BALIK KE MUKA UTAMA

Kesalahan Mahathir bukan syarat menghalalkan apa yang Pak Lah lakukan


Ahmad Fitri

Membaca pendedahan laman web pro Pak Lah, satu soalan yang mahu dikemukakan, adakah dengan pendedahan kepincangan Mahathir akan membuat apa yang dilakukan oleh Pak Lah tepat dan benar. Adakah sekiranya tindakan kronisma Dr Mahathir akan menyebabkan sebarang tindakan Pak Lah yang berbentuk kronisma itu halal. Ini sudah tentu tidak dan bagi pergeseran ini, apa yang kita nampak adalah kedua - dua pendedahan baik Mahathir terhadap Pak Lah dan penyokong Pak Lah pada Mahathir hanya menunjukkan kepincangan mereka yang pernah menjawat dan sedang menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia.

Ini hanya menunjukkan kepincangan dan kepincangan ini akan memberi kesan buruk pada UMNO khususnya pada pilihanraya akan datang. Bagi saya Mahathir sudah tamat tempoh berkhidmat dan hari ini orang yang harus menjadi tumpuan adalah Pak Lah, Perdana Menteri Malaysia. Pendedahan perbuatan lama Mahathir adalah sejarah yang seharusnya dipastikan tidak berlaku  dalam era pentadbiran  Pak Lah. Ini tidak harus dijadikan budaya setiap Perdana Menteri untuk diamalkan.

Bagi saya, sekiranya tindakan Pak Lah ada berbau kronisma, maka kita harus memberi tumpuan kepada perbuatan beliau. Kita harus melihat dengan teliti kerana Pak Lah adalah Perdana Menteri dan sungguhpun ada kesalahan Dr Mahathir beliau adalah bekas Perdana Menteri yagn disokong oleh Pak Lah.

Apa pun saya setuju dengan laman ini - pergeseran kedua - dua mereka sebenarnya menganggu gugat Melayu dan yang akan rugi adalah Melayu sekiranya Melayu gagal mengambil ikhtibar sepenuhnya dari pendedahan antara pergesean mereka. Mungkin sudah sampai masa kita UMNO  akar umbi mengambil langkah untuk memastikan kepimpinan yang dilantik lebih efektif dan tidak mengambil kesempatan jawatan untuk memenuhi simpanan harta keluarganya. klik sini       

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762