BALIK KE MUKA UTAMA

Syor jawatan utama sampai akhir hayat


Bagi mengelak krisis kepimpinan dalam UMNO Shahidan Kassim merasakan kemungkinan perlu untuk Perdana Menteri, Ketua Menteri dan Menteri Besar dibiarkan menyandang jawatan sehingga ke akhir hayat. Shahidan yang bersetuju untuk mengemukakan usul tersebut keperingkat tertinggi itu berkata, ini adalah untuk mengelak dari krisis seperti Perdana Menteri dengan Bekas Perdana Menteri dan Menteri Besar dan Bekas Menteri Bekas berlaku. Cadangan seperti ini dalam negara yang mengamalkan prinsip demokrasi amat memalukan UMNO. Ini bukan satu solusi bijak malah usul ini adalah langkah ke belakang dalam kita menuju kearah masyarakat Melayu Kelas Pertama. Menteri Besar Perlis ini sebenarnya gagal melihat implikasi besar yang akan berlaku sekiranya sistem bercorak kediktaktoran ini diamalkan. Langkah untuk mencadangkan perkara ini sudah cukup untuk memperlihatkan mentaliti kepimpinan tertinggi Perlis ini.

Adakah ini cara terbaik untuk mengatasi krisis kepimpinan atau sebenarnya akan lebih menyulitkan rakyat dalam situasi kepimpinan yang dilantik membelakangi rakyat. Apa kata anda  Maklum balas1
 


Berita Harian Isnin 11 Sept 2006


GEORGETOWN: Jawatan Perdana Menteri, Ketua Menteri dan Menteri Besar dicadangkan supaya dipegang oleh pemimpin yang sama sehingga akhir hayat kecuali mereka tidak lagi mampu memberi khidmat seperti jatuh sakit.

Usul itu diluluskan pada Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Arau, Perlis, minggu lalu. Badan Perhubungan Umno negeri sedang memperhalusi usul itu untuk dipertimbangkan dan dibawa ke peringkat ibu pejabat parti.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim, yang juga Ketua Umno bahagian itu, berkata usul berkenaan diluluskan bagi mengelak krisis kepemimpinan dalam parti.

Beliau memberi contoh krisis terbaru membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga menimbulkan keresahan rakyat.

"Tujuannya supaya perhubungan di kalangan pemimpin berterusan kerana kekuatan Umno bergantung kepada pemimpin.

"Kita tidak mahu berlaku krisis antara Perdana Menteri ketika dengan bekas Perdana Menteri dan antara Menteri Besar dengan bekas Menteri Besar," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Balik Pulau di sini, semalam. Hadir sama Ketua Umno Bahagian Balik Pulau, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Mengulas lanjut, Shahidan berkata, Umno Bahagian Arau meluluskan usul berkenaan berikutan krisis kepemimpinan membabitkan Abdullah dan Dr Mahathir.

"Sekiranya Umno mahu selamat, peringkat kepemimpinan mesti dijaga kerana orang Melayu bergantung kepada mereka yang diberi amanah memimpin," katanya.

Sementara itu, Shahidan berkata, beliau sentiasa memberi pendedahan kepada orang muda yang bakal menjadi pemimpin masa depan di Perlis termasuk sebagai Menteri Besar.

Beliau sudah mengenal pasti 14 orang yang boleh dipertimbangkan untuk menggantikan tempatnya pada masa depan.

Bagaimanapun, beliau tidak menamakan calon yang difikirkannya boleh dipertimbangkan untuk menggantinya.

"Kita beri mereka pendedahan secukupnya dan pada masa yang sama mereka perlu sabar dan berkorban," katanya.
 


 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762