BALIK KE MUKA UTAMA


From_Email: antitipu@gmail.com
Pesanan: Assalamualaikum,

Saya sangat bersetuju dengan sdr kita, ismadibakri. Saya pun amat tak bersetuju dengan Azmin. Memang dia pendendam giler! Waktu bekerja bersama-sama Azmin di Lunas dulu, saya sangat mengkagumi beliau, tapi dengan kenyataannya mngenai konfilik TDM vs Pak Lah, dengan pengakuan Azmin yang menghalang DSAI duduk semeja dengan TDM, saya sudah mula hilang hormat pada Azmin.

Apakah Islam mengajar kita menyimpan dendam kesumat sehingga bertemu muka pun tak boleh? Pedulikan cakap Azmin, pemimpin PAS patut teruskan kalau nak bertemu TDM pun, itu langsung tak bererti kita sudah maafkan Tun, tapi sekurang-kurangnya kita dapat tunjukkan pada Tun yang pembangkang bukan bersifat macam UMNO,budaya benci membenci yang tak sudah-sudah! Syabas kepada Sdr. Saifuddin Nasution yang bersikap lebih terbuka. Sebagai pimpinan politik, sila turun padang, lihat dengan mata kepala sendiri, bukan main komen dengan dengar saja dari pihak ketiga!

Apa salahnya Tun komen Pak Lah? Memang Pak Lah & KJ teruk,menyusahkan rakyat marhaen! Walau dosa Tun tak dapat kita lupakan, kita tak harus membenci beliau sehingga turut menafikan haknya. Kalau kita buat macamtu, kita ni takde bezanya kejam, zalim, hinanya sifat macam yang pernah Tun amalkan dulu. Jawapnya, kita ni 2 x 5 le!

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762