|
formmail.to: umnoreform
From_Email: abidinfaizal@yahoo.com
From_Name: Abidin
Subjek: Request for Proposal
Segera: Yes
Pesanan: Jangan Terperangkap Dengan Cadangan Keretapi Laju
KL-Singapura oleh YTL
Baru-baru ini PM telah memberi ulasan berhubung cadangan
keretapi laju oleh YTL dimana kerajaan sedia
menimbangkannya jika mampu memberi kemudahan kepada rakyat.
Hari ini 22/7/06 YTL telah memberikan kertas cadangan
kepada kerajaan seperti laporan dalam Utusan.
Sebelum saya memberikan pandangan secara peribadi, saya agak
kesal kerana tiada seorang pun pimpinan UMNO, Kerajaan,
Pembangkang dan rakyat membincangkan perkara ini secara
panjang lebar dan menyeluruh. Sebenarnya cadangan
pembinaan keretapi laju antara KL-Singapura wujud setelah
pembatalan keretapi elektrik landasan berkembar diantara Johor
Bahru-Utara. Semasa Tun Dr Mahathir menjadi PM projek landasan
keretapi berkembar ini diberikan oleh syarikat bumiputera
MMC iaitu milik Tan Sri Syed Mokhtar.
Dimana tokoh ini banyak membantu kerajaan melalui
Yayasan Al-Bukhari iaitu memebrikan khidmat kepada
masyarakat. YTL adalah syarikat milik cina malaysia. Saya
tidak mahu mengulas lanjut soal siapa dapat tender atau
tidak. Kenapa kerajaan pimpinan Pak Lah membatalkan pembinaan
landasan berkembar elektrik dimasa yang sama menimbangkan
cadangan oleh YTL.
Landasan berkembar ini dirancang oleh kerajaan ketika PM Tun Dr
Mahathir ialah untuk menjana pertumbuhan ekonomi dan
sebagai persediaan fizikal untuk mecapai negara maju.
Projek ini adalah projek komuter elektrik yang
menghubungkan bandar-bandar dari selatan-utara Malaysia. Tengok
apa jadi sekarang landasan berkembar ini sudah pun hampir
siap tetapi dibatalkan. Stesen keretapi elektrik contohnya
di Tg Malim hampir siap tetapi tidak dapat beroperasi
kerana pembatalan. Jika projek landasan keretapi berkembar
ini siap maka ADAKAH PERLU LAGI KERATPI LAJU KL-SINGAPURA.
Padahal rakyat dari KL boleh dtg ke JB menggunakan komuter.
Selepas itu jika mahu pergi ke Singapura bole menggunakan
landasan keretapi yg lama. Kerana mahu berunding dengan
Singapura adalah begitu sukar dan adakah Malaysia perlu
mengeluarkan modal sendiri untuk membina landasan elektrik
di tambak Johor. Ini projek semasa Tun Dr Mahathir.
Tetapi hari ini secara peribadi saya berasa kecewa kerana acuan
negara Malaysia telah lari dari matlamat asal menuju
wawasan 2020 semasa dilancarkan oleh TDM. Adakah projek
YTL ini akan menaik taraf landasan keretapi milik KTMB
sedia ada. Jika ya adakah KTMB akan kehilangan monopoli
dan adakah YTL akan memilik KTMB.
Kesimpulannya kerajaan perlu memikirkan menimbangkan semula
dengan penyesaian terbaik. Cadangan saya TOLAK PROJEK
CADANGAN YTL DAN BERIKAN SEMULA PROJEK YANG TELAH
DILULUSAN OLEH KERAJAAN SEBELUM INI IAITU PROJEK BERKEMBAR
KERETAPI ELEKTRIK OLEH MMC SYARIKAT BUMIPUTERA YANG
TERBUKTI MEMBERI MANFAAT YG BESAR KEPADA RAKYAT MALYSIA DAN
NEGARA.
Saya berharap pihak Umno-Reform akan memberikan sesuatu yang
istimewa terhadap tajuk ini untuk dibincangkan oleh semua
pihak kerana tajuk ini adalah kepentingan rakyat dan
negara.
|