BALIK KE MUKA UTAMA


formmail.to: umnoreform

From_Email: a_hussain45p@yahoo.co.uk

From_Name: hasbullah

Subjek: Comment

Pesanan: Tuan Editor;
Sebenarnya isu-isu yang ditimbulkan oleh TDM baru-baru ini sudah pun  didedahkan olh pihak pembangkang dlm ceramah-ceramah mereka sebelum ini  tetapi orang ramai tak berapa nak percaya serta pihak kerajaan pun tak  ambil peduli sangat.

Apabila TDM bangkitkan isu-isu tersebut semula barulah org mula celik mata dan saya dapati kerajaan PAK LAH pun nampak  gelabah semacam. Tetapi walau bagaimanapun dari pengamatan saya masih ramai lagi rakyat  Malaysia khususnya penyokong serta ahli UMNO yang tak ambil hirau akan  hal ini.

Kalau ditakdirkan pilihanraya diadakan sekarang saya yakin 100  peratus yang UMNO/BN akan terus mengekalkan majoriti dua pertiganya. Seperkara lagi yg ingin saya timbulkan di sini ialah sikap pemimpin  negara kita khususya pemimpin melayu dari UMNO yang tidak pernah belajar  daripada sejarah. Kita semua tahu Singapura jatuh ke tangan British  kerana sikap pemimpin melayu pada zaman itu yang sanggup menjual  negerinya hanya kerana duit.

Begitu juga Pulau Pinang yang kita semua  telah belajar dari buku teks sejarah dahulu.Begitu juga perbalahan  antara anak-anak raja pada zaman dahulu yang membuka laluan pada British  untuk berkuasa di Tanah Melayu.Ini semua kenyataan bukannya fiksyen  tetapi sedihya pemimpin kita tak mahu ambil iktibar langsung.
 

Akhir sekali para pengundi pun turut bertanggungjawab bilamana berlaku  penyelewengan oleh para pemimpin negara.Ini kerana setiap kali  pilihanraya sudah diketahui akan calon tertentu yang memang tidak boleh  dipercayai kerana korup tetapi para pengundi masih memberi undi kepada  calon terbabit.Calon yg menang ini bila dilantik ke sesuatu jawatan dan  bila dia menyeleweng maka para pengundi yg bangang tadilah patut  dipersalahkan kerana telah memangkah beliau. Sekian . YA ALLAH SELAMATKAN MALAYSIA.

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762