BALIK KE MUKA UTAMA

 


 

JAWAPAN USTAZ ASHAARI MUHAMMAD TERHADAP SOALAN-SOALAN DARI BERITA HARlAN


Qi: Ketidak hadiran Ustaz pada sidang media di Rawang baru-baru ini menimbulkan perbagai spekulasi. Boleh Ustaz jelaskan perkara itu.

A: Dalam hai ini sebenarnya saya tidak berjanji untuk hadir, yang berjanji adalah staff saya. Lagipun keadaan kesihatan saya tidak mengizinkan untuk saya pergi.


Q2 : Apakah aktiviti Ustaz selepas dibebaskan pada 2004? Apakah Rufaqa’ menjadi medan untuk Ustaz terus menyumbang kepada semua pihak yang setia kepada Ustaz.

A : Setelah di bebaskan saya melawat semua projek-projek saya di sekitar Malaysia. Secara tidak langsung saya bertemu dengan staff-staff Rufaqa. Dan segi sumbangan di sini ada dua perkara yang saya lakukan. Pertama saya memberi bantuan kepada sesiapa yang saya tahu sedang dalam kesusahan. Kedua kalau ada orang yang datang kepada saya dan mengadu masalah maka saya akan cuba bantu selesaikan.

Q3: Timbul persoalan Ustaz berusaha menghidupkan semula A1-Arqam atas nama Rufaqa’. Benarkah tanggapan itu?

A: Apa buktinya saya hidupkan Arqam. Sebenarnya dalam hal ini seorang pun tidak boleh buktikan.

Q4: Apakah alasan yang menunjukkan Ustaz tidak berniat untuk menghidupkan semula AI-Arqam?

A: Kalau saya katakan saya tidak berniat untuk menghidupakan Arqam,orang-orang yang tidak senang dengan saya dan menuduh saya cuba hidupkan Anqam takkan percaya. Niat itu dalam hati, siapa pun tak tahu, hanya Tuhan yang Maha Mengetahui. Tapi saya boleh buktikan secara lahirnya dengan alasan berikut:

1 .Setelah Arqam diharamkan saya telah menubuhkan Rufaqa Corporation Sdn Bhd (T.426782-V) yang di daftarkan di bawah Akta Syarikat 1965. Sedangkan Arqam dahulu adalah sebuah badan dakwah dan tidak di daftarkan. Rufaqa ditubuhkan pada tahun 1997 hanyalah untuk tujuan perniagaan semata- semata.

2. Dan segi identiti al Arqam, kalau dahulu dikenali dengan jubah, serban dan purdah tapi sekarang sudah tidak ada lagi. Semuanya berpakaian sama seperti masyarakat umum

3. Sejak saya memulakan perniagaan Rufaqa, setiap minggu saya melaporkan din kepada pihak polis. Setiap aktiviti harian dan aktiviti perniagaan saya laporkan kepada pihak keselamatan. Saya maklumkan kepada mereka oleh kerana keluarga saya besar, saya perlu berniaga dengan memulakan sebuah pasaraya, klinik, café dan lain-lain bertujuan untuk menampung keperluan sebuah keluarga besar.

4. Sejak Arqam diharamkan banyak bekas-bekas ahli Arqam yang hilang pekerjaan. Mereka tidak ada sumber pendapatan. Sedangkan pihak Jakim pernah menjanjikan pekerjaaan kepada bekas-bekas Arqam untuk memulakan hidup baru. Tetapi tidak ada nampaknya. Apabila saya menubuhkan Rufaqa Corporation mereka datang untuk meminta kerja. Sebelum ini saya pernah ambil orang-orang lain untuk bekerja termasuk pekerja asing tetapi susah untuk di disiplinkan. Terutama dan segi kejujuran dan amanah.Lebih-lebih lagi saya masih dalam tahanan, pergerakan saya terhad untuk memantau semua staff saya. Malah semua nama staff saya dan kalangan bekas Arqam telah saya laporkan kepada pihak keselamatan.

5. Saya tidak pernah mengusahakan untuk hidupkan kembali Arqam. Malah kalau pihak berkuasa menyuruh saya hidupkan kembali pun saya tidak mahu. Saya sudah serik dengan cara Arqam. Orang-orang di dalamnya dahulu banyak yang ada kepentingan. Saya ucapkan terima kasih kepada pihak keselamatan melalui ISA saya telah diproses ke arus perdana hingga berjaya membangunkan sebuah syarikat. Jangan salah ertikan membangunkan sebuah syarikat perniagaan dengan menghidupkan semula Arqam. Selama ini yang menjaga kami dan sentiasa berhubung dengan kami ialah pihak keselamatan bukannya pihak Jakim. Apabila Rufaqa makin maju dan membesar timbullah isu bahawa saya nak hidupkan Arqam. Sedangkan kerajaan minta orang Melayu kuatkan ekonomi. Bila ekonomi saya makin berkembang di tuduh ada agenda hidupkan Arqam. Sedangkan Arqam bagi saya hanyalah tinggal kenangan. Pihak keselamatan sangat tahu segala aktiviti saya selama ini. Saya sentiasa memberi laporan perkembangan perniagaan saya samada di dalam maupun di luar negara.

6. Berkaitan dengan isu Aurad Muhammadiah, telah banyak kali saya berikrar di hadapan polls dan jakim bahawa saya sudah meninggalkan dan tidak mengamalkan ajaran itu lagi. Malah semua ahli keluarga dan staff syarikat saya juga tidak mengamalkannya. Saya juga tidak pernah memasukkan dalam senarai aktiviti saya usaha untuk mengembangkan Aurad Muhammadiah. Malah kalau di lihat kepada senarai tajuk-tajuk motivasi yang di berikan kepada staff saya melalui Pusat Motivasi Harmoni tidak ada satu pun tajuk mengenai Aurad Muhammadiah. Tajuk yang utama ialah Solat membina Peribadi Agung, Membina Keluarga Bahágia dan sebagainya. (Sila rujuk senarai motivasi di dalam website Pusat Motivasi Harmoni)

Selama 10 tahun diproses melalui ISA saya cukup faham kehendak kerajaan dan menjadi dasar saya menghormati fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1994 berkaitan dengan isu ini. Ini adalah dasar saya dan dasar Rufaqa. Namun apabila Rufaqa sudah semakin berkembang dan bilangan staffnya makin ramai saya sudah tidak mampu untuk mengawal dan mengenal pasti amalan masing-masing. Kalaupun masih ada yang mengamalkannya itu adalah atas dasar individu dan bukannya menjadi dasar syarikat. Takkanlah kerana kesalahan individu seluruh syarikat menjadi mangsa. Kalaulah ada sorang staff syarikat yang membuat kesalahan mencuri misalnya, takkanlah seluruh syarikat nak ditutup.Ini tidak adil dan menganiaya. Patutnya hukumlah yang bersalah itu sahaja bukannya kesemua sekali.

7. Dalam hal ini kalau saya kata saya amalkan atau tidak amalkan kedua-duanya tidak boleh dibuktikan kerana ia soal amalan hati. Kalau saya kata tidak pun, orang tak percaya. Tetapi kalau saya kata saya amalkan seperti yang sesetengah pihak dakwa, itu bererti saya menganiaya diri saya. Dalam hal ini saya pun tidak boleh nak buktikan yang saya tidak amalkan dan mereka yang menuduh saya amalkan pun tidak boleh membuktikan yang saya masih amalkan. Kalau ianya berkaitan dengan amalan lahir seperti solat, boleh dilihat dengan mata lahir dan boleh dibuktikan, tapi ini amalan hati, macamana nak buktikan. Saya di tuduh dan dihukum di atas satu perkara yang berlaku dalam hati, yang tidak boleh dilihat dan dibuktikan secara lahir.

Q5: Berdasarkan keadaan kesihatan Ustaz, apakah ada usaha untuk menghidupkan semula AI-Arqam digerakkan pemimpin tertentu?

A: Saya tegaskan sekali lagi ini adalah Rufaqa bukannya Arqam. Rufaqa menumpukan bidang perniagaan sepenuhnya. Para ahli Lembaga Pengarah Syarikat mewakili saya menyampaikan motivasi kepada staff dan menyusun operasi perniagaan syarikat. Untuk mengendalikan sebuah syanikat yang sebesar ini memang memerlukan pemantauan para pengarah. Takkan saya sorang mampu untuk melihat semua perkara.

Q6: Dakwaan ini timbul berikutan operasi Rufaqa’ yang dilihat menonjolkan Ustaz melalui gambar dan pelbagai bahan penerbitannya, dan sekali gus menunjukkan Ustaz diagungkan seperti era Al-Arqam dulu.

A: Saya tidak pernah arahkan sesiapa membesar-besarkan dan mengagung-agungkan saya. Dalam hal ini kita perlu faham. Saya sebagai Pengerusi syarikat dan mereka sebagai staff saya , saya jalankan tanggungjawab saya sepenuhnya mengambil berat dan menjaga kebajikan mereka. Malah hubungan saya dengan mereka lebih kepada hubungan ayah dengan anak bukannya sekadar hubungan majikan dan pekerja. Mereka yang asalnya tidak ada pekerjaan dan sumber pendapatan saya berikan kerja. Ada yang saya uruskan nikah kahwin. Kalau mereka ada masalah rumahtangga saya bagi panduan dan didikan. Kalau kesempitan wang saya bantu mana yang patut. Saya didik mereka kembali kepada Tuhan. Mungkin atas dasar inilah mereka terhutang budi dengan saya dan memandang tinggi kepada saya selaku pengerusi syarikat ini. Apabila berlakunya hubungan di atas dasar kasih sayang maka mereka mereka akan bekerja bersungguh-sungguh dan sentiasa jujur dan amanah. Tidak timbul tipu menipu dan salahguna wang dan sebagainya. Di sini saya tegaskan bukannya mudah untuk paksa orang sayang dan hormat kepada kita. Saya juga tidak pernah arahkan sesiapa menggantung gambar saya, saya juga malu. Kalau ada pihak yang tidak senang dan minta diturunkan gambar saya, silakan, saya tidak ada apa-apa kepentingan di sini. Sebenarnya lebih banyak orang yang mengeji saya danipada mengagungkan saya. Tapi sebagai hamba saya terima semuanya samada pujian atau kejian itu semuanya dan Tuhan.


Q7: Tindakan iabatan Agama Islam Selangor (Jab) terha~ap pemimpin Rufaqa’ di Shah Alam baru-baru ini, apakah ia menunjukkan Rufaqa’ beropèrasi seperti Al-Arqam dulu.

A: Selepas di bebaskan dan ISA pada tahun 2004 saya terüs jatuh sakit. Saya telah mendapatkan rawatàn dan berbagai doktor pakar. Yang terakhir saya di rawat di Gleneagles Hospital di Kuala Lumpur. Doktor berkata saya mengidap multi stroke. Walaupun dah ramai doktor pakar yang saya temui tapi sakit saya masih belum sembuh. Akhirnya saya terlantar sakit di Nilai. Saya mempunyai masalah kesukaran percakapan dan pergerakan. Melihatkan keadaan saya yang makin uzur maka isteri pertama saya Tengku Noriah mempelajari kaedah rawatan dengan menggunakan ayat-ayat Al Quran. Dia mula merawat saya dengan kaedah itu. Walaupun keadaan saya masih belum sembuh sepenuhnya namun saya masih boleh bertahan. Kemudian beliau mencuba pula kaedah rawatan itu kepada kaum keluarga terutamanya yang mengidap sakit teruk. Alhamdulillah dengan izin Allah nampaknya ramai yang sembuh. Apabila kabar ini tersebarlah meluas dengan cepat ramai yang hendak belajar kaedah rawatan ini Jadi beliau membuka kepada sesiapa sahaja yang ingin mencuba kaedah rawatan ini bolehlah datang untuk memepelajarmya. Ia menggunakan ayat-ayat Al Quran untuk merawat penyakit.

Namun saya tegaskan aktiviti ini bukan merupakan dasar Rufaqa. Saya dan ahli Lembaga Pengarah tidak terlibat.Ianya hanyalah merupakan inisiatif isteri saya Tengku Noriah untuk berkongsi ilmu ini dengan sesiapa yang berminat. Pada waktu yang sama saya juga sedang sakit jadi diluar pengetahuan dan kawalan saya rupanya makin ramai yang berminat setelah terbukti keberkesanannya. Apa yang berlaku di Shah Alam itu adalah mereka yang datang berkursus untuk mempelajari kaedah rawatan tersebut. Bukannya berkumpul untuk hidupkan Arqam. Tetapi saya telah arahkan supaya kursus ini dihentikan kerana ianya boleh menimbulkan fitnah dan masalah. Lagipun ianya bukan merupakan dasar syarikat mi.

Q8: Bagaimana hendak membuktikan kepada masyarakat, Rufaqa’ bukan Al¬Arqam, kerana kebimbangan masyarakat sekarang adalah kerana operasi Rufaqa’ majoriti disertai bekas anggota Al-Arqam.

A: Buktinya boleh dilihat di mana Rufaqa menumpukan sepenuh aktivitnya berniaga. Kenapa nak di kaitkan dengan Arqam sedangakan saya sendiri pun tidak ada niat langsung nak hidupkan Arqam Sebenarnya bagi saya isu ini timbul apabila ada dikalangan pihak tertentu yang tidak senang dengan kejayaan yang dicapai oleh Rufaqa. Lalu mereka cuba nak kaitkannya dengan Arqam sedangkan Arqam dah berkubur dan dah dilupakan orang. Saya rasa ada orang yang hati dan fikirannya tidak sihat lalu cuba mengusahakan agar Rufaqa di hancurkan seperti Arqam. Kelompok mi sebenarnya adalah dan kalangan bekas-bekas Arqam yang tidak senang dengan saya dan cuba membangkitkan isu ini. Bagi saya mereka lebih cenderung untuk menggugat keselamatan negara dan mengganggu ketenteraman awam serta mewujudkan kegelisahan di kalangan masyarakat dengan menimbulkan isu ini sedangkan bagi pihak keselamatan yang memantau kami selama ini jelas mengatakan tidak ada apa-apa masalah sebenarnya.

Q9: Jika ajaran Aurad Muhammadiah dipertikaikan dan menjadi isu utama sebelum ini, kini timbul pula Zikir Agung. Bagaimana Ustaz hendak menjelaskan Ia tidak bertentangan dengan akidah Islam dan untuk meyakinkan pihak berkuasa agama.

A : Berkaitan dengan Aurad Muhammadiah sekali lagi sila rujuk kepada jawapan saya sebelum ini. Walau bagaimana pun saya ingin memberi pandangan. Di dalam isu ini saya harap sesuatu ajaran yang hendak diharamkan oleh mana-mana pihak eloklah diajak bersemuka dahulu dengan pihak yang terbabit supaya tidak timbul kekeliruan di dalam masyarakat. Sepatutnya di ajak bersemuka kedua-dua pihak dan dibahasakan secara ilmiah. Kedua-dua pihak sepatutnya diberi peluang untuk bercakap dan berbincang dua hala serta di adakan perbahasan terbuka secara dua hala. Bukannya ditangkap dan di ISA kan begitu tanpa di bicarakan dan dibagi peluang pihak saya membuat penjelasan. Saya di lemparkan dengan berbagai tuduhan, disesatkan dan bermacam lagi tanpa diberi peluang untuk saya membuat penjelasan. Setakat ini hanya laporan dan sebelah pihak sahaja yang di dengar, pihak media memainkan isu ini tanpa memberi ruang untuk saya menerangkan keadaan sebenar. Sedangkan isu ini berkaitan dengan diri saya dan syarikat saya. Tetapi kenapa saya tidak ditanyakan tentang keadaan diri saya sebenar. Perlu juga diingatkan bahawa isu Arqam ini tidak pernah dibicarakan di mana-mana mahkamah di Malaysia sarnada mahkamah sivil maupun syariah. Jadi selama ini saya tidak berpeluang untuk diadili dan didengani dengan sedail-adilnya dalam hal in iPengharaman al Arqam dan tuduhan kepada Rufiiqa di buat tanpa proses ilmu dan tanpa kedua-dua pihak disemukakan. Walaupun saya akur dengan keputusan fatwa namun saya tidak mampu untuk kawal orang lain menerimanya dengan sepenuhnya. Akibatnya timbul tanda tanya, kekeliruan dan ketegangan apabila masyarakat tidak faham

Q1O: Pengharaman ajaran Rufaqa’, bagaimana Ustaz dapat menjelaskan perkara ini?

A: Rufaqa adalah sebuah syarikat perniagaan.Bukannya badan dakwah atau politik. Ia tidak membawa sebarang ajaran. Ia hanya menumpukan kepada aktiviti perniagaan.

Q11: Apakah Ustaz sedia menjelaskan perkara ini kepada pihak berkuasa agama. Jika mereka tidak yakin mungkin Rufaqa’ akan menghadapi nasib yang sama seperti A1-Arqam.

A: Pihak berkuasa boleh buat apa sahaja sebab mereka ada kuasa sedangkan saya tidak ada kuasa. Apa pun keputusan daripada pihak berwajib, sebagai seorang rakyat Malaysia saya akan akur. Namun perlu saya ingatkan bahawa membubarkan Rufaqa bukan hanya merugikan Rufaqa tetapi juga beerti merugikan ekonomi orang Melayu dan Islam. Rufaqa adalah syanikat perniagaan perbagai jenis produk halal, berbagai rangkaian perniagaan dan kegiatan ekonomi 100% kepunyaan Bumiputra Islam, Masyarakat Malaysia terutamanya orang Melayu patutnya berbangga dengan pencapaian ini. Rufaqa bangun tanpa pinjaman mana-mana bank, tanpa subsidi, tanpa tender, tanpa geran, tanpa rasuah, tanpa terlibat dengan sistem riba, tanpa hutang. Dalam keadaan terbuang, disekat semua ruang dan peluang, namun tetap boleh muncul sebagai syarikat korporat Melayu bukan hanya berjaya di dalam negara bahkan hingga ke luar negara. Pencapaian ini patutnya di contohi. Rufaqa sepatutnya menjadi aset berharga buat negara. Tapi sayang tidak ramai yang tahu menilai, yang mana intan yang mana kaca. Aset ini bukan sahaja tidak diiktiraf di negara sendiri bahkan dimusuhi dan didengki. Rufaqa telah berjaya membuktikan bahawa di tengah-tengah bandar yang majoritinya orang Cina,telah terbangun sebuah model perniagaan Islam. Sedangkan hari ini hampir mustahil untuk mencari sebuah kedai Melayu di tengah-tengah bandar besar. Pernahkah kita melihat sebuah bandar yang majoriti kedainya di miliki oleh orang Melayu. Lebih-lebih lagi kalau bandar itu terletak di kawasan yang majoritinya kaum Cina. Tentu mustahil sekali pada fikiran kita. Kerana apa yang selalu kita lihat di kawasan majoriti orang Melayu pun, orang Cinalah yang berniaga di situ. Apatah lagi di sesebuah kawasan perumahan atau pusat-pusat perniagaan yang besar, majoritinya adalah kedai Cina. Kalau ada pun satu dua kedai Melayu, ia terselit di antara kedai-kedai tersebut. Tetapi itulah pengalamaan Rufaqa membangunkan projek-projek di Bandar Country Homes, Rawang. Mampu menguasai perniagaan di tengah-tengah perniagaan Cina.

Membubarkan Rufaqa bererti membunuh sebuah model ekonomi Melayu Islam. Sedangkan kita tahu orang Melayu ketinggalan di bidang ekonomi. Sepatutnya orang lain belajar dan Rufaqa bagaimana ia membangunkan ekonomi, bukannya ‘membunuhnya’ hanya kerana dengki dengan kejayaan orang lain. Sedangkan belum ada mana-mana mahkamah yang memutuskan bahawa aqidah Rufaqa terpesong atau sesat.

Kalaulah ada pihak yang mahu untuk bersemuka dengan saya dan bertanya apa sebenarnya yang saya buat, saya berpeluang untuk menjelaskan. Bila saya dah jelaskan terpulanglah kepada mereka samada hendak terima atau tidak. Tetapi hingga sekarang tidak ada sebarang pertemuan dan perbincangan dengan saya. Saya di salahkan tanpa di tanya dan berbincang dengan saya. Saya dihukum dengan penuh emosi dan prejudis tanpa melihat kenyataan sebenar.


Q12: Pola perkembangan Rufaqa’ mirip AI-Arqam yang sekali gus menimbulkan kesangsian di kalangan masyarakat dan pihak berkuasa agama, bagaimana ustaz dapat menjelaskan hal ini.

A: Persamaan itu di sudut mana? pola mana yang mirip itu? Walau bagaimana pun memandangkan kes ini dah berlarutan begitu serius, saya terpaksa mengarahkan panel peguam saya bertindak segera. Padahal bagi saya dalam kes ini kalaulah pihak-pihak yang berkenaan sanggup untuk bersemuka dan berunding sehari pun boleh selesai. Tetapi memandangkan ianya tidak berlaku demikian maka demi menjaga maruah dan nama balk syarikat serta kepentingan semua pekerja syanikat saya terpaksa mengambil tindakan undang-undang. Biaklah mahkamah yang menentukan.




 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762