahan serong yang masing - masing mahu menjadi tuhan dalam proses demokrasi terpimpin.
Sungguh pun kita tidak harus menyekat kebebasan
beliau - Tun Dr Mahathir untuk bersuara namun kita juga boleh
bersuara memberi pendapat berikut - sudahlah Mahathir, yang
diperjuangkan ialah krisis pembahagian harta bukan isu rakyat
dan Melayu. 22 tahun memerintah akhirnya beliau menangis gagal
dalam membangunkan Melayu dan seperti biasa Melayu juga
dipersalahkan dan bukan dirinya. Cukuplah diktaktor - kami tidak
mudah lupa.
|
|
Komen boleh di buat secara mudah
klik sini untuk borang maklumbalas,
editor1@umno-reform.com
atau hubungi 012-6544762
|