BALIK KE MUKA UTAMA

 


 

Pak Lah terus terancam

Media - media kecil, bloggers dan laman web meningkatkan serangan terhadap Pak Lah. Penglibatan mereka yang turut serta menghentam Pak Lah semakin menjadi - jadi. UMNO semakin kritikal berbeza sewaktu zaman reformasi kerana rata - rata pembelaan ahli terhadap ketua mereka agar menyeluruh. Serangan laman - laman web reformasi dibalas dengan tempelak laman - laman pro kerajaan dan UMNO tak kala itu. Tapi hari ini berbeza. Pak Lah seakan bersendirian. Pak Lah seakan "isolated" kerana pendekar - pendekar yang Mahathir ada agak berbeza dengan pendekar - pendekar Pak Lah yang lengang bila diajak bertarung membela Pak Lah. Memerhati tetapi tidak mengambil langkah "overboard" membantu menepis serangan terhadap Pak Lah. Inilah yang menjadikan Pak Lah bersendirian, menerima serangan demi serangan. Mampukah serangan hebat yang bagi kami lebih "strategize" ini dapat menumbangkan Pak Lah. Kehadiran "bloggers" lebih menyeluruh, dari mereka yang lebih "compose" dalam hujah dan mereka yang terus menerus menghentam sehingga kepada personaliti Pak Lah  wujud. Mereka membongkar setiap kesalahan Pak Lah, mereka mengkritik dasar - dasar Pak Lah. Pak Lah telah dilabel dengan gelaran yang terlampau banyak dan semakin hari semakin jelas diterima pembaca. Pak Lah Imam Hadhari, Firaun Hadhari, Kerajaan 3 Beranak, Munafik, Pak bodoh Lah, Pak Lah kuat tidur dan bermacam gelaran diberi kepada Perdana Menteri Malaysia. Sehingga hari ini pendekar Pak Lah terus sepi mengharap Pak Lah sahaja yang dapat memberi justifikasi perancangan beliau.

Dapatkah Pak Lah menepis serangan ini. Pak Lah dan UMNO bukan sahaja diserang oleh pembangkang tetapi diserang oleh mereka dalam UMNO sendiri yang menyebabkan serangan lebih konklusif dan lebih merbahaya. Ketiadaan wakil - wakil Pak Lah sanggup berjuang bermati-matian untuk Pak Lah gagal kelihatan. Mereka seakan hanya mahu memberi kenyataan bersifat menyokong dasar tetapi tidak berani melangkah jauh menjadi seorang yang otodoks kepada Pak Lah. Adakah mereka mahu "play safe" atau sebenarnya mereka turut tidak percaya kepada pemerintahan Pak Lah?

Ini amat berbeza sewaktu zaman Mahathir yang mana orang-orang Dr Mahathir lebih vokal dan berani. Mereka adalah iorang Mahathir dan mereka "when to the up most extend" untuk membela Dr Mahathir. Dalam UMNO juga begitu. Mahathir mengenggam kuat UMNO bukan secara sendirian tetapi dengan kumpulan yang jitu bagi memastikan Dr Mahathir terus memerintah.

Mungkinkah Pak Lah akan terhapus atau Pak Lah akan bertindak lebih agresif sewaktu perhimpunan Agung Umno nanti. Mungkinkah pembersihan akan dilakukan sewaktu itu? Adakah beliau mampu dan tidak kelewatan membersihkan UMNO dengan hanya mengadakan orang-orang pro beliau sahaja?

Banyak persoalan tetapi yang pasti, Pak Lah diserang bukan sahaja oleh pembangkang malah yang lebih drastik lagi oleh kalangan UMNO.

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762