BALIK KE MUKA UTAMA

 


 

KeADILan Selangor calonkan Anwar sebagai Presiden
Wan Nordin Wan Yaacob

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Hrkh) - Parti KeADILan Rakyat (KeADILan) Selangor yang bermesyuarat pada 11 Februari (Ahad) sebulat suara mencalonkan penasihat parti, Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Presiden parti yang baru bagi pemilihan pada tahun ini.

Sementara dalam mesyuarat yang sama juga Dr Syed Husin Ali dicadangkan untuk dikekalkan sebagai Timbalan Presiden parti bagi memperkukuh perjuangan parti, kata Setiausaha Perhubungan KeADILan Selangor, Mohd Nazmi Rosli kepada Harakahdaily semalam.

Pada masa yang sama semua Bahagian di Selabor akan membawa usul kepada Kongres Nasional Tahunan 2007 untuk merakamkan penghargaan kepada Presiden parti, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atas sumbangan dan khidmat bakti beliau kepada parti, kata Nazmi.

Usul yang sama memohon Presiden dan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) mempertimbangkan untuk memberi peranan bermakna kepada Dr Wan Azizah dalam parti bagi membolehkan beliau terus menyumbang kepada usaha memperkasa dan memperkukuhkan parti, katanya lagi. - mks.

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762