24 Disember 2006
Ishak yang
juga Ketua
Umno
Bahagian
Seremban
juga
menyebut
mengenai
banjir
sekitar
negeri ini
sejak akhir
– akhir ini
turut
berpunca
dari
kegiatan
korek pasir
dan
pembalakan
yang di
jalankan
oleh mereka
yang
mempunyai
pertalian
keluarga
dengan
Menteri
Besar.
Sebelum ini
Angkatan
Muda
keADILan
Negeri
Sembilan (AMNS)
telah
menerima
banyak
rungutan
baik dari
orang biasa
mahupun
orang dalam
Umno dan
kerajaan
negeri
sendiri
mengenai
perkara ini.
Mengikut
rekod Majlis
Perbandaran
Seremban dan
Majlis
Perbandaran
Nilai
tercatat
nama ahli
keluarga
Mohamad
Hassan
sebagai Ahli
Majlis dan
rungutan di
kalangan
ahli juga
pimpinan
Umno negeri
pula
merasakan
kurang
selesa
dengan
penglibatan
Datuk Azman
Hassan (Abang
Mohamad)
sebagai
Setiausaha
Umno.
Menjadi buah
mulut di
negeri ini
mengenai
campur
tangan
keluarga
Mohamad
di dalam
banyak
urusan
kerajaan dan
mula
menguasai
banyak
projek serta
perniagaan
menggunakan
pengaruhnya.
AMNS
memandang
pendedahan
Ishak dalam
dewan itu
sebagai
kemuncak
menifestasi
kegelisahan
rakyat
negeri ini.
AMNS
menyokong
kenyataan
Datuk Ishak
di dalam
Dewan Undangan
Negeri itu.
AMNS
menuntut
dihentikan
segera
campurtangan
keluarga MB
ini dalam
urusan
kerajaan.
Untuk itu
AMNS akan
melancarkan
kempen
menyedarkan
rakyat untuk
mendesak dan
menolak
campur
tangan
keluarga
dalam urusan
kerajaan
negeri ini.
Walaupun
Mohamad
berjaya
menjadikan
isu ini
telah
disenyapkan
oleh media
dari
pengetahuan
umum tetapi
kempen
poster dan
risalah akan
dilancarkan
sehingga MB
memberikan
respon dalam
isu ini.
50,000
Risalah akan
disebarkan
dan
10,000
poster akan
ditampal di
tempat –
tempat
strategik.
Kempen kali
ini juga
menuntut
penjelasan
MB mengenai
penggunaan
dana khas
untuk rakyat
miskin untuk
mengubah
suai dapur
rumah rasmi
dengan nilai
RM 4.5 juta
dan membeli
perabut
dengan nilai
RM 5.44
juta.
