BALIK KE MUKA UTAMA

To: editor1@umno-reform.com
Subject: MELAYU SUDAH LUPA
Date: Thu 06/29/06 06:53 PM
Bad boy <onizuka80an@yahoo.com>





Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakyat MALAYSIA.

Kita semua sebagai rakyat MALAYSIA perlu menerima semua pendapat dan kritikan dari semua pihak. MALAYSIA tidak akan maju sekiranya hanya sanggup menerima pendapat yang baik sahaja. Sebagai contoh sekiranya kita bina bangunan ditanah tinggi dan tanah runtuh berlaku. Kita hanya penerima pendapat yang baik sahaja tetapi tidak boleh menerima segala kritikan.  Apabila kita mengkritik, mereka katakan kita ini musuh kerajaan atau penyokong pembangkang.

Apa yang saya hendak nyatakan disini adalah seperti kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas perdana menteri yang kita Tun Dr. Mahathir. Sebenarnya apa jua kenyataan yang beliau keluarkan adalah bertujuan memajukan negara kita sendiri.Tetapi ada juga menteri yang masih tidak sedar diri lagi, mereka terus membidas Tun Dr. Mahathir secara terus menerus.

Sebenarnya mereka semua tidak mengetahui makna perkataan "TERSIRAT". Biasalah sebagai menteri dipejabat perdana menteri mestilah menyokong kerajaan, tetapi itu semua hipokrit semata mata. Mana mungkin semua yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah betul semuanya.

Beriya - iya menyokong kerajaan dan membidas pengkritik pun ada agenda tersembunyi sebenarnya. PANGKAT dan jawatan yang disandang menjadi keutamaan sebab takut kehilangan pangkat dan jawatan yang disandang sekarang. Kerana apa ? Sebab mengkritik kerajaan.

Pak Lah sebagai Perdana Menteri kita juga faham apa yang diperkatakan oleh Tun M. Sebab itu beliau tidak terus melenting kerana beliau faham apa yang "TERSIRAT". didalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Tun M. Dan ingatlah semua, SEKIRANYA TIDAK ADA PERDANA MENTERI TERDAHULU, MALAYSIA TIDAK AKAN JADI SEPERTI SEKARANG.


 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762