BALIK KE MUKA UTAMA


BUDI BAHASA BUDAYA KITA ? INGIN NEGARA DIJAJAH SEKALI LAGI ?
To: anuarmohdnor@yahoo.com


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Tak nak cerita panjang, terus ke topik utama. Kerajaan kita menggalakkan kempen BUDI BAHASA BUDAYA KITA, tapi apa yang sudah jadi? BARU DITEGUR SUDAH MELENTING, BELUM LAGI DI SENTUH Silap haribulan kena pukul terus. Apa cerita ni ?

Soalan diberi dengan sifat terbuka, jadi jawablah segala persoalan dengan hati yang terbuka dan bukannya melenting. Perlu diingat TERLAJAK PERAHU MASIH BOLEH DI UNDUR, TETAPI TERLAJAK KATA BADAN BINASA.

Saya pun merasa pelik melihat menteri menteri sekarang ini lebih suka MEMBODEK kerajaan dari memberikan jalan penyelesaian kepada setiap persoalan. Apakah tugas menteri hanya membodek kerajaan semata mata daripada mencari jalan penyelesaian sesuatu masalah ?

Tentang persoalan Pak Lah dan suku sakat beliau ingin mengaut keuntungan adalah tak berasas sama sekali. Adakah anda fikir semudah itu menjadi perdana menteri ? Hanya berfikir hendak mengaut keuntungan semata mata ? Adakah anda fikir semua perkara yang Perdana Menteri lakukan akan menyenangkan hati semua rakyat ? Pokok pangkalnya Wang,Pangkat dan Harta menjadi pertaruhan.

Seperti yang kita semua ketahui orang melayu sememangnya MATA DUITAN dan PENUH DENGAN HASAT DENGKI sesama sendiri. Atas faktor inilah orang melayu menjadi lemah dan tidak salah saya mengatakan Wawasan 2020 mungkin hanya tinggal kenangan.

Negara luar ketika ini mungkin sedang ketawa bergembira diatas apa yang sedang berlaku didalam negara kita terutama didalam UMNO sendiri yang sememangnya menjadi tonggak kerajaan sekian lama.

Kalau hendak makan nasi, mesti buka periuknya terlebih dahulu. Begitulah apa yang terjadi sekarang ini,Negara luar sekarang sedang menunggu masa dan ketika untuk mencampuri urusan negara apabila UMNO telah berpecah belah.

Anda ingin lihat negara kita dijajah sekali lagi ? BUKA MATA, BUKA MINDA, LIHAT LAH SEKELILING ANDA. Di IRAQ, Afghanistan, Bosnia, Palestin apa yang sudah terjadi ? MEREKA KINI DIJAJAH OLEH NEGARA LUAR WALAUPUN TELAH LAMA MERDEKA DAN BILA IANYA BERLAKU ?

Tidak salah kiranya, forum ini dijadikan markas ataupun pusat untuk mencari idea- idea baru yang berkualiti bagi memajukan negara kita sendiri. Segala idea idea yang berkualiti itu kita kemukakan kepada kerajaan dan biar mereka yang membuat penilaian.

Sekiranya kita hanya hendak mengharapkan Pak Lah dan menteri-menteri memberi idea idea baru, berapa sangatlah idea yang boleh mereka perolehi .Akan tetapi sekiranya SELURUH RAKYAT MALAYSIA YANG MEMBERIKAN IDEA IDEA BARU , AGAK- AGAKNYA BOLEH DAPAT BERAPA BANYAK IDEA BARU ? SEMUANYA SEPERTI PERMAINAN CHESS.

ADAKAH ANDA FIKIR BOLEH MENANG DENGAN HANYA MENGGUNAKAN MENTERI SAHAJA ?

SAMA JUGA DENGAN NEGARA KITA, SEKIRANYA KITA HENDAK MENGAWAL DUNIA INI, KITA MEMERLUKAN SELURUH RAKYAT TURUT SERTA.

APAKAH YANG RAKYAT PERLU SUMBANGKAN ?

IDEA IDEA YANG BERNAS DAN BERKUALITI UNTUK MEMAJUKAN NEGARA KITA DARI SEMUA ASPEK DAN MENYOKONG KERAJAAN SEPENUH HATI.


 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762