|
"My Technology Laboratory" <mytechlab@gmail.com>
To: undisclosed-recipients: ;
Subject: Propaganda Menyerang Kaum Melayu & Merosakan
Perpaduan Kaum
Date: Thu 07/27/06 07:33 PM
Assalamualaikum wbt
Pihak Pengarah Harakah, disini saya ingin maklumkan bahawa
terdapat satu plan terancang untuk memburukkan kaum Melayu dan
seterusnya mencetuskan huru-hara di negara kita. Ianya berkenaan
pergaduhan di UPM di mana pada mulanya saya membaca di Daily
Harakah baru-baru ini, saya berpendapat bahawa memang tidak
patut Mahasiswa Melayu kita berbuat begitu kepada kumpulan yang
kecil itu memandangkan diplomatik boleh digunakan dalam
mengatasi masalah yang timbul.
Tetapi pada hari ini saya amat terkejut apabila melihat beberapa
video2 insiden kejadian telah disebarkan melalui internet.
http://www.youtube.com/watch?v=Ca9-8fCd2nw&mode=related&search=upm
Cuba pihak pengarang tengok, ada tidak kurang 10 video2 yang
serupa diposkan di website tersebut dan sudah berapa ratus kali
setiap video telah ditonton. Baca juga komen2 berbaur perkauman.
Tengok juga title2 video yang berunsur perkauman. Dan juga
title2 yang ditulis dalam bahasa Cina. Untuk apa diposkan video
tersebut berulang2 dan dengan tajuk yang berlainan? ini tidak
lain hanyalah sebagai satu propaganda bagi menghasut masyarakat
Cina membenci Melayu. Dan jika mereka telah membenci Melayu,
pasti mereka akan membenci Islam. Ini adalah satu perancangan
yang teratur dan berniat untuk memporak perandakan perpaduan
kaum.
Dan yang lebih menarik lagi, sila saudara pengarang baca satu
artikel di halaman web dibawah yang menerangkan peristiwa
insiden tersebut di pihak yang satu lagi iaitu Mahasiswa Melayu.
http://www.beritakmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=5290
Sebagai penutup kepada surat saya ini, ingin saya tegaskan
bahawa di dalam menjaga keharmonian dan perpaduan kaum yang
telah lama terjaga selama ini, silalah tolak ketepi kepentingan
politik masing2. Jika kita masih ingin memperjuangkan Islam,
ambil lah berat tentang apa yang sedang kumpulan2 yang berniat
jahat ini lakukan. Ini kerana dengan menanam kebencian kepada
orang Melayu, ini akan memudahkan musuh2 kita menanamkan
kebencian kepada Islam itu sendiri. Malah pasti ada timbul
dendam di kalangan kaum2 yang menguasai ekonomi negara kita
terhadap Mahasiswa2 kita yang bakal bergelar graduan. InsyaAllah
saya yakin mereka akan pasti dipinggirkan oleh majikan2 kaum
Cina jika ada diantara majikan2 ini melihat video ini tanpa
mengetahui hal yang sebenar.
Sekian.
Ikhlas
Abdullah
|