BALIK KE MUKA UTAMA

Kes Azlina Binti Jelani..Kesannya Terhadap Islam di Malaysia.

Ramai dikalangan umat Islam di negara ini tidak mengetahui apakah sebenarnya kes Azlina  Binti Jelani iaitu anak kepada pasangan Melayu Islam bernama Jelani dan isterinya Umi  Kalsom.

Kes ini adalah berkaitan permohonan Azlina Binti Jelani untuk mendapat 'pengiktirafan' yang  beliau berhak untuk menukar agamanya dari Islam kepada Kristian.Azlina Binti Jelani ini  telah 'berkahwin' dengan seorang lelaki beragama Kristian sejak 6 tahun yang lalu.

Permohonan Azlina Binti Jelani untuk tidak dirujuk sebagai orang Islam dalam kad  pengenalannya telah ditolak oleh Jabatan Pendaftaran Negara atas alasan soal Islam atau  tidak Islam seseorang Islam adalah dibawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Azlina Binti Jelani anak kepada Jelani dan Umi Kalsom ini sekarang ke Mahkamah Persekutuan  atas alasan bahawa Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan menjamin hak seseorang untuk  menganuti agama pilihannya.

Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan menyebut setiap orang berhak menganut apa-apa agama  pilihannya.Oleh itu Azlina Binti Jelani menghujah melalui peguamnya bahawa seseorang yang  telah mencapai usia 18 tahun ke atas adalah berhak menganuti apa-apa agama tanpa sekatan  oleh mana-mana undang-undang atau peraturan di negara ini.

Sekiranya hujah ini diterima dan dipersetujui oleh Mahkamah Persekutuan beberapa kesan besar  akan berlaku ke atas kedudukan undang-undang Islam dan orang Islam di Malaysia..


1. Akan berlaku berkecamuk dan pelbagai ragam anutan agama dalam sesuatu keluarga yang  asalnya Islam bila seseorang anak telah mencapai usia 18 tahun.

2. Tiada mana-mana undang-undang Islam terutamanya yang berkaitan dengan Jenayah Syariah  dapat dikuatkuasakan di Malaysia kerana setiap orang boleh keluar dan masuk agama Islam  sesuka hati mengikut masa dan kehendak tertentu.

3. Soal nasab seseorang kanak-kanak dan perwarisan harta orang Islam akan menjadi kacau  bilau kerana sukar untuk menentukan pegangan agama Islam seseorang pada sesuatu masa  berbanding dengan apa yang diamalkan masakini.

4. Agama Islam itu sendiri akan hilang statusnya sebagai agama Persekutuan atau agama rasmi  negara bilamana semua perkara 1,2 dan 3 di atas berlaku.

5. Kedudukan Raja-raja Melayu sebagai ketua agama Islam di negeri-negeri beraja dan Yang  Dipertuan Agong di negeri-negeri tidak beraja lambat laun akan lenyap begitu sahaja.

Sekurang-kurangnya itulah kesan atau apa yang akan berlaku seandainya kes Azlina Binti  Jelani @ Lina Joy diputuskan berdasarkan hujah-hujah peguam Azlina Binti Jelani yang kita  bicarakan disini.

Soalnya ialah apakah kita umat Islam sanggup agama kita diceroboh sedemikian rupa? Atau  adakah kita tidak sedar bahawa usaha-usaha memurtad dan mengkristiankan individu seperti  Azlina Binti Jelani @ Lina Joy merupakan suatu tindakan bersama, tersusun dan terancang yang  dilakukan oleh pihak tertentu khususnya gerakan Kristian antarabangsa?

Benarkah orang Islam di Malaysia khususnya orang Melayu telah tidak ambil peduli lagi dengan  apa yang berlaku pada nasib agama Islam tercinta ini?Adakah kita terlalu sibuk memikirkan  soal ekonomi tanpa perlu memikirkan soal akidah anak bangsa yang diserang dari segenap  penjuru ini?

Jika anda orang Islam,jika anda prihatin,jika anda sayang pada agama mulia ini, apakah yang  patut anda lakukan?

Jika anda sesungguhnya seorang Islam, jangan tunggu sehingga seluruh sistem kekeluargaan  orang Islam hancur atas nama kebebasan beragama.

*Perbincangan Khas Tindakan NGO-NGO Islam mengenai Isu Lina Joy, AHAD, 16 Julai Jam 2.30  petang di Sekretariat ABIM, Anjung Rahmat, Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur.


 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762