|
"Anak Zaman Toksira" <azt_53@yahoo.com>
Subject: Keistimewaan MP disalahguna Untuk Menyerang
Kakitangan Awam (KA)
To: anuarmohdnor@yahoo.com
Saudara,
Saya terpanggil untuk menyatakan rasa kesal atas sikap seorang
MP yang sering menghentam KA di Parlimen atas masalah
peribadinya dengan jabatan kerajaan. MP ini tahu KA tidak boleh
menjawab apa jua yang diperkatakannya di Parlimen. Itulah
agaknya beliau galak menggunakan keistimewaannya yang
berselindung kununnya menyampaikan pandangan rakyat di Dewan
Yang Mulia itu. Tapi sebenarnya beliau hanya tahu menyampaikan
pandangan atas rasa kekecewaannya tidak mendapat layanan
istimewa dari jabatan tersebut. Atau dengan lain perkataan TIDAK
DAPAT MENUTUP SEBELAH MATA JABATAN TERSEBUT UNTUK KEPENTINGAN
PERIBADI BELIAU.
Apakah ini Wakil Rakyat yang kita kehendaki? Saya ingin bertanya
kepada Rakyat Malaysia khususnya di Kawasan Jasin? Kalau begini
orang yang kita pilih untuk menduduki Parlimen nampak gaya
Parlimen kita akan menjadi sama tarafnya dengan perbahasan di
Mesyuarat UMNO Peringkat Bahagian??? Sama-samalah kita fikirkan.
Kepada UMNO sendiri apakah kualiti sebenar dalam pemilihan calun
untuk duduk di Parlimen. Jika ingin terus mendapat mandat dari
golongan profesional cubalah cari calun yang lebih berakal
sedikit. Orang yang sebegini hanya akan mendapat undi di kawasan
perkampongan pinggir hutan sahaja.
MP sepatutnya bekerjasama dengan KA untuk membentu rakyat. Ini
kerana kedua-dua nya adalah diujudkan untuk memberi perkhidmatan
kepada rakyat. Pertelingkahan hanya akan berlaku jika
kedua-duanya mempunyai kepentingan peribadi. Apabila malu dengan
apa yang berlaku MP ini akan cuba membuat pelbagai pertuduhan
kepada musuhnya. Tak ubah macam budak sekolah. Tiada langsung
taraf sebagai Ahli Yang Berhormat???
Semuga Dewan Yang Mulia itu akan dipenuhi dengan hujah-hujah
yang bernas untuk kemajuan rakyat dan negara yang kita cintai
ini. Bukan hujah yang sering kita dengar di warong-warong tepi
jambatan yang akan di bawa ke Dewan tersebut.
|