BALIK KE MUKA UTAMA

formmail.to: umnoreform

From_Email: abidinfaizal@yahoo.com

From_Name: Abidin

Subjek: Request for Proposal

Segera: Yes

Pesanan: Pemilihan UMNO 2007: Presiden UMNO Mesti Dicabar

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak UMNO-Reform yang telah menyiarkan artikel saya berkenaan projek keretapi laju YTL. Nampaknya kolum Si Kelambai juga membincangkan perkara yang sama. Tetapi malangnya tiada satu pun perbincangan isu ini di akhbar-akbar arus perdana. Saya berharap ahli-ahli UMNO khususnya yang melayari laman web ini perlu memainkan peranan masing-masing jangan sekadar habis di sini sahaja.


Saya ingin membawa isu pemilihan UMNO 2007. Adakah berlaku pertandingan di peringkat Presiden UMNO. Pada hari ini rata-rata rakyat membincangkan persoalan negara dan kepimpinan. Saya yakin soal kepimpinan PM sekarang Pak Lah juga diperkatakan rakyat sama ada negatif ataupun positif. Tetapi hakikatnya setelah hampir 3 tahun menjadi PM rakyat mula menunjukkan rasa gelisah dan wujud persoalan adakah negara kita sekarang berada pada landasan yang betul untuk mencapai wawasan 2020. PM yang ke-5 ini menunjukkan ada tanda-tanda kelemahan dan kurang kepintaran untuk berfikiran jauh ke hadapan.

Mungkin persoalan ini ada yang bersetuju atau tidak. Tetapi sebagai rakyat kita kena fikirkan soal pemimpin kerana umpama macam keratapi, pemimpin di hadapan yang akan membawa rakyat. Persoalan saya seterusnya adakah Pak Lah akan dicabar jawatan presiden UMNO. Kalau ada siapa? Mesti ramai yang akan meneka bahawa TPM akan mencabarnya. Adakah Najib berani berhadapan dan mencabar Pak Lah. Ramai yang membuat kesimpulan Najib tidak berani mengambil risiko dan lebih suka mencari jalan selamat. Kalau bukan Najib siapakah lagi yang akan mencabar Pak Lah. Kalau tiada pertandingan maka Pak Lah akan kekal mendapat mandat rakyat yang baru dan akan menjadi PM satu penggal lagi.

Jika Pak Lah kekal menjadi PM lagi adakah berlaku beberapa perkara yang akan merugikan rakyat dan negara. Adakah negara Malaysia akan menjadi lebih bertambah maju atau maju tetapi bukan identiti malaysia majoriti rakyat melayu. Saya sengaja membuka pelbagai andaian supaya pembaca akan lebih terbuka mindanya. Adakah salah jika ahli UMNO mencalonkan Tun Dr Mahathir untuk merebut semula jawatan Presiden UMNO jika tiada seorang pun yang berani mencabar Pak Lah. Kenapa rakyat takut untuk mengembalikan kuasa kepada TDM. Kalau takut kenapa diberi ruang sehingga 22 tahun TDM sebagai PM.

Selama 22 tahun apakah Malaysia bertambah maju ataupun mundur. Selama 22 tahun juga adakah dasar-dasar seperti Wawasan 2020 menunjukkan TDM tidak berfikiran jauh. Mesti ada sesetengah rakyat merasakan jika TDM kembali berkuasa maka dia akan menjadi PM sehingga akhir hayat. Bagi saya persoalan ini tidak betul sama sekali. Kita berharap TDM akan kembali berkuasa sebagai PM untuk satu penggal sahaja bagi memperbetulkan segala kesilapan kepincangan kerajaan sekarang. Selepas itu TDM akan menyerahkan jawatan PM kepada mereka yang betul-betul layak dan berkemampuan.

Adakah cadangan saya ini mustahil. Adakah laman web ini di baca oleh ahli-ahli UMNO dan jika di baca adakah mereka hanya masuk telingan kanan keluar telinga kiri. Adakah ada bahagian-bahagian UMNO nanti yang akan mencalonkan TDM untuk mencabar Presiden UMNO pada pemilihan akan datang.

Sekian. 25/7/2006


 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762