|
KEBEBASAN MEDIA NAFAS DEMOKRASI
ABDULLAH HARUS BENAR keADILan
KELUAR AKHBAR.
Kebebasan media merupakan komponen penting dalam
demokrasi. Rakyat harus diberikan hak untuk
mendapatkan maklumat yang bebas dan perbagai. Malah
pertubuhan sah khususnya parti politik harus
diberikan ruang menyalurkan pandangan dan berita
mereka kepada rakyat.
Bagaimanapun kebebasan media telah ketat di sekat di
negara ini. Media arus perdana di cengkam hebat oleh
pemerintah semata ? mata untuk mengawal meklumat
yang disalurkan. Media alternatif pula di sekat
dengan perbagai akta seperti akta mesin cetak dan
penerbitan.
Suara keADILan akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat
sehingga kini dinafikan hak penerbitannya.
Kementerian dalam negeri tidak memberikan permit
tanpa alasan dan merampas akhbar tersebut. Datuk
Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, Perdana Menteri
Malaysia merangkap Menteri Dalam Negeri telah pernah
menyatakan di dalam parlimen kononya kerajaan tidak
akan menghalang mana mana parti politik untuk
mendapatkan permit akhbar namun sehingga kini
keADILan dinafikan hak menerbitkan akhbar mereka.
Ternyata Abdullah berbohong di parlimen.
GERAK dengan ini mendesak Abdullah memberikan hak
kepada keADILan dan semua parti politik menerbitkan
akhbar mereka. GERAK juga menyatakan sokongan
terhadap Perhimpunan Aman menuntut Kebebasan Media
pada 24 November 2006 di hadapan Pejabat SUHAKAM,
K.Lumpur.
KEBEBASAN MEDIA NAFAS DEMOKRASI?
BADRUL HISHAM SHAHARIN
Executive Co Ordinator
0176688404
|