BALIK KE MUKA UTAMA


From_Email: abidinfaizal@yahoo.com

From_Name: Abidin

Subjek: Request for Proposal

Segera: Yes

Pesanan: Saya berterima kasih kepada umno-reform kerana dua kali telah menyiarkan komen saya. Saya terpanggil untuk memberi komen mengenai Barisan Alternatif (BA)  yang diberi mandat kepada Anwar Ibrahim sebagai ikonnya. Saya melihat Parti Keadilan dan PAS mempunyai sedikit perbezaan dalam menanggani soal kritikan TDM terhadap PM sekarang.

Parti Keadilan  dilihat lebih bersikap emosional dan kurang professional. Lihat contoh artikel yang ditulis oleh Azmin Ali yang mengatakan TDM seorang yang bankrap moral dan prinsip. Juga menyelar pimpinan PAS yang hadir ketika dialog dgn TDM.

Sebelum ini saya telah menghantar komen mempertahankan  pimpinan PAS yang hadir seperti yang telah disiarkan oleh umno-reform. Parti Keadilan nampaknya lebih berminat untuk membongkarkan segala dosa dan kesalahan yang dilakukan oleh TDM ketika 22 tahun pemerintahan seperti kenyataan oleh Azmin Ali dan Ezam.

Mereka tidak berminat untuk  mengkaji kritikan TDM terhadap kerajaan sekarang mempunyai asas  kebenaran atau tidak. Ini macam berat sebelah seolah mereka lebih utamakan perbalahan peribadi antara Anwar Ibrahim dengan TDM. Parti PAS dan pimpinannya mengambil pendirian untuk mengkaji asas  kritikan TDM mempunyai fakta ataupun tidak. Inilah berlaku sedikit  perbezaan. Ini tidak bermaksud PAS melupakan agenda perubahan oleh BA.

Saya ambil contoh berita dalam malaysia kini 29/06/06:

Anwar sokong tindakan Pak Lah batal projek mega Dr MMuhammad Razif | Jun 29, 06 5:08pm Bagaimanapun, bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata Pak Lah perlu tampil menjawab segala tuduhan yang dilemparkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pentadbirannya. Lagi Pertelingkahan peribadi Pak Lah bercuti.

Secara peribadi saya melihat kritikan TDM terhadap pemberhentian projek mega oleh kerajaan sekarang juga perlu dilihat dalam konteks yang menyeluruh. Adakah patut seperti projek landasan berkembar keretapi elektrik juga dihentikan. Projek ini adalah penting untuk rakyat. Bayangkan orang yang tinggal di TG. Malim boleh datang kerja dengan mudah di KL. Soal pembaziran tidak timbul, dalam masa yang sama kenapa nampaknya kerajaan membuka jln untuk pembinaan Tmn Disneyland di Johor walaupun masih dalam perbincangan. Adakah projek Disneyland ini infrastruktur yang lebih baik dari projek landasan berkembar untuk mencapai negara maju 2020.

Saya tidak bersetuju membatalkan projek mega yang boleh memberikan kebaikan untuk rakyat dan negara. Yang perlu kita kaji ialah adakah berlaku penyelewangan terhadap pemberian projek mega tersebut.

Pada hari ni kita jarang mendengar kerajaan kita menyelar negara-negara kuasa besar dan barat. Saya memuji TDM yang menganjurkan forum antarabangsa mengecam peperangan. Pada hari ini Israel telah menyerang Palestin dan telah menculik bebarapa pemimpin kerajaan HAMAS yang sah, apa tindakaan kerajaan kita sebagai pengerusi OIC dan NAM. Kenapakah kita kurang mendengar pimpinan keadilan menyelar mengutuk kuasa-kuasa besar dunia dan barat. Sebab itu idola semua rakyat dan manusia di dunia ini ialah Rasululullah s.a.w.

Sekian...29/06/06

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762