BALIK KE MUKA UTAMA

 

Kenyataan Nazri bahawa terdapat kongkongan dan sedikit pentadbiran bermirip kediktatoran pada pentadbiran Tun Dr Mahathir merupakan satu bidasan kepada diri beliau sendiri yang sebelum ini menyokong dan lahir dari sistem tersebut. Adakah benar sekiranya kita mengatakan bahawa kabinet hari ini adalah mereka yang pernah menyokong sistem ditaktor atau lebih malang lagi mereka ini lahir dan menyokong kediktatoran sebelum ini. Semakin hari semakin terserlah kegagalan bukan sahaja buat kerajaan tetapi buat kepimpinan UMNO itu sendiri.


 

At the Dewan Rakyat yesterday: Nazri: Lack of freedom in previous government

20 Sep 2006 NST
Wan Hamidi Hamid, Arman Ahmad and Eileen Ng

 

THERE was lack of freedom and some dictatorial tendencies during the previous administration, said Datuk Seri Nazri Aziz, Minister in the Prime Minister’s Department.

"During the past administration, it was a bit of a dictatorship, people were not free.

"Now, when people are free to speak up, they talk about the boss (Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi), and when people talk, this is construed by some people as losing control.

"But, if you want to go back to the old ways, you can suggest it in this House; we can go along with it," Nazri said in reply to Opposition Leader Lim Kit Siang, who had reiterated that Abdullah was losing control of his Government.

The original question came from Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang) who wanted to know whether the Official Secrets Act was hindering efforts to combat corruption and abuse of power.

Nazri said that there was nothing to be concerned about as the Anti-Corruption Agency had been given full powers to investigate and view documents.

"Furthermore, those who know about acts of corruption, but believe that they are tied to the OSA, can lodge a report without signing the report.

"Under the Anti-Corruption Act 1997, the ACA can proceed with an investigation even though it is based on a poison pen letter," he said.

Nazri added that the ACA Act also provided protection for witnesses in possible corruption cases.
 

Sokongan mereka ala feudalisma menunjukkan bahawa kehadiran mereka tidak dinilai dengan sempurna oleh ahli - ahli UMNO dan lebih memudaratkan lagi perlantikan mereka menjadi menteri tidak berasaskan sumbangan kepada rakyat tetapi berasaskan kepentingan politik yang bakal diraih oleh kepimpinan tertinggi yang melantik mereka. Nazri makin hari semakin hari semakin terserlah dengan sikap sokong siapa sahaja asalkan memberi manafaat kepada kerjaya politiknya. Bila mahathir memerintah maka Nazri akan menyokong Mahathir biar apa yang dilakukannya dan bila Pak Lah memerintah Nazri akan menyokong Pak Lah biar apa pun perlakuannya, apa pula kalau Ching Peng yang memerintah  - sudah pasti orang seperti Nazri ini akan turut menyokong demi tempat beliau dan kerjaya beliau. 


Sebenarnya pemimpin seperti ini tidak sukar dicari. Pemimpin seperti ini melambak dalam UMNO tetapi pemimpin yang berani menongkah arus kerana mempertahankan rakyat semakin pupus. Kalau benar Pak Lah memberi kelonggaran untuk bersuara - membenarkan diri dikritik - ini menunjukkan hasrat dan sikap Pak Lah yang mahukan kebaikan dari kritikan dan mahu pemimpin kabinetnya bersuara demi kebaikan rakyat MAlaysia. Pak Lah semestinya tidak mahu belatuk yang mengangguk untuk semua perlaksanaan tanpa usul periksa.


Apa pun Nazri dalam semua kes yang dibicarakan  - baik Inter Faith - kenyataan mahu jadi pendekar membela UMNO, kenyataan bahawa penentang Dialog Artikel 11 sebagai bodoh dan sebagainya hanya menunjukkan sikap beliau yang boleh dibeli dengan jawatan.


Sehingga hari ini - setelah betahun  - tahun menjadi Menteri, apakah kontribusi yang boleh kita abadikan untuk beliau dikenali sebagai perjuang bangsa?

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762