|
Thu, 24 Aug 2006 17:39:34 -0700 (PDT)
From: "Anak Zaman Toksira" <azt_53@yahoo.com>
To: "Anuar Mohd Nor" <anuarmohdnor@yahoo.com>
Sdr Mohd Nor,
Sejak kebelakangan ini terlalu ghairah beberapa juak-juak di
Parlimen menghentam Pegawai Kastam secara terus dan Perkhidmatan
Awam secara umumnya. Sememangnya pegawai awam tidak boleh jawab
apa yang dikatakan oleh MP di parlimen. Itulah sebabnya Ahli Yb
begitu galak menghentam. Apabila saja Presiden Cuepacs membuat
kenyataan, maka MP's ini segera memanggil sidang akhbar
mempertahankan tindakan mereka KUNUNnya atas kepentingan rakyat
dan menyampaikan suara rakyat.
Ada pula seorang MP (yang sentiasa banyak cakap di parlimen)
mengatakan pegawai awam tak boleh jawab, mereka tak tahu
undang-undang. Wah sedapnya cakap macam bijak sangat tentang
undang-undang mentang-mentanglah ada kekebalan.
Sebenarnya, sekiranya Ahli Yang Berhormat itu benar-benar tahu
undang-undang sudah tentu beliau tidak cakap begitu. Walaupun
saya bukan peminpim kesatuan sekerja, tetapi sebagai pegawai
awam yang telah banyak tempat bekerja, saya tahu bahawa pegawai
kesatuan sekerja juga ada kekebalan. Mereka boleh bercakap apa
saja atas kepentingan ahli kesatuan dan perkhidmatan awam itu
sendiri. Tak payah pun jadi YB seperti cabaran Mp berkenaan.
Saya rasa pihak tertentu patu memberi bimbingan atau kursus
kepada MP ini sebelum mereka masuk parlimen. Sebagaimana pegawai
awam, kami semua menjalani banyak kursus sebelum memegang
sesuatu jawatan sehinggalah kepada peringkat JUSA. Dari sini
kami dapat pengetahuan bagaimana hendak jalankan tugas mengikut
lunas-lunas dan peraturan. Bukan hentam keromo saja, bila menang
pilihan raya masuk parlimen dan cakap sesuka hati.
Kebanyakkannya main ikut saja orang-orang terdahulu punya cara.
Yang banyak bercakap di parlimen sebenarnya bukan ada isu atau
usul yang mereka bawa sendiri. Mereka cuma sampuk usul yang
dibawa oleh orang lain. Kalau dari kalangan mereka , mereka
sokong, kalau dari pembangkang mereka bangkang. Apa usul yang
mereka bawa sebenarnay tiada.
Pegawai awam sebenarnya yang melaksanakan segala keputusan yang
di buat di parlimen, bukan MP. Oleh itu jangan dek kerana
seorang dua heboh di parlimen seolaholah pegawai awam ini yang
tak laksana tugas dengan baik. Apakah Mp ini semuanya
melaksanakan tugas dengan baik? Untuk Rakyat atau untuk periuk
nasi sendiri?
Kalau kita nak cakap pasal kurop, semua peringkat terlibat
dengan gejala ini. Dari peringkat tertinggi hinggalah peringkat
rendah serendahnya selagi mereka ada kuasa, termasuklah Ahli
Yang Berhormat sendiri.
Oleh itu perbanyaklah ilmu supaya perbahasan di parlimen itu
menjadi sesuatu yang ilmiah dan bermutu. Saya rasa tahap ini
belum ada di Malaysia. Itulah juga agaknya sebab Menteri
Penerangan kata tiada rancangan nak bauat siaran langsung
persidangan parlimen. Kalau buat memalukan saja. Fikir-fikirkan
lah bersama
|