|
BPPNS <pasn9@yahoo.com>
Subject: Tentera Singapura dibentuk oleh Israel ? Satu Fakta
Date: Wed 07/12/06 06:21 AM
Diterjemah dari laman web INDIA DEFENCE CONSULTANTS
(IDC)
http://www.indiadefence.com/SingAF.htm
Angkatan Tentera Singapura ? Satu Analisa oleh IDC The
Singapore Armed Forces
New Delhi, 18 Ogos 2004
Apabila Singapura berpisah dari Malaysia pada tahun 1963 dan
apabila tentera British mengambil keputusan untuk meninggalkan
Timur pada tahun 1965, Lee Kuan Yew meminta bantuan India untuk
Angkatan Tenteranya dan Hal Ehwal Luar. India hanya bersetuju
untuk membantu dalam bidang Hal Ehwal Luar, bagaimanapun Lt Gen
Mattew Thomas kemudian menjadi penasihat tentera pada tahun
70an.
Singapura kemudian meminta bantuan Israel dan kemudian Afrika
Selatan dan mengambil pendekatan tentera mengikut cara Khidmat
Wajib Swiss. Singapura sekarang mempunyai belanjawan sebanyak
$4.5 Billion dollar untuk negara yang mempunyai penduduk hampir
tiga juta.
Kejayaan tentera Singapura adalah hasil usaha Lee Kuan Yew dan
anaknya Brig Gen Lee Sein Leong yang mengambil alih jawatan
Perdana Menteri daripada Goh Chok Tong yang sekarang in Menteri
Kanan. Singapura sekarang ini akan mengadakan kerjasama dengan
India dalam bidang ketenteraan dengan DRDO, Tentera Laut India
dan pada hujung tahun ini latihan bersama IAF. Membuka hubungan
dengan negara jiran akan menguntungkan India kerana Singapura
telah melabur di India dan ekonomi sedang berkembang.
Admiral Teo Che Hean menerangkan kepada semua pegawai kanan
India yang melawat Singapura iaitu hubungan strategik yang kuat
adalah penting untuk perniagaan. Tentera Laut India telah
mendapat manafaat dengan menghantar kapal-kapalnya ke Singapura
dan sekarang mempunyai kekuatan kewangan untuk menghantar kapal
mengisi minyak. Artikel berikut yang ditulis oleh Amnon Barzilai
menceritakan kepada kita dengan terperinci.
Hubungan Cinta Rahsia, Dalam, Gelap (Sekumpulan pegawai
pertahanan Israel yang digelar 'Mexicans', membantu Singapura
menubuhkan tenteranya. Ianya satu permulaan hubungan yang amat
istimewa)
Oleh Amnon Barzilai
Krismas, 1965, adalah tarikh tidak rasmi bermulanya hubungan
cinta yang hebat antara Israel dan Singapura yang amat
dirahsiakan. Media antarabangsa, seperti media Israel cuba
menyiarkan kisah ini. Sedikit demi sedikit maklumat dibocorkan,
ada yang disiarkan, ada yang dinafikan ada yang diabaikan.
Israel, seperti biasa ingin memberitahu rakan-rakan mereka
tetapi berjaya mengekang kemahuan tersebut. Mereka takut
hubungan tersebut akan berakhir sekiranya ianya diketahui umum.
Israel mengenakan sekatan berkenaan kisah ini dan rahsia ini
tersimpan. Sehinggalah pihak lagi satu tidak dapat lagi
merahsiakannya.
Dalam bukunya, "From Third World to First: The Singapore Story
1965-2000," yang diterbitkan pada tahun 2000, Lee Kuan Yew,
pengasas dan Perdana Menteri pertama Singapura mendedahkan
rahsia yang disimpan selama hampir 40 tahun. Hakikatnya Tentera
Israel yang telah mengasaskan tentera Singapura. Misi
ketenteraan Israel diketuai oleh Yaakov (Jack) Elazari, ketika
itu
berpangkat kolonel, kemudian dinaik pangkat ke brigadier jeneral.
Setelah meninggalkan tentera, beliau menjadi penasihat tentera
Singapura. Dia meninggal dunia 15 tahun lalu. then a colonel,
who was later promoted to brigadier general. After leaving the
army, he became a consultant to the Singaporean army. He died 15
years ago. Untuk mengaburi kehadiran mereka, kita gelarkan
mereka 'Mexican', menurut Lee Kuan Yew.
Tentera Singapura hari ini adalah yang terkuat dan termoden di
Asia Tenggara. Hubungan pertahanan antara Israel dan Singapura
bertambah erat dan diperluaskan, dan sekarang ianya meliputi
hubungan kerjasama bidang industri ketenteraan. Bidang kerjasama,
menurut sumber asing, tentera Singapura adalah merupakan
pelanggan utama Israel dalam bidang pertempuran dan teknologi
ketenteraan. Industri kapalterbang Singapura bekerjasama dengan
Israel dan Elbit Systems untuk menaik taraf pesawat pejuat F-5
Tentera Udara Turki. Beberapa tahun lalu, Menteri Pertahanan
Singapura mendedahkan peluru berpandu anti kereta kebal jenis
Gil diusahakan dengan kerjasama kedua-dua negara.
Dikelilingi Orang Islam
Lee Kuan Yew menerangkan pentingnya merahsiakan perkara ini pada
kawan rapatnya di peringkat pimpinan, dan menteri pertahanan
pertama, Dr. Goh Keng Swee. "Kita mesti mempastikan ketibaan
Israel tidak diketahui umum, supaya tidak mendatangkan tentangan
dari orang Islam yang tinggal di Malaysia dan Singapura? menurut
Lee Kuan Yew. Ini adalah masalah
Singapura. Penduduk pulau yang kecil ini 670 kilometer persegi
(Israel 30 kali lebih luas) majoritinya berbangsa Cina, dan
mereka berada diantara dua negara Islam iaitu Malaysia dan
Indonesia. Sehingga 1965, Singapura masih lagi sebahagian
Malaysia. Pada tahun tersebut British mengambil keputusan untuk
keluar dari jajahannya ke timur Terusan Suez. Dalam proses yang
pantas Singapura dipisahkan daripada Malaysia.
Singapura mengisytiharkan kemerdekaan pada 9 Ogos 1965. Dan pada
masa tersebut ia hanya mempunyai dua rejimen infantri, yang
telah ditubuhkan dan diketuai oleh pegawai British. Dua pertiga
tenteranya bukannya penduduk Singapura, dan pemimpin mereka
tidak yakin dengan kekuatan tenteranya. Menteri Pertahanan, Goh,
menghubungi Mordechai Kidron, bekas duta Israel ke
Thailand untuk meminta bantuan. Kidron tiba di Singapura dalam
beberapa hari bersama Hezi Carmel dari Mossad. "Goh memberitahu
kita hanya Israel, negara kecil yang dikelilingi negara umat
Islam, dengan tentera yang kuat, boleh membantu mereka membina
tentera yang kuat, tentera yang dinamik?, menurut Carmel.
Kedua-dua orang Israel menemui Lee, yang menulis ,beritahu Keng
Swee untuk menunggu dulu sehingga Lal Bahadur Shastri, Perdana
Menteri India, dan Presiden Nasser dari Mesir membalas surat
saya untuk membentuk tentera Singapura.
Adalah tidak pasti samada Lee percaya India dan Mesir mampu atau
berminat untuk membentuk tentera Singapura. Ramai Israel percaya
ianya adalah taktik semata-mata. Selepas beberapa minggu India
dan Mesir mengucapkan tahniah diatas kemerdekaan mereka tetapi
tidak menawarkan bantuan ketenteraan. Lee mengarahkan Goh untuk
mengubungi terus pegawai Israel.
Pada masa yang sama, sejurus laporan oleh Kidron dan Carmel,
pertahanan Israel menghantar bantuan ketenteraan kepada
Singapura. Dalam perbincangan yang dikendalikan oleh Ketua Turus
Yitzhak Rabin, dengan kehadiran Timbalan Ketua Turus dan
Pengarah Bahagian Operasi , Ezer Weizmann, telah diputuskan
untuk melantik Major General Rehavam Ze'evi, ketika itu Timbalan
Bahagian Operasi, bertanggungjawab untuk membina tentera
Singapura. Ze'evi (digelar"Gandhi" ) melawat Singapura secara
rahsia dan memulakan persiapan sekembalinya. ?Gandhi ingin
membentuk tentera Singapura yang ideal, sesuatu yang kita tidak
buat disini?, menurut Carmel. ?Dengan tidak membentuk
Kementerian Pertahanan dan Staf Jeneral, Gandhi mencadangkan
organisasi bersepadu, struktur yang lebih ekonomi. Jadi tidak
akan ada terlalu ramai jeneral dan terlalu sedikit askar biasa?
Ze'evi melantik Elazari, yang bekerja dibawahnya dalam Bahagian
Operasi, sebagai mengetuai kumpulan pembentukan. Lieutenant
Colonel Yehuda Golan, ketika itu mengetuai divisyen armor (dia
bersara dari tentera Israel berpangkat brigadier general),
ditambah dalam kumpulan tersebut. Beberapa ahli kumpulan
menumpukan dalam persiapan untuk membina kem tentera, menurut
Golan. Pada mulanya mereka mereka menghasilkan buku "Brown
Book," berkatian doktrin peperangan, kemudian buku "Blue Book,"
mengenai pembantukan Kementerian Pertahanan dan badan perisikan.
Brown Book telah diterjemah ke Bahasa Inggeris dan dihantar ke
kerajaan Singapura. Pada Oktober 1965, perwakilan tentera dari
Singapura tiba di Israel.
Perwakilan tersebut datang untuk memberitahu kita : Tahniah,
tapi untuk melaksanakan buku ini, awak dijemput datang ke
Singapura, menurut Golan. Sebelum berlepas, ahli-ahli misi
ketenteraan berjumpa Ketua Turus Biro. Sahabat sekelian, kata
Rabin, Saya ingin memperingatkan beberapa perkara. Pertama, kita
bukannya hendak menjadikan Singapura sebagai jajahan Israel.
Tugas awak ialah mengajar mereka kerjaya tentera, supaya mereka
boleh berdikari menguruskan tentera mereka. Kejayaan awal ialah
adalah apabila mereka berjaya menguruskan tentera mereka sendiri.
Kedua, awak pergi kesana bukan untuk memberi arahan tetapi
memberi nasihat kepada mereka. Dan ketiga, awak semua bukan
pedagang senjata. Bila awak membuat nasihat untuk pembelian
senjata, gunakan pertimbangan professional ketenteraan. Jangan
ambil kira keputusan mereka samada mereka hendak membeli dengan
kita atau orang lain?.
Bangun Jam 5:30 pagi
Pada 24 Disember 1965, lima bulan selepas Singapura menjadi
negara merdeka, enam pegawai pertahanan Israel dan keluarga
mereka berlepas untuk misi yang dirahsiakan. ?Elazari dan dua
pegawai lain menguruskan penubuhan Kementerian Pertahanan.?
Menurut Golan. Tugas saya dengan tiga pegawai lain ialah
untuk menubuhkan tentera?.
Elazari bekerja mengikut beberapa prinsip asas, dimana tidak
lari dari kumpulan asal Israell. Pertama untuk membentuk kader
komander dan jurulatih tempatan. Kedua , bahan arahan bertulis
dibuat oleh kadet yang dilatih sebagai pegawai. Dan ketiga
latihan praktikal akan dikendalikan oleh jurulatih Singapura.
Kita hendak melatih 40-50 orang yang mempunyai pengalaman
tentera dan bersedia untuk bekhidmat dalam kerjaya ketenteraan.
Golan mengulas. Kita menyuruh mereka melantik seorang sebagai
komander. Sebagai ketua kumpulan, kadet-kadet tersebut melantik
seorang berketurunan India Kirpa Ram Vij, yang seterusnya akan
menjadi Ketua Turus Tentera. Selama tiga bulan kita berikan
kursus intensif.?
Kursus pertama ialah format tentera Israel , bangun jam 5.30
pagi, kemas diri, kawad. Latihan bermula jam 7:30 pagi hingga 1
tengahari. ?Selepas beberapa hari berlatih, sekumpulan kadet
berjumpa saya dan berkata, ? ?Colonel Golan, orang-orang Arab
tidak duduk atas kepala kita? Kenapa kita buat kerja gila ini??
Saya panggil Elazari dan beritahu keadaan yang berlaku. Beberapa
hari kemudian dia datang bersama Menteri Pertahanan Dr. Goh, dan
memberitahu kadet-kadet, `Buat apa yang Colonel Golan suruh ,
atau tidak awak kena buat dua kali ganda?. Dalam masa yang sama
kumpulan pegawai Israel yang lain menyelia pembinaan kem tentera
yang pertama berdasakan pelan Kor Jurutera Israel. Pembinaan kem
tentera siap dalam masa tiga bulan. Dalam tempoh kurang setahun,
kumpulan Israel telah mengendalikan kursus untuk rekrut baru,
kursus ketua platun dan kursus pegawai, menurut pelan yang
dihantar dari Israel. Seramai 200 komander telah dilatih.
Penganggur Bukannya Tentera
Sebaik sahaja staf komander siap, pasukan tentera mula dibentuk.
Israel telah berssedia menubuhkan dua lagi rejimen infantri,
mengikut model tentera Israel, setiap rejiman mempunyai tiga
kompeni askar raifel, satu kompeni tambahan dan satu kompeni
pengurusan ? sejumlah 600 tentera. Lieutenant Colonel Moshe
Shefi, seorang jurulatih kursus komander kompeni telah dihantar
menjadi penasihat. who was an instructor in a company commanders
course, was sent as an adviser. "Kami mendapati ada penentangan
saikolgi untuk mengambil rekrut di Singapura,? katanya. ?Dari 10
kerjaya, kerjaya tentera adalah yang terakhir. Pertama ialah
artis, kemudian ahli falsafah, kemudian guru dan ahli perniagaan,
dan pencuri tempat kesembilan. Kerjaya tentera adalah kerjaya
memalukan di Singapura. Di Singapura , rekrut adalah untuk
mengatasi pengangguran.?
Pegawai Israel mempunyai masalah. Untuk mengelakkan diri ,
kebanyakan pemuda yang dipilih (usia 18-24 tahun) yang berbangsa
Cina menunjukkan bukti mereka telah bekerja. 70 peratus calon
adalah penganggur dan berasal dari Malaysia.. Elazari dan Golan
mengadu pada Lee dan Goh, tapi perdana menteri bertegas, saya
nak awak latih orang yang paling primitif di negara ini, yang
tidak berpelajaran dan menganggur,? kata Lee.
Terkejut, pegawai Israel cuba memujuk Lee untuk memberi
pertimbangan, tapi dia bertegas : ?Dalam perang dunia kedua,
saya lihat tentera British dan tentera Jepun. Semua tentera
British bijak dan berpelajaran. Tapi sebagai tentera mereka tak
berguna.
Tentera British yang primitif menerima arahan dan
melaksanakannya, dan mereka tentera yang luar biasa. Hakikatnya
tentera Jepun menewaskan tentera British?.
Kata Golan, ?Yaakov dan saya cuba menerangkan kepada beliau
bukan persoalan pelajaran tetapi ialah motivasi. Tentera Jepun
bermotivasi kerana mereka berjuang kerana maharaja, yang
dianggap sebagai tuhan. Mereka rela berkorban kerana dia. Apa
motivasi yang tentera British ada, yang berjuang beribu
kilometer dari negara mereka ?? Penjelasan mengenai semangat
berjuang dan bagaimana untuk memberikan motivasi telah diterima
Lee.
Selain daripada khidmat wajib dan kerjaya tentera, Singapura
juga mengambil contoh khidmat simpanan tentera Israel. Setiap
tentera yang tamat berkhidmat biasa dikehendakkai berkhidmat
lagi 13 tahun, sehingga umur 33 tahun. Sistem untuk mobilasi
khidmat ini telah ditubuhkan dan kementerian pertahanan
melakasanakan latihan mengejut. Disebabkan saiz yang kecil dan
kurang tempat untuk berlatih, Singapura menubuhkan beberapa kem
latihan dengan beberapa negara jiran.
Kejutan Kereta Kebal
Kebimbangan serangan tentera Malaysia, dan pergerakan pantas
tentera Singapura, memerlukan keperluan tambahan. Dengan
kewujudan infantri, pegawai Israel melakukan kajian mendalam
pertempuran tentera Jepun di Asia Tenggara semasa perang dunia
kedua dan bagaimana mereka berjaya menceroboh Malaysia dan
Singapura. Shefi diberi tugas untuk memberikan ceramah mengenai
perkara ini kepada kerajaan Singapura.
Dari apa yang dipelajari Israel, perang antara askar Jepun dan
British, mereka membentuk tentera laut daripada sampan-sampan. ?
Bot tesebut dibuat dari kayu yangbaik dan boleh membawa 10 ke 15
orang askar, dan sesuai digunakan di laut dan sungai,? kata
Golan. ?Dalam laut bergelora mereka boleh guna pendayung atau
enjin. Kita beritahu Singapura untuk membeli 20 bot dan kita
bentuk kem kecil untuk kompeni infantri berlatih melakukan
serangan dan mencari arah?.
Kolonel bersara Asher Dar berkata, ?Kumpulan kedua sampai
Singapura dan melaksanakan apa yang Yehuda Golan bentuk sebagai
doktrin peperangan. Kita melatih serangan menggunakan bot kecil
dan meriam peluru hidup. Bila ketua bahagian latihan , Yitzhak
Hofi, melawat Singapura , kita membuat latihan mendarat briged
infantri dan menggunakan perahu layar sejauh 12 kilometer.?
Penungguan perang enam hari 1967 adalah memeritkan kepada
kumpulan Israel di Singapura. ?Kami berasa lega Israel tidak
tewas jika tidak tentera Singapura akan hilang keyakinan?, kata
Lee , menurut jurulatih Israel. Pada Januari 1968 , Singapura
mengambil keputusan untuk menubuhkan Kor Armor. Dalam penuh
kerahsiaan, satu perjanjian ditandatangani untuk membeli 72 buah
kereta kebal AMX-13 dari tentera Israel. Ianya satu keputusan
yang berani. Malaysia, jiran yang besar, tiada kereta kebal.
Semasa Hari Merdeka, Ogos 1969, kejutan yang amat besar menanti
tetamu, termasuk Menteri Pertahanan Malaysia : 30 kereta kebal
melakukan lintas hormat. ?Ianya mempunyai kesan dramatik?, Lee
menulis. Malaysia melahirkan kebimbangan. Menteri Pertahanan
Singapura cuba memujuk kerajaan Malaysia menyatakan ianya
bukanlah tujuan untuk persengketaan.
Selepas kejayaan Israel pada 1967, dinding kerahsiaam mula
terbuka. Perwakilan Singapura di Bangsa-Bangsa Bersatu tidak
mengundi resolusi untuk mengutuk Israel oleh negara Arab.
Hubungan diplomatik penuh mula terjalin. Pada Oktober 1968 Lee
membenarkan Israel menubuhkan misi perdagangan dan Mei 1969
Singapura membenarkan Israel mendirikan kedutaan. Status misi
ketenteraan Israel di Singapura diperkukuhkan, dan diketuai oleh
mereka yang berpangkat brigadier jeneral.
Asas Tentera Udara
Kumpulan pegawai Israel yang kecil di Singapura diperkuatkan
dengan penasihat tentera dalam pelbagai bidang. Ketua Turus Kor
Armor, , Major General Abraham Adan, tiba untuk memberikan
nasihat pembelian kenderaan perisai. Pada tahun 1968, Adam
Tzivoni, kolonel bersara yang mengetuai bahagian perancangan dan
senjata tentera udara, telah dilantik sebagai penasihat
Simgapura untuk membentuk tentera udara.
?Sebagai ganti pengeluaran tentera British, kerajaan British
memberi Singapura geran sebanyak 50 juta pound untuk membeli
pesawat British, helikopter dan peluru berpandu,? Tzivoni
memberitahu. ?British tidak sukakan saya. Tugas saya ialah untuk
meluluskan perjanjian. Tetapi nampaknya British ingin menjual
senjata tidak berguna kepada Simgapura. Selain perjanjian
pembelian Hunter, saya menolak semua perjanjian lain.? Dibawah
pengawasan Tzivoni, sekolah penerbangan dibentuk di Singapura,
juga sekolah teknikal, satu skuadron helikopter Alouette dan
meriam anti pesawat 40 mm telah dibeli.
Uzi dan Lagu Kawad Israel
Selepas pembentukan rejiman infantri tentera Singapura, timbul
persoalan senjata apa harus digunakan. Pegawai-pegawai mahukan
Uzi, sub mesingan Israel. Pegawai Israel menolak cadangan
tersebut. Benar, Uzi senjata yang hebat pada tahun 1960, tapi
untuk jarak dekat sahaja.
Tentera memerlukan raifel penyerang. Wakil dari tentera Israel
menggesa kementerian pertahanan menjual\ raifel baru Gali. Tapi
kumpulan berkenaan berpendapat senjata tersebut belum bersedia
lalu mencadangkan M-16 Amerika.
Satu lagi masalah ialah keputusan untuk membeli mortar. Rejimen
infantri dilengkapi dengan 60 - 52 mm dan 18 mm mortar (meriam
katak). Senjata ini dihasilkan dan dikeluarkan oleh syarikat
Soltam di bandar Yokne'am, dijual oleh kementerian pertahanan
Israel dan diekspot ke seluruh dunia. ?Walaupun kita fikir ini
ialah mortar terbaik, kita tidak mencadangkannya sebaliknya
menggunakan badan perunding bebas untuk mengambil keputusan,?
menurut Yehuda Golan.
?Israel menekankan kemahiran ketenteraan dan motivasi yang
tinggi. Kepintaran berkawad dan pertunjukan ketenteraan, tentera
Singapura tidak pernah belajar dari `Mexicans.' Apa yang tentera
Singapura belajar adalah dari pegawai British yang mengetuai dua
rejimen infantri yang awal?, tulis Lee.
?Motto kita ialah kita tidak akan menyibuk apa yang Singapura
boleh buat sendiri,? menurut Golan. ?Mereka ingin mengatur
perbarisan Hari Kemerdekaan mereka sendiri. Kami berkata
perbarisan ketenteraan menggambarkan mentaliti negara dan
sejarahnya.? Singapura tidak menjadikan ia satu isu. Bagaimana
pun mereka mempunyai masalah yang memerlukan penyelesaian segera
? apa rentak hendak dimainkan ketika tentera sedang berkawad.
Ketua misi Israel, , Yaakov Elazari,
membawa nota lagu dari Israel dan tentera Singapura berkawad
diiringi lagu kawad Israel.
Buku Panduan Pertempuran Hutan
Pihak Singapura mengejutkan pegawai Israel apabila mereka
menyatakan mereka perlukan kursus tempur dalam hutan. Singapura
cuma ada hutan kecil seluas lima kilometer persegi, tapi negara
jiran mempunyai hutan yang besar. Kata Yehuda Golan ? : Saya
beritahu mereka benar, tapi saya bukanlah orangnya, kerana saya
tidak tahu apa-apa perang di hutan.? Bagaimanapun pegawai Israel
cuba mengatasinya. Keputusan dibuat untuk menghantar dua pegawai
Singapura sebagai tetamu
tentera Malaysia dalam kursus pertempuran dalam hutan.
?Tiga bulan kemudian, dua pegawai tersebut pulang dengan
pengalaman yang diperolehi di Malaysia, dan kami membuat latihan
tempur dalam hutan selepas itu,? menurut Golan. ?Atas dasar
ingin tahu, saya juga turut serta. Ianya begitu teruk ? jelas
mereka diajar cara British ketika perang dunia kedua. Saya
mengambil keputusan melatih 10 orang pegawai. Kami memasukki
hutan dan memulakan permainan perang. Kami latih bidang pandu
arah, membentuk pasukan, menyerang dan mencari. Kita merujuk
kepada buku panduan perang Amerika di Vietnam. Kita membangunkan
cara pandu arah malam. Kita belajat bagaimana berfungsi sebagai
sebuah kompeni tempur dalam hutan tebal. Selepas beberapa minggu
latihan, saya menulis buku panduan perang dalam hutan untuk
Tentera Singapura?.
Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah Syarak
Mengata , Adat Menurut
Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com
|