|
Subject: Makcik dikejar,Along ucap
terima kasih
Date: Thu 11/16/06 05:47 PM
Assalamualaikum,
Beberapa hari sudah saya ada menyiarkan kisah
seorang makcik di Bahau , N.Sembilan yang dalam
kesempitan hidup, berpisah dengan suami, tidak
diberi nafkah, menyara hidup berniaga makanan,
terpaksa meminjam dari Along untuk meneruskan
perniagaan, menyara anak-anak, sewa rumah dan sewa
gerai banyak tertunggak.
Semalam makcik tersebut Pn Zainah mengirim SMS
mengucapkan terimakasih kepada mereka yang telah
menghulurkan bantuan, ada yang secara langsung
berjumpa dengan beliau. Beliau amat terharu , kerana
tiada saudara mara yang mahu menolong, hanya mahu
menyalahkan diri beliau.
Alhamdulillah, semua pertolongan tersebut adalah
dengan izin Allah. Dibukakan pintu hati komuniti
siber ini untuk membantu beliau.
Sebenarnya masih ramai lagi diluar sana yang
memerlukan bantuan. Mungkin mereka saudara mara kita,
mungkin mereka ini jiran kita, mungkin mereka ini
orang kampung kita.
Kalau nak menharapkan Pusat Zakat dan Pegawai
Kebajikan Masyarakat mereka ini adakalanya terlalu
banyak kerja. Ada antaranya hanya seorang pegawai
zakat atau pegawai kebajikan masyarakat untuk
memantau satu kawasan parlimen yang menjangkau
puluhan atau ratusan ribu orang.
Tanggungjawab membantu mereka yang memerlukan
bantuan adalah tanggungjawab semua. Kalau kita tak
mampu hendak membantu, kita sampaikanlah kepada
mereka yang mampu, Baitul Mal, Kebajikan Masyarakat,
dermawan, Jawatankuasa Masjid dan Surau. Ada
sesetengah masjid mempunyai simpanan tabung mencecah
beratus ribu ringgit dan jutaan ringgit, mengapa
tidak tabungan beratus ribu ringgit ini digunakan
untuk membantu peniaga kecil, bantuan pembayaran
yuran pelajar dan siswazah.
Sekiranya semua pihak memainkan peranan, insyaAllah,
akan turun keberkatan, masyarakat aman dan harmoni,
terhindar segala penyakit sosial, akidah dan
masyarakat.
Sekiranya kita tidak mampu langsung untuk membantu
atau kenal sesiapa untuk membantu, setidak-tidaknya
kita berdoa , bermunajjat kepada Allah swt agar
mereka yang memerlukan bantuan tadi dipermudahkan
dari beban tanggungan mereka dan mereka diberi
taufik dan hidayah.
Wassalam.
Syarak Mengata , Adat Menurut - Syarak Dijunjung ,
Adat Dijulang
Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com
|