|
"Azhar Ahmad" <azhar_bintong@yahoo.com>
Subject:
To:
anuarmohdnor@yahoo.com
Saya sedih dengan situasi politik yang melanda
Perlis sekarang khususnya pertelingkahan di antara kepimpinan
tertinggi parti di negeri ini. Apa ada pada kenyataan Datuk Seri
Shahidan Kassim dan Datuk Zahidi Zainul Abidin melainkan hanya
untuk kepentingan peribadi mereka sahaja. Manakala rakyat Perlis
terus hidup seperti biasa tanpa mendapat nikmat ekonomi.
Perbalahan di antara mereka berdua langsung tidak mendatangkan
keuntungan kepada parti dan negeri.
Sudah sampai masanya kita rakyat Perlis khususnya ahli UMNO
meminta jasa baik YAB Presiden Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
membuat perubahan dalam tampuk kepimpinan negeri demi mencapai
“cemerlang, gemilang dan terbilang” sebagaimana impian dan
cita-cita YAB Presiden.
Kita wajar mendambakan kepimpinan yang berwawasan, berpengalaman,
mempunyai daya fikir yang tinggi yang dapat diukur melalui
pencapaian akademik, mempunyai hubungan yang erat dengan YAB
Presiden dan memahami corak kepimpinan YAB Presiden. Siapa kata
Perlis tidak memiliki pemimpin seperti itu? Sebenarnya kita
telah lama memiliki beliau tetapi malangnya justeru sikap bodoh
dan pendendam segelintir daripada kita selama ini membuatkan
kita tidak pandai memanfaatkannya untuk kemajuan negeri tercinta
ini.
Saya selaku rakyat negeri ini menggesa agar YAB Presiden dapat
menggantikan Shahidan dengan Setiausaha Agung parti Datuk Seri
Radzi Sheikh Ahmad sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri
yang baru. Manakala Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri
yang baru wajar disandang oleh Ahli Parlimen Arau Datuk Seri
DiRaja Syed Razlan Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullai.
Saya yakin gabungan baru dua pemimpin yang berkaliber ini dapat
memacu Perlis ke arah negeri yang stabil dari segi politik,
ekonomi dan sosial di samping mampu menghapuskan semangat
berpuak-puak di dalam parti. Harapan menggunung saya agar
saranan ini mendapat perhatian yang sepatutnya daripada YAB
Presiden.
Azhar Ahmad
|