|
PENTING DAN SEGERA:
PERBINCANGAN KHAS TINDAKAN NGO-NGO ISLAM MENGENAI ISU LINA
JOY
Rujukan Kami : 2 dlm 108/4( A10)
Tarikh: 13 Julai 2006/17 Jamadilakhir 1427H
Kepada:
Yang Berbahagia;
Presiden/ Pengerusi / Yang Dipertua
Gabungan NGO/Yayasan/ Persatuan/
Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)
Y.Bhg. Tan Sri/ Datuk/Dato'/ Tuan/ Puan/ Saudara/ Saudari,
PENTING DAN SEGERA:
PERBINCANGAN KHAS TINDAKAN NGO-NGO ISLAM MENGENAI ISU LINA JOY
_________________________________________________________________________________________________________
Didoakan semoga Y.Bhg.Tan Sri/ Dato?/Tuan/ Puan/ Saudara/Saudari,
sihat sejahtera dan sentiasa berada di dalam rahmat Allah SWT.
Ada beberapa perkembangan perbicaraan kes Lina Joy yang kini
cuba diambil kesempatan oleh pelbagai pihak. Oleh itu, satu
sidang taklimat dan perbincangan tindakan susulan yang perlu
bagi mobilisasi isu ini dipelbagai peringkat masyarakat.
Perkembangan kes Lina Joy (Azalina Jailani) ini sangat penting
kerana, implikasi daripada keputusan Mahkamah Persekutuan kelak,
sekiranya memihak kepada penukaran nama dan tafsiran mengenai
Artikel 11 sebagaimana yang penghujahan peguam pemerhati yang
menyokong pihak Lina Joy akan memberi implikasi yang sangat
serius dalam perundangan negara sekaligus memberi kesan langsung
kepada institusi dan seluruh peruntukan undang-undang yang
berkaitan dengan agama Islam.
Oleh yang demikian pimpinan dari organisasi Y.Bhg.Tan Sri/ Dato?/Tuan/
Puan/ Saudara/Saudari diundang untuk hadir di perbincangan
tersebut seperti mana butiran berikut:
Tarikh :
16 Julai 2006 / 20 Jamadilakhir 1427H (Ahad)
Tempat :
Bilik Seminar 1, Anjung Rahmat,
Jalan Gombak, Gombak, Selangor.
(Lokasi tempat-layari laman web ABIM: www.abim.org.my )
Masa : 2:30 petang
Agenda :
1. Ucapan aluan
2. Taklimat dan penerangan oleh barisan Peguam
3. Sesi perbincangan & menyusun pelan tindakan
4. Rumusan/Resolusi perbincangan dan bersurai
Sehubungan itu, adalah diharapkan kehadiran dan partisipasi
aktif organisasi Y.Bhg.Tan Sri/ Dato?/Tuan/ Puan/ Saudara/Saudari
akan membantu menjayakan usaha murni mempertahankan Islam dan
memastikan keharmonian serta kepentingan kita dalam masyarakat
majmuk di Malaysia terpelihara. SILA PANJANGKAN JEMPUTAN INI
KEPADA INDIVIDU /NGO-NGO /PERTUBUHAN LAIN. SOKONGAN DAN
KEHADIRAN RAMAI AMAT DIALUKAN.
Sila maklumkan kehadiran pihak Tuan/ Puan/ Saudara/ Saudari
melalui Sekretariat ABIM dengan menghubungi:
Setiausaha Agung ABIM: Sdr. Khairul Arifin (SMS 0193691377:
taipkan <nama>,<NGO>, <jawatan>, <hadir/tidak hadir>
Sekretariat ABIM Pusat (Saudari Hilwah/Saudari Marlinda)
No Tel: 03-61880300
Emel: arifin@abim.org.my / sap@abim.org.my
Fax: 03-61896700
Sekian, terima kasih, Wassalam
Yang Benar;
YUSRI MOHAMAD
Presiden
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Merangkap Pengerusi ACCIN
(Allied Co-Ordinating Committee of Islamic
Non-Government Organisations, Malaysia-ACCIN)
|