|
azizi alias <azizibinalias5599@yahoo.com>
To: editor1@umno-reform.com
Subject: Isu murtad
Date: Wed 07/19/06 01:17 AM
Saudara editor,
Terpanggil untuk saya membicarakan isu murtad yg berlaku kepada
cik Azalina. Beliau mengaku bahawa beliau kini bukan pengikut
ajaran islam. Hidup hariannya berpaksikan kepada ajaran
kristian.Secara totalnya beliau bukan lagi pengikut ajaran islam
Bagi pendapat saya sebagai orang Islam pada dasarnya memang
tidak baik seorang islam menukar agamanya. Sebaiknya hidup dan
mati biarlah pada agama islam yang sejati.
Tetapi sekiranya cik Azalina masih mahu menukar agama yang lain
terserahlah pada dia sendiri yang memilihnya. Tidak perlulah
kita membahas perkara ini. Dia yang mahu memilih agama beliau
sendiri. Terserah kepada dia untuk membuat keputusan.
Mungkin bagi dia agama kristian adalah lebih baik dari agama
islam. Mungkin dia memperlajarinya. Dan mungkin agama islam itu
lebih susah daripada agama kristian.
Apa tidaknya hukum solat itu yang dikatakan wajib pun bukan
senang orang islam melakukannya. Kalau melakukannya itu
kadangkala ianya dilakukan secara paksaan dan ikut-ikutan saja.
Berdasarkan firman Allah NERAKA WAIL BAGI ORANG YANG SOLAT TAPI
LALAI DALAM SOLATNYA.
Bagi kita yang masih berpegang kepada agama islam teruskan dan
jangan jadikan kita sebahagian daripadanya yakini murtad seperti
mereka.Berdasarkan Firman Allah yang bermaksud TIDAK ADA PAKSAAN
DALAM BERAGAMA. Ini menunjukkan bahawa kalau orang islam itu nak
menjadi kafir apa boleh kita buat.
Kita nak mempertahankan agama itu sendiri tapi masih
berpecahbelah, masih bersengketa. taindaktanduk kita tidak
mencerminkan keislaman. Jadi macamana kita hendak menjadi contoh
kepada yang lain. Allah juga berfirman yang bermaksud JANGAN
CAMPAKKAN DIRI KAMU KEPADA KEBINASAAN. Tapi kita sendiri yang
merosakkan agama kita.
Mungkin cik Azalina merasakan bahawa agama islam yang beliau
anuti tidak mendapat sinar bahagia. Dan mungkin juga dia
tertarik dengan suaminya yang beragama kristian. Meskipun beliau
kini secara luarannya agama islam tetapi kehidupan hariannya
tidak lagi islam. Adakah kita hanya mempertahankan dia dik
kerana nama beliau islam dan berasal dari orang islam itu sahaja?
Kalau kita renungkan pada diri kita, kita ini adalah dari
golongan islam baka atau islam turutan. Ini kerana disebabkan
nenek moyang kita orang islam maka kita ini islam. tapi mencari
islam yang tulen dan sejati masih belum ada pada kita. Firman
Allah yang bermaksud MASUKKANLAH KAMU KEDALAM AGAMA ISLAM
KESELURUHANNYA. Jadi adakah kita ini telah menjadi islam yang
benar-benar hak Allah.
Saya ada satu cerita yang diceritakan daripa arwah guru saya.
Ada orang islam yang miskin pergi ke gereja. Hari pertama dia
berjumpa dengan orang kaya yang beragama kristian meminta wang.
Dia pun berilah kepada orang islam yang miskin itu. Esoknya
pergi lagi dan meminta benda yang sama. Diberikannya juga. Hari
ketiga pergi dan minta lagi. Orang kaya itu kata kamu ada Tuhan.
Orang islam miskin ini kata ada. Kalau begitu mintalah pada
tuhan kamu. Kenapa minta pada aku. Akhirnya murtadlah orang
islam itu.
Jadi melalui cerita tersebut dapat menggambarkan bahwa iman kita
ini adalah amat cetek. Mudah dilonggarkan dan dicondongkan. Ada
yang sekali putar dan ada yang berkali-kali putar akhirnya
tewas.Orang islam kini mudah terpedaya dan terpersona. Inilah
yang menyebabkan beribu-ribu orang islam yang menjadi murtad
seperti cik Azalina.
Secara kefahaman saya kita tidak berdosa dalam hal ini. Allah
tahu apa yang kita buat. Kita nak membantu beliau tapi
apakandaya kita. Cuma jagalah diri dan keluarga kita berdasarkan
firman Allah yang bermaksud JAGALAH DIRI DAN KELUARGA KAMU DARI
API NERAKA.
Saya tidak mahu panjang lebar untuk terus memberi pendapat.
Kadangkala pendapat kita ini tidak bernas. Tapi bagi saya itulah
pendapat yang saya utarakan.Mungkin orang lain ada yang lebih
baik daripada saya. Saya mohon maaf kalau ada yang tersinggung.
Sekian, terima kasih.
AZIZI
|